Saturday, August 5, 2017

ZAHID SEDIA BERSUMPAH LAKNAT..

Kenapa dan apa perlu dia mencabar dirinya sendiri.. Yang kita minta very simple.. 
1) ic biru Mahathir a/kutty dan
2) rakaman percakapannya dengan Tun selepas dilantik sebagai TPM.. 

Dalam hal ini, sumpah laknat tidak relevan. Malah sumpah laknat akan di anggap satu lagi pembohongan untuk menutup pembohongan. 

Satu cubaan yang sia-sia.

Kesediaannya disiasat oleh SPRM juga dipandang remeh dan hasratnya supaya SPRM turut siasat harta Tun dan anak2nya juga menambah kebudak budakannya. 

Apa yang nyata, samada pembangkang atau partinya sendiri,  zahid akan sendirian dan kesepian selepas ini. 
Zahid akan dilihat sebagai musuh yang sudah tiada taring dan dijauhi rakan daripada turut terpalit lumpur yang dibawanya. 

Bagi Ibrahim Ali,  Presiden Perkasa,  menyerang dengan peluru kapor,  musuh tak mati tapi sendiri yang setengah mati. 


Friday, August 4, 2017

GST ADAKAH ITU SATU PENIPUAN MAHATHIR

Demikian dakwaan najib,  kerajaan dan umno dan saran mereka lagi supaya rakyat tidak terpengaruh. 

Adakah rakyat peduli kepada Mahathir atau pembangkang? 

Jika gst tidak membebankan rakyat apakah Mahathir dan pembangkang akan berjaya? 


Kenapa najib sebok benar dengan Mahathir dan tidak sebok untuk mendengar suara rakyat, hapuskan gst.. 

Kalau gst kerajaan tidak boleh hapuskan kerana itu sumber hasil negara,  kenapa pembangkang kata boleh dan itu janji mereka? 

Kalau kerajaan kata mustahil itu boleh dibuat,  hapuskan gst.. Itu bukan masalah rakyat.. 

Rakyat berminat dan cenderung kepada pembangkang kerana janji mereka gst dihapuskan dan harga petrol distabilkan.. 

Kalau Najib boleh janji dan laksanakan seperti janji Mahathir.. Rakyat pilih najib.. 
Kalau tak boleh,  rakyat pilih mahathir.. 
Semudah itu.. 

Rakyat tidak mahu dengar alasan,  kalau tidak mampu laksanakan apa yang rakyat mahu,  sila berundur.. 

Kalau pembangkang tidak boleh offer yang lebih baik dari kerajaan,  sila lupakan sokongan kami.. 

Kerajaan dan pembangkang tidak boleh hasut rakyat.. 
Kami tidak sebangang itu. 

PAS DAN PKR MASIH SATU HATI DI KELANTAN DAN SELANGOR

Azmin kekalkan exco PAS dan lelain jawatan politik kuota PAS,  Di Kelantan, perkara yang sama berlaku.

Alhamdulillah,  penyatuan umat Islam.

Mungkin boleh diperluaskan di negeri negeri lain seterusnya di peringkat pusat. Dengan Tuan Ibrahim masih menjalankan tugas tugas Presiden kerja kerja menjernihkan semula PAS sangat baik dan sekaligus apa jua kesilapan Presiden dapat dipadam atau dibetulkan.

PAS mengenepikan kerjasama dengan DAP satu langkah tepat selari juga dengan pendirian PAS yang menjauhi Jho Low dan sekutunya,  seimbang.

BOLA TANGGUNG, KENA LIPAT, SALAH SIAPA?



Tun mungkin dipanggil SPRM kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM berhubung kenyataan Tun bahawa Zahid dipervayai memiliki ratusan juta ringgit semasa memegang Ketua Pemuda. 

Elok sangat SPRM panggil,  biar Zahid bersihkan dirinya dimahkamah. Seperti kata zahid,  najib tahu dan ada rakaman pertemuan tersebut,  bawa sekali ic biru kutty. 

Kenapa zahid ambil masa yang agak lama untuk menjawab Tun? 

Thursday, August 3, 2017

BOLEHKAH WAK GENEGHE SELEPAS SALAH JOLOK

Setakat mana Mahathir jahat? 
Senaraikan.. 
Teringin sangat aku nak tahu dan biar mereka luahkan supaya tidak lagi diulang ulang akan datang.. 
Setiap dakwaan tolong tinggalkan nama penuh,  nombor mykad dan alamat penuh.. Mudah sikit kalau Tun nak saman.. 



# aku juga sekali lagi mohon maaf jika ada tulisan di sini yang membuatkan ada yang hilang akal dan sawan. 

TAWAN PUTERAJAYA BERMULA DI JOHOR

(The Star) – Pakatan Harapan will field its heavyweights to contest in Johor for the upcoming general election, said a Parti Amanah Negara member.
The party’s deputy president Salahuddin Ayub said this was because Johor, which is a Barisan Nasional fortress, would be a game changer in Malaysia’s political landscape.
“We are confident that with the right strategies and approach, Johor will become a tight battlefield in GE14.
“Pakatan Harapan will give priority to our main figures to contest in the state during the election,” he said at a press conference at the Southern Chinese Press Club here Thursday.
He pointed out that in the previous election, PKR and DAP fielded their heavyweight candidates, which helped the Opposition to win several key seats in the state.

Wednesday, August 2, 2017

TAHNIAH, PAS TURUT SERTA..



Mana parti politik yang bercadang untuk menang di PRU14 sudah semestinya perlu menyesuaikan perjuangan dan prinsip parti mereka dengan kehendak,  gelombang dan tsunami rakyat. 

Tidak ada tempat bagi mereka yang racist. 

Mana mana yang gagal menyesuaikan diri,  akan tersingkir. 
Contoh terbaik,  umno hari ini sedang bergelut bukan kerana pembangkang sangat kuat tetapi atas onar yang mereka sendiri lakukan. 

Dua asas,  amanah dan akhlak, jika lalai,  sengaja,  melampau,  keterlaluan diikuti sombong dan bongkak - tunggu sahajalah pembalasannya. 



6ANGKA