Saturday, September 16, 2017

ANINA HAMIDAH KELUAR BERSATU

Perhatikan alasan mereka-mereka yang keluar, kebanyakan berkaitan jawatan dan layanan..yang lain ikut ikut
Ini kekecewaan peribadi tulin..biarkan.

Jika sikap ini terus dibawa, ke mana pun mereka pergi, tidak mampu bersaing dan berjaya..

Masih ramai tanpa jawatan, tanpa layanan, risiko dan kena keluar duit sendiri lagi yang sanggup berjuang..

Parti umno, pkr, dap dan pas sendiri sering mengalami ahli dan pemimpin keluar parti, tetapi perjuangan diteruskan.

KENAPA NAJIB SANGAT TERGANGGU DENGAN KOMENTAR TUN


Atas jawatan, kuasa dan pengaruh yang sedia ada, atas keyakinan rakyat sokong, baru balik dari jumpa Trump kenapa Najib masih kurang yakin diri dan terganggu dengan komentar Tun sehingga sebaik sahaja mendarat ke bumi Malaysia, nama Tun yang disebut sebut.

Itu semua memberi gambaran Tun masih relevan dan tampak hebat di mata rakyat.

Friday, September 15, 2017

TUN JUMPA BUSH PUN LOBBY DAN BAYAR, TU SEBAB PUN FOLLOW...



Dalam ketika pemimpin umno melaung laungkan APA yang Tun buat salah, sekarang ini semua dah salah, sedangkan dulu sama sama jadi tukang angguk tegar.

Tetapi dalam masa yang sama mereka secara melampau ulangi Dan untuk menghalalkan, membaguskan perbuatan mereka itu, mereka sekadar tunding Dan kata, dulu Tun pun buat.

APA dia orang ini ingat rakyat bangang sangat ke, kalau salah tetap salah, APA yang Tun buat kalau salah tetap salah Dan kalau mereka ikut dan ulangi sepertimana yang Tun buat, itu kesalahan berganda, bangang berganda.

Kalau APA Tun buat satu kesalahan, jangan ikut dan ulang buat, sepatutnya buat pembetulan, ihdinassirotollmustaqim..

Kalau salah, rakyat tidak akan kompromi atau bersekongkol dengan sesiapapun mereka. 

Dan sebab itulah pemimpin yang bangang berganda ini tidak boleh dibiar terus memerintah kerana pemimpin pelapis mereka kelak mewarisi kebangangan yang berlipat Kali Ganda.

Enough is enough.

SEMBANG TEPI - PAS MASIH SEBAHAGIAN PEMBANGKANG

Berdasarkan pemahaman dari biro politik PKR, rundingcara dengan PAS dibuat untuk kompromi menentukan kawasan menang bagi kedua dua pihak dan mengelak tiga penjuru.

Bagaimanapun ada juga keperluan tiga penjuru untuk memecahkan undi umno bagi memastikan calon bukan umno menang.

Di Selangor khusus akan ada dua penjuru, PAS lawan umno atau PH lawan umno.

Jika harmoni, akan dilibatkan BERSATU dan di negeri lain untuk kepentingan bersama dan bukannya keuntungan sebelah pihak sahaja.

Tidak timbul kerjasama PH dengan PAS kerana ia sudah lama ditolak oleh kedua dua pihak.

Rundingan formula PRU disokong oleh pelbagai pandangan seperti BERSIH yang dihormati oleh kedua pihak.

Sudah tentu semua rundingan ini tertutup, tidak rasmi dan tidak diumumkan.

Setakat hari ini tidak ada pernyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin PAS mengesahkan akan bekerjasama dengan umno.

Mungkin keinginan kerjasama dengan PAS datang dari pihak umno sahaja.
Bertepok sebelah tangan.

Selagi tiada pengistiharan, PAS masih sebahagian dari pembangkang yang perlu dihormati, diberi muka, dipujuk dan dibimbing.


SELEPAS AMERIKA NEGARA MANA PULA AKAN DIBANTU



Next

ADA perbezaan di antara membantu ekonomi sesebuah negara...

Dengan melabur di sesebuah negara untuk mendapat pulangan keuntungan semaksimum...

Pembelian kapalterbang penumpang dalam ketika MAS mengalami kerugian menimbulkan persaolan..

Sepertimana DILIHAT, begitu juga pembinaan landasan keretapi laju ke pantai Timor bukan satu keperluan mendesak.

Tidak melalui tander terbuka untuk satu kos yang bersaing dan kualiti yang terbaik.

Pemberian kepada syarikat china secara anugerah tidak dapat tidak kepada persepsi rasuah lebih² lahi sykt tersebut disenarai bermasalah dan beberapa projeknya mengalami damage.

Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan juga tidak bertambah.

Kos pembinaan juga  berganda tinggi dan tidak masuk akal untuk sebuah landasan yang hampir serupa di seluruh dunia.

Apakah pelaburan KWSP dan Khazanah juga dalam bentuk anugerah atau tender terbuka.
Jangan sampai ada lagi cerita unit, tunai dan tiada transaksi membuktikan dan jangan sampai tidak boleh disentuh dalam parlimen.

Begitu juga dengan pembelian jet dan boieng, jangan lagi kedengaran pwrsepsi komisyen membabitkan model dan sebagainya.

Biarlah lancar dan bersih walaupun dari awal sudah nampak macam ada yang tak kena.

Kenapa pula tiada press media untuk mewar warkan kejayaan seperti yang digendang pecacai tempatan.

Thursday, September 14, 2017

MAT JENIN TERLEKA DAFTAR BARU PENGUNDI MELAYU TERCOROT

Jiwa tentu tergeletek kalau menghadap realiti angka angka dan statistik jumlah pengundi Melayu baru yang daftar undi tercorot berbanding bukan Melayu.
Lebih sadis, separuh dari melayu yang mendaftar adalah atas kempen PH atau lebih tepat melalui gerakerja DAP.

Dalam masa yang sama ada puak dan pecacai mengistiharkan angan angan mereka, umno dan pas akan menang dua pertiga majoriti PRU14.

Untuk tidak berbalah dengan puak taksub ni, aku angguk je lah, bersetuju untuk tidak bersetuju.

KENYATAAN YANG MENGHINA ISLAM APALAGI YANG DITUNGGU

Kenyataan² David Orok dan Siti Kassim dan sewaktu dengannya berhubung beberapa perkara dalam Islam yang sangat bertentangan dan membangkitkan penghinaan sangat tidak wajar dibiarkan.

PDRM wajar ada Bahagian Jenayah Kaum dan Ugama sama penting dengan KongsiGelap dan Judi, Kolarputih, Penggubahan Wangharam dan sebagainya.

PDRM sangat cepat bertindak kepada kenyataan yang ringan dan klise menghina PM atau Sultan yang tidak pun menggugat akidah tetapi tidak kepada kes² seperti ini.

Kepentingan politik jika ada harus diketepikan.

Unsur² awal ini boleh merebak kepada merosak perpaduan, pertelingkahan dan rusuhan antara ugama dan kaum.

Ia sangat mudah dicetuskan oleh sesiapa sahaja samada secara kebetulan atau dirancang untuk kepentingan atas rusuhan tersebut.

Agen² provokasi yang boleh diupah sentiasa ada.

6ANGKA