MANA TUAN PUNYA BADAN, KENAPA SENDIRI TAK JAWAB
Persolan utama sekarang: Zahid berniat tidak baik ke atas Najib apabila meminta sokongan Tun untuk dia menggantikan Najib?
Itu bukan kepentingan diri ke?
Wajar Zahid nafi, minta maaf atau tebus !!!
Setiausaha akhbar timbalan perdana menteri Datuk Dr Ibrahim Yahaya mendakwa mesej utama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak disampaikan dengan baik, malah disensasikan.
Katanya, Ahmad Zahid sebenarnya mahu Umno tidak diperalatkan demi kepentingan peribadi.
image: https://i.malaysiakini.com/1097/c4a8da5299a1c5c14201ada38c148e8b.jpeg
"Zahid kata (Tun Dr) Mahathir guna Umno untuk kepentingan diri dan keluarga beliau dan setelah dapat digunakan, beliau keluar Umno dan jadi pembangkang, malah, beliau bersekongkol dengan DAP iaitu musuh ketatnya selama ini.
"Namun, belaiau tidak hairan sikap Mahathir sebegitu kerana PM yang memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi keluarganya dari Kerala, India, itu saja.
"Tetapi apa yang terjadi ialah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan tidak tentu arah dalam media sosial terutama penyokong kuat Mahathir atau mereka yang ingin mengambil kesempatan," Ibrahim (foto - atas, kiri) dipetik sebagai berkata dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya kelmarin mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.
Bukan hina mamak
Sementara itu, Ibrahim berkata, sesetengah pihak menggunakan isu itu dan mendakwa Ahmad Zahid menghina mamak.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390535#DZt3Bz4JsSSitOUV.99