Friday, September 15, 2017

SEMBANG TEPI - PAS MASIH SEBAHAGIAN PEMBANGKANG

Berdasarkan pemahaman dari biro politik PKR, rundingcara dengan PAS dibuat untuk kompromi menentukan kawasan menang bagi kedua dua pihak dan mengelak tiga penjuru.

Bagaimanapun ada juga keperluan tiga penjuru untuk memecahkan undi umno bagi memastikan calon bukan umno menang.

Di Selangor khusus akan ada dua penjuru, PAS lawan umno atau PH lawan umno.

Jika harmoni, akan dilibatkan BERSATU dan di negeri lain untuk kepentingan bersama dan bukannya keuntungan sebelah pihak sahaja.

Tidak timbul kerjasama PH dengan PAS kerana ia sudah lama ditolak oleh kedua dua pihak.

Rundingan formula PRU disokong oleh pelbagai pandangan seperti BERSIH yang dihormati oleh kedua pihak.

Sudah tentu semua rundingan ini tertutup, tidak rasmi dan tidak diumumkan.

Setakat hari ini tidak ada pernyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin PAS mengesahkan akan bekerjasama dengan umno.

Mungkin keinginan kerjasama dengan PAS datang dari pihak umno sahaja.
Bertepok sebelah tangan.

Selagi tiada pengistiharan, PAS masih sebahagian dari pembangkang yang perlu dihormati, diberi muka, dipujuk dan dibimbing.


SELEPAS AMERIKA NEGARA MANA PULA AKAN DIBANTU



Next

ADA perbezaan di antara membantu ekonomi sesebuah negara...

Dengan melabur di sesebuah negara untuk mendapat pulangan keuntungan semaksimum...

Pembelian kapalterbang penumpang dalam ketika MAS mengalami kerugian menimbulkan persaolan..

Sepertimana DILIHAT, begitu juga pembinaan landasan keretapi laju ke pantai Timor bukan satu keperluan mendesak.

Tidak melalui tander terbuka untuk satu kos yang bersaing dan kualiti yang terbaik.

Pemberian kepada syarikat china secara anugerah tidak dapat tidak kepada persepsi rasuah lebih² lahi sykt tersebut disenarai bermasalah dan beberapa projeknya mengalami damage.

Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan juga tidak bertambah.

Kos pembinaan juga  berganda tinggi dan tidak masuk akal untuk sebuah landasan yang hampir serupa di seluruh dunia.

Apakah pelaburan KWSP dan Khazanah juga dalam bentuk anugerah atau tender terbuka.
Jangan sampai ada lagi cerita unit, tunai dan tiada transaksi membuktikan dan jangan sampai tidak boleh disentuh dalam parlimen.

Begitu juga dengan pembelian jet dan boieng, jangan lagi kedengaran pwrsepsi komisyen membabitkan model dan sebagainya.

Biarlah lancar dan bersih walaupun dari awal sudah nampak macam ada yang tak kena.

Kenapa pula tiada press media untuk mewar warkan kejayaan seperti yang digendang pecacai tempatan.

Thursday, September 14, 2017

MAT JENIN TERLEKA DAFTAR BARU PENGUNDI MELAYU TERCOROT

Jiwa tentu tergeletek kalau menghadap realiti angka angka dan statistik jumlah pengundi Melayu baru yang daftar undi tercorot berbanding bukan Melayu.
Lebih sadis, separuh dari melayu yang mendaftar adalah atas kempen PH atau lebih tepat melalui gerakerja DAP.

Dalam masa yang sama ada puak dan pecacai mengistiharkan angan angan mereka, umno dan pas akan menang dua pertiga majoriti PRU14.

Untuk tidak berbalah dengan puak taksub ni, aku angguk je lah, bersetuju untuk tidak bersetuju.

KENYATAAN YANG MENGHINA ISLAM APALAGI YANG DITUNGGU

Kenyataan² David Orok dan Siti Kassim dan sewaktu dengannya berhubung beberapa perkara dalam Islam yang sangat bertentangan dan membangkitkan penghinaan sangat tidak wajar dibiarkan.

PDRM wajar ada Bahagian Jenayah Kaum dan Ugama sama penting dengan KongsiGelap dan Judi, Kolarputih, Penggubahan Wangharam dan sebagainya.

PDRM sangat cepat bertindak kepada kenyataan yang ringan dan klise menghina PM atau Sultan yang tidak pun menggugat akidah tetapi tidak kepada kes² seperti ini.

Kepentingan politik jika ada harus diketepikan.

Unsur² awal ini boleh merebak kepada merosak perpaduan, pertelingkahan dan rusuhan antara ugama dan kaum.

Ia sangat mudah dicetuskan oleh sesiapa sahaja samada secara kebetulan atau dirancang untuk kepentingan atas rusuhan tersebut.

Agen² provokasi yang boleh diupah sentiasa ada.

DO YOU THINK TRUMP WILL CARE..






Tiada langsung kenyataan Trump berhubung DOJ , 1MDB dan tiada juga keberanian PM untuk berdepan dengan wartawan secara terbuka untuk menjawab apa sahaja persaolan.









ILMU JPJ
# Apabila kita kena saman AES, ada dua pilihan..
1. Bayar kompaun atau
2. Didakwa di mahkamah

Pilihan yang selalu diambil bagi orang yang tahu dia bersalah, ialah membayar kompaun kerana kebiasaannya jika ke mahkamah, hukuman akan lebih berat, denda yang lebih tinggi dan mendapat kemaluan besar.

Wednesday, September 13, 2017

AMALKAN POLITIK MUDAH

KEMASKINI

KENA AMBIL FIKIRAN
Apa yang sedang berlaku di NY membantu kafir harbi dan apa yang berlaku di Keramat ( mengabaikan Pusat Tahfiz) ada kaitan.

Akan adakah lagi malang dan bala selepas ini.




......................

Jika anda seorang PM Malaysia terkini, kemana 100B dihalakan..

1) Meneruskan bantuan ekonomi kepada Amerika kafir harbi Ahlul harb proxi Israel yang boleh menggunakan semula untuk menghancurkan negara dan umat Islam.

2) Bantuan kepada Myanmar untuk memberi taraf dan menaikan sosial ekonomi Rohingya dengan pantauan Tribunal Antarabangsa.

3) Sebagai perbelanjaan ketenteraan menghantar kapal perang seperti saranan Mukhriz.

4) Bantuan kepada kerajaan kafir zimmi ahlul zimmah Pulau Pinang untuk membangunkan sosio ekonomi orang Islam di sana.

4(a) Lebih afdhal kepada kerajaan Islam Kelantan untuk menaik taraf prasarana dan sosio politik dengan pantauan NGO's anak Kelantan.

5) Bantuan kepada semua sekolah tahfiz untuk meningkatkan kelengkapan keselamatan premise mereka.

Sokonglah PH jika anda tidak bersetuju dan tidak bersekongkol perkara (1).

Amalkan politik mudah.

PEMBANGKANG MAMPU SENYUM..


Geli hati pun ada, kesian pun ada bila melihat pecacai tercungap cungap, terkial kial menghantuk kepada di dinding untuk membenihkan idea untuk menjawab 1001 kritikan rakyat berhubung lawatan najib yang dikatakan, tiada sambutan ketibaan, tiada karpet merah dan tidak tidor di rumah tetamu Presiden seperti kebiasaan jika dijemput.


Ada yang kata, PM mendarat di lapangan terbang tentera udara dan diiringi polis rahsia. Mungkin tv3 pun tak tahu untuk siarkan bagi kebanggaan rakyat.


Lebih pelik, najib umum malaysia akan bantu ekonomi Amerika dengan jangkaan pelaburan 100B. Persembahan terbaik Najib dalam tempoh tak sampai 6 minit di depan Trump.

Trump wajar hargai dan doakan umno menang PRU jika mahu pelaburan itu menjadi nyata. Paling baik kalau mudah faham..jangan ada gangguan perundangan seperti DOJ yang boleh menggugat umno.
Inilah kerjasama yang tersirat.

Ada yang tanya kenapa Najib tidak ditangkap (???)  Mereka bertanya bagi pihak pembangkang atau bagi pihak siapa (?)
Apakah ada pemimpin kanan umno juga turut percaya atau berharap Najib ditangkap supaya dapat merebut kerusi PM (?) Jangan sampai langsung ada niat seperti itu...

Pecacai wajar berhenti bertanya.. Kepercayaan kepada PM mesti ada 100%, jangan ambil kesempatan atau memberi sokongan kepada pembangkang secara tidak langsung..



Lawatan dan janji Najib pada Trump seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk merejam kembali dengan mudah.

Kita tidak perlu taksub sangat dengan hujah pembangkang yang bernas, saolan orang kampong pun dah cukup berbisa..


Antaranya "Nak pasang cctv balai polis pun tidak terbuat, ada hati pula nak bantu ekonomi Amerika"

Sebenarnya banyak lagi komen netizen di media yang pasti menggelisahkan pro Najib. Mana nak letak muka beb...

Berjalan pun kena tunduk ke bawah sehari dua ni. Fitrah pun kita berasal dari tanah dan akan balik ke tanah. U can run but u cannot hide. Aku pun tak faham maksudnya.

Besok aku akan siarkan beberapa tulisan jiwa kacau pemimpin umno dalam menghadapati kemaraan pembangkang.

Semakin panik pemimpin umno, semakin besar tomahan kepada Tun, semakin meringankan kerja pembangkang dan puterajaya semakin dekat.


UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...