Friday, September 8, 2017
AZMIN BUAT HAL SELANGOR DAH KACAU BILAU
# singkirkan dari minda, umno itu melayu pas itu Islam..akhlak mereka out
Pergeseran yang dikatakan berlaku antara Azmin Anwar Tun Rafizi kini menjadi satu bukti ianya sekadar cubaan memperbesarkan isu untuk melaga lagakan pemimpin dari pihak desperado yang kempunan sangat untuk merampas Selangor.
Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PH juga Pengerusi PH Selangor membuat satu pembentukan struktur PH Negeri Selangor berformat 4:3:3:2 yang pastinya cukup mantap menghadapi dua atau tiga penjuru.
Otai Reformasi juga turut berada dalam struktur tersebut menandakan pertentangan ke atas Tun sedikit sebanyak sudah diatasi.
Syabas dan tahniah.
Yang kacau bilau, tak senang duduk tentulah parti cap keris bersilang
# JJ dan Noh Udang belum dapat dihubungi untuk komen, mungkin ada disini wakil mereka. Jemput beri ulasan yang berwibawa.
Pergeseran yang dikatakan berlaku antara Azmin Anwar Tun Rafizi kini menjadi satu bukti ianya sekadar cubaan memperbesarkan isu untuk melaga lagakan pemimpin dari pihak desperado yang kempunan sangat untuk merampas Selangor.
Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PH juga Pengerusi PH Selangor membuat satu pembentukan struktur PH Negeri Selangor berformat 4:3:3:2 yang pastinya cukup mantap menghadapi dua atau tiga penjuru.
Otai Reformasi juga turut berada dalam struktur tersebut menandakan pertentangan ke atas Tun sedikit sebanyak sudah diatasi.
Syabas dan tahniah.
Yang kacau bilau, tak senang duduk tentulah parti cap keris bersilang
# JJ dan Noh Udang belum dapat dihubungi untuk komen, mungkin ada disini wakil mereka. Jemput beri ulasan yang berwibawa.
Thursday, September 7, 2017
Wednesday, September 6, 2017
TULIS TAJUK PUN BUKAN BINCANG IKUT TAJUK..
KEMASKINI 06:19PM
# Ombak kecil yang sedang berlaku di kalangan pemimpin PH kini adalah satu proses demokrasi dan meraikan peebezaan strategi tanpa merosak pendirian dan dasar PH.
Peranan media batuapi sudah dijangka tetapi pasti ia tidak berjaya meroboh ikatan dan missi bersama yang telah terbina malah mereka sendiri bingung dan terpwrangkap dengan andaian, persepsi dan spin mereka sendiri.
PAS juga nampaknya seakan membuat tarian tarik tali surung papan yang boleh mencemaskan umno apa sebenarnya pendirian PAS. Tanyalah 10 pemimpin PAS berhubung kerjasama paspkr atau pasumno, anda anda dapat 10 jawapan yang berbeza.
Hari ini Tun jumpa Anwar (?)
Apakah mungkin Anwar Ibrahim akan ditolak oleh partinya sendiri, PKR apabila didapati sudah lari dari perjuangan PH.
Itu tidak mustahil.
Kemungkinan juga Tun akan ditolak oleh BERSATU.
Sudah ada tanda tanda lim kit siang dan lim guan eng akhirnya disingkir dari DAP.
Jika itu lebih baik untuk perjuangan PH, kenapa tidak, perjuangan bukan berlandas dan taksub kepada pemimpin, individu boleh masuk dan keluar tetapi parti dan pakatan perlu kekal.
Patah tumbuh hilang berganti, masih ada pelapis baru yang bertenaga dan berwawasan untuk meneruskan perjuangan.
Hakikat yang perlu diterima.
Jangan jadikan parti tempat bersembunyi, berlindung, mengumpul segala kesesatan, melampau dan jenayah kemungkaran. Jangan korbankan parti untuk memuja dan mempertahan pemimpin yang qarun lagi korup.
Berbaloi ke sekadar pangkat jawatan pengaruh kuasa dedak yang ciput bersifat sementara untuk bersekongkol, itukah bekalannya ..
IKAN MASUK PUKAT
Isu Najib Umno dan 1mdb sangat jelas seperti artikel saya yang lepas (bawah) dan tidak perlu tambahan isu lain walaupun ada.
Itu isu asas perbezaan awal Tun dan Najib jika diuruskan dengan berhemah ianya menjadi baik untuk kedua dua pihak terutama untuk Najib.
Ia bukan isu kepentingan diri Tun, keluarga atau kroni seperti yang difitnahkan.
Ia isu peribadi Najib dan berjaya diheretnya sebagai isu parti, dipengaruhi menjadi isu kerajaan dan negara. Sekarang sudah jadi isu dunia.
Ikan sudah masuk pukat.
Tuduhan Tun terhadap najib jelas, ucapannya sudah viral seluruh dunia..Trump pun tahu.
Jika yang punya badan tidak mempunyai keberanian bertindak sendiri mempertahankan maruahnya dan integriti keluarganya..... Agak pelik untuk pihak lain campurtangan, menjawab dan mempertahankan...????
(.... lu siapa untuk tolong jawab, sekadar jadi pecacai ubah tiang gol, hentikanlah masa dan tenaga yang membazir dan sia-sia itu....)
Jawapan Tun bukan untuk mengikut kemahuan orang yang bertanya, bukan untuk memuaskan hati semua pihak, kata Tun, dia hanya bercakap perkara yang benar, yang benar mesti disuarakan walaupun ada pihak yang tidak berpuashati atau bersetuju.
Bukan sahaja Tun, semua pemimpin ternama termasuk Hadi mempertahankan dan menjawab sendiri dalam setiap isu peribadi dan parti.
Langkah Hadi saman SR walaupun agak lewat tetapi menepati janji awal sangat dipuji.
Jumpa Xiping tambah hutang, jumpa Trump sekadar akan menambah belengu dan kekusutan.
Tuesday, September 5, 2017
MOHON PENCERAHAN
Bukan satu yang rahsia lagi, Tun secara terbuka menuduh PM sebagai pencuri, penyamun, penyangak, lanun.. Dan kita juga biasa dengar dari mulut beberapa pemimpin lain.
Atas usia Tun dan kewarasannya, kita percaya Tun mempunyai asas dan maklumat sehingga begitu berani dan terbuka untuk mendakwa dan mengetahui risiko tersebut.
Kita juga tahu ada beberapa pemimpin umno bertaraf Menteri sendiri mengesahkan MO1 yang disebut oleh DOJ adalah PM.
Kita juga pernah mendengar beberapa keburukan Rosmah secara langsung dan tidak langsung seperti yang diucapkan oleh beberapa pemimpin.
Kita juga pernah terdengar Rosmah akan saman pihak yang terbabit.
Kita boleh terima jika Najib menafikannya sendiri dengan maklumat yang kukuh dan menjawab dengan jelas beberapa persaolan
seperti transaksi kewangan 2.6b yang masuk ke dalam akaunnya.
Kita boleh terima jika Najib mengambil tindakan saman peribadi kepada pihak yang menuduhnya terrmasuk SR atau mengarahkan PDRM siasat, tangkap, dakwa Tun atas tuduhan fitnah.
Kita juga boleh terima jika Rosmah mengambil tindakan yang sama (saman mereka) secara peribadi untuk membersihkan segala tuduhan.
KENAPA SEMUA ITU TIDAK DILAKUKAN, ITU YANG KITA TIDAK FAHAM...
Walaupun beberapa siasatan dan perakuan telah dibuat tetapi kita berpendapat ia kurang telus dan pengakuan ada unsur tekanan dan paksaan.
Kita juga ragu ragu apabila laporan odit negara 1mdb di OSA kan dan beberapa pegawai kerajaan dihentikan, ditukarkan secara tiba tiba.
Tetapi kita boleh terima sekurang kurangnya jika ianya dirujuk dan dibawa ke mahkamah untuk diadili dan diputuskan.
Kita rasa pelik siasatan 1mdb oleh pdrm belum ada penyelesaian walaupun kpn sudah bertukar tangan.
Kita juga rasa pelik motif RCI ditubuhkan untuk kerugian urusniaga Forex BNM 30 tahun yang lalu (sudah ada kertas putih) tetapi tiada RCI untuk isu 1mdb yang panas dan meletup dalam dan luar negara.
Mohon pencerahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...