Rakyat lebih keliru apabila SPRM sendiri keliru untuk memahaminya. Kekeliruan atau keraguan rakyat terhadap SPRM bukan setakat itu, tetapi agak sepi info dalam penghujung beberapa siasatan besar...
Tetapi berbeza kali ini, jerung serah diri untuk disiasat dan jerung yang sama menggesa jerung yang lebih besar disiasat.. Ini satu peluang tidak boleh ditolak oleh SPRM, sudah tidak ada kekeliruan istilah..
Bukan sahaja satu dua jerung, alang alang menyeluk perkasam, siasatlah sekali dari kepala sampai keekor beberapa beberapa beberapa lagi jerung di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat..
Siasat dulu, dakwa atau tidak,itu dibawah kuasa AG, rakyat akan terus perhati dan pantau.. Rakyat juga tahu untuk bertindak mengikut lunas undang2 pada masa yang sesuai dan perlu.
Kena percaya, rakyat tak bangang pada semua waktu dan semua perkara.







