Isu Najib Umno dan 1mdb sangat jelas seperti artikel saya yang lepas (bawah) dan tidak perlu tambahan isu lain walaupun ada.
Itu isu asas perbezaan awal Tun dan Najib jika diuruskan dengan berhemah ianya menjadi baik untuk kedua dua pihak terutama untuk Najib.
Ia bukan isu kepentingan diri Tun, keluarga atau kroni seperti yang difitnahkan.
Ia isu peribadi Najib dan berjaya diheretnya sebagai isu parti, dipengaruhi menjadi isu kerajaan dan negara. Sekarang sudah jadi isu dunia.
Ikan sudah masuk pukat.
Tuduhan Tun terhadap najib jelas, ucapannya sudah viral seluruh dunia..Trump pun tahu.
Jika yang punya badan tidak mempunyai keberanian bertindak sendiri mempertahankan maruahnya dan integriti keluarganya..... Agak pelik untuk pihak lain campurtangan, menjawab dan mempertahankan...????
(.... lu siapa untuk tolong jawab, sekadar jadi pecacai ubah tiang gol, hentikanlah masa dan tenaga yang membazir dan sia-sia itu....)
Jawapan Tun bukan untuk mengikut kemahuan orang yang bertanya, bukan untuk memuaskan hati semua pihak, kata Tun, dia hanya bercakap perkara yang benar, yang benar mesti disuarakan walaupun ada pihak yang tidak berpuashati atau bersetuju.
Bukan sahaja Tun, semua pemimpin ternama termasuk Hadi mempertahankan dan menjawab sendiri dalam setiap isu peribadi dan parti.
Langkah Hadi saman SR walaupun agak lewat tetapi menepati janji awal sangat dipuji.
Jumpa Xiping tambah hutang, jumpa Trump sekadar akan menambah belengu dan kekusutan.