Sunday, August 20, 2017

HARI DEMI HARI PERLU BERCAKAP BOHONG UNTUK JULANG NAJIB DAN KUATKAN PARTI DENGAN BERITA PALSU.


Pilihanraya perlu diadakan segera,  rakyat makin demam,  loya dan muntah setiap hari mendengar ucapan pemimpin umno. 
Sesak nafas,  sakit jantung,  darah tinggi pun meningkat selari dengan kenaikan kos sara hidup. 



NAJIB JANJI KOSONG - PERINGATAN PADA YANG PERNAH TERIMA JANJINYA

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin terdesak mahukan undi rakyat sehingga menabur janji sewenang-wenangnya tetapi tidak akan mengotakannya.
Beliau membangkitkan kembali kata-kata Najib lima tahun dahulu yang berjanjj mahu memberikan RM5 bilion kepada Langkawi.
“Najib kata dekat Langkawi, banyak duit dia nak bagi. 5 tahun dahulu, masa itu saya masih baik lagi dengan Najib. Dia kata hendak bagi 5 bilion ringgit pada Langkawi. Satu sen duit pun tak dapat.
“Siapa boleh percaya janji penyangak,” katanya.
Dr Mahathir melabel Najib sedemikian berulang kali dihadapan lebih 2,000 hadirin di Ceramah Perdana, Medan Klebang Restu, Ipoh Perak malam tadi.
Beliau merujuk kepada kenyataan Najib pada 19 Ogos lalu mahu mengekalkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah.
Justeru, Dr Mahathir mengingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji ahli Parlimen Pekan itu yang akan berterusan memberikan janji palsu.
“Dekat pilihan raya nanti dia (Najib) bagi duit. Dekat Felda dia nak mansuh hutang Felda. Hendak bagi lima ribu ringgit (kepada peneroka). Bila PRU akan beri sampai RM25,000. Tapi itu janji saja, duitnya tiada.
“Dia janji banyak itu sebab dia tak percaya dia boleh menang,” katanya lagi.




Tiga individu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan mengeluarkan pernyataan menghina PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pegawai pengambilan pekerja, Nor Sabariah Abdul Kadir, 29, didakwa memberikan komen menghina Ahli Parlimen Pekan itu di laman sosial Facebook, Otai Bersih, awal Feb lalu
.
Penjaga stor, Ng Thai Quen, 19, didakwa menerbit imej jelik memaparkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember tahun lalu...

Penebar roti canai, Mazlan Yusoff, 48, pula didakwa memuat naik 'posting' jelik dan imej Najib yang telah diedit pada November tahun lalu...



Saturday, August 19, 2017

SETAKAT MANA PH FOKUS KEPADA TIGA PENJURU DAN PEMBAHAGIAN KERUSI

Itu adalah dua asas penting yang perlu dibina sekarang.

Akan berlaku beberapa perubahan kecil selepas itu tetapi tidak wajar begitu banyak perubahan kecil di saat akhir.

Hari penamaan calon sudah sepatut menjadi penamat yang sempurna di kalangan komponen dan tiada lagi pertindihan calon atau ujud calon tajaan dan proxi.


Jangan buat kesilapan yang memalukan negara. Kemaluan Allah bagi tunai kalau sebok sangat merekacipta dan korek keburukan orang.

Kajian menunjukan PH mampu menang tiga penjuru dengan 113, BN 50 dan PAS 02 kerusi parlimen di semenanjung jika mampu menambah 10% undi melayu dan 5% undi bukan melayu berasaskan porla undian GE13.

Tiada patut lagi ada perundingan dengan PAS samada sehaluan atau sendirian peringkat kawasan,  negeri atau pusat.

Sangat merbahaya dan perlu ditolak sama sekali jika mereka (PAS)  yang minta berunding. Itu semua tipu muslihat dan strategi belakang tabir.

Tidak ada lagi istimewanya PAS hari ini apabila berlaku perpecahan hingga ujudnya AMANAH yang membawa gagasan politik Nik Aziz.
Dari sebuah parti otai, digeruni kini jadi suruhan dan parti nyamuk. Ungkapan pemimpin PAS dan umno tidak banyak beza,  copy paste antara mereka.

Ucaplah selamat tinggal pada PAS,  titik.

UMNO JELAS TIDAK SEDAR DIRI APA YANG RAKYAT MAHU

Tanyalah kepada orang umno samada mereka tahu atau tidak apa orang Melayu mahu dan apa yang rakyat harapkan dari kerajaan. 

Kalau mereka memberi apa sahaja jawapan,  nilaikanlah samada apa yang mereka jawab selari dengan apa yang mereka lakukan sekarang. 

Kalau perjuangan untuk Melayu,  tanyalah apa secara realitInya yang sedangkan dilakukan untuk Melayu,  sebut secara khusus. 

Percayalah mereka sedang sangat sebok untuk menjawab Mahathir secara serangbalas dan memburukan Tun. Itulah yang mereka maksudkan perjuangan mereka. 

Sedang Tun memperkatan tentang kebobrokan sistem pengurusan negara sekarang dan buruk perangai pemimpin umno menindas rakyat, mereka sekadar mengorek cerita silam Tun. 

Membunuh orang sudah mati (mantan/pencen) tidak mendatangkan mati kali kedua,  sia-sia. 


Bagi mereka,  memburukan Mahathir adalah kekuatan umno untuk menang hati Melayu. 

Lain lain kosong. 




Friday, August 18, 2017

LIM KIT SIANG MENGAMUK PASAL TUN

Lim kit siang hari ini melahirkan rasa kecewa ke atas sikap Pemuda umno Malaysia kerana merampas gelaran Musuh Utama Melayu Adalah Lim Kit Siang dan memberikan gelaran tersebut yang dipegangnya sejak lima abad kepada Tun Dr Mahathir Sebagai Musuh Utama Melayu terkini. 



Tempelak lim kit siang kepada Pemuda umno,  dia kecewa tidak dihubungi dan di ajak berunding sebelum gelaran itu dilucutkan. 

Kikikikiki






# Apa kaitan Melayu dan umno? 
Melayu memerlukan umno,  atau umno yang memerlukan melayu,  kena sedar diri sikit.. 
Orang melayu sudah tentu menolak melayu korup dalam umno.. 

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR DENGAN UGUTAN

Kena faham dan hadam, jangan gentar dengan omongan kosong pemimpin yang lupa diri. 



Thursday, August 17, 2017

DULU BELUM ADA AKAL, SEKARANG DAH BALIGH


Dulu sembahyang dua imam.. 
Sekarang makan sehidang.. 
Dulu tak leh berbesan.. 
Sekarang boleh satu barisan.. 


.. Alhamdulillah PAS dah Insaf Hadi dah taubat.. 

Sebab itu bila dulu ada buat silap dan salah kena mengaku.. Jangan masih nak pusing tuduh pihak lain. 
Selamat maju jaya kepada PAS.

Gambar: YDP PAS Permatang Pauh bersama PM.

KENAPA ISA SEORANG SAHAJA..

Begitulah bunyinya tajuk media pro PH manakala di blog pro umno mendabik dada kerajaan umno telus,  tidak pilih bulu,  yang salah tetap salah.. 
Kenapa mereka so sure bersalah sedangkan ia baru diperingkat tahanan reman...kenapa untuk isa mereka tergesa gesa menghukum? 




Statement ampusana ampusini sebegini boleh buat aku ketawa berguling 2h3m. 

Bukankah media yang sama sebelum ini mempertahankan isa mati matian sebagai suci bersih apabila pembangkang mengkritik sejak penubuhannya (FGV)  lagi???? 

Kenapa Isa seorang sahaja??? 
Walaupun ramai memberi alasan untuk melogik dan merelevankan orang lain tetapi nyata tidak berkesan. 
Isa sudah jadi timun kena lenyek durian.. 

Yang terlepas bagaimana? 
Teruslah berlapang dada,  bukan terlepas,  belum sampai masa.. 

Orang yang membohongi dan menipu diri sendiri bukanlah cerdik sangat pun.. 

Lagipun drama ini belum tamat.. Bisul bisul kecil  meletus sana sini sebelum cancer tahap 4 mendarat.. 

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...