Wednesday, October 4, 2017

POLITIK TAKSUB AKHIRNYA SALLEH KERUAK MENGAKU LETIH


Salleh adalah di antara pentaksub politik bermula sebagai blogger mempertahankan Najib siang dan malam, akhirnya berbaloi menjadi Menteri dan Bendahari umno.

Satu ketaksuban hingga menjadi serasi, cubit paha kiri Najib, yang turut sakit paha kanan Salleh.

Dalam soal memburukan Tun Dr Mahathir, Salleh sudah tidak ada sempadan dan berlapik untuk seorang negarawan. Hakikatnya terlalu sedikit Tun sentuh namanya secara langsung.

Denda  RM1.58Juta yang dikenakan ke atas 1MDB oleh BNM memperjelaskan ujudnya salah laku dan selepas ini satu laporan polis akan dibuat untuk melihat dari sudut jenayah.

Begitu juga DOJ sedang meneruskan tindakan undang² ke arah siasatan dan pertuduhan jenayah.

Di mahkamah Singapura sendiri, Jho Low dan 1MDB dikaitkan dengan suahat pergubahan wang haram hingga bank berkaiitan ditutup dan beberapa orang didenda dan dipenjara.

Sedangkan selama ini Salleh dan puaknya mempertahankan 1MDB sangat suci.
Inilah penyakit, inilah kuman sebesar gajah didepan mata, sangat membahayakan.

Semoga Salleh dapat merehatkan diri dari mempertahan seorang PM yang tiada kesudahan.





Dan ini satu lagi ketaksuban meletih dan membahayakan, made from umno.


BANGSA JOHOR SYED SADDIQ VS SHAHRIR DI JB

Tak sesuai kalau lim kit siang, Tun untuk bertanding di JB. 
Shahrir Samad sudah low valued marke price dalam umno dan luar umno, sekadar menampung ketandusan calon potensi umno untuk Johor Baharu....recycle.

Apa sangat sumbangan anak didik Musa Hitam ini di Parlimen Johor Baharu dan sebagai Menteri di ers Paklah. Mungkin cik minah lebih tahu..
Pengalaman peribadi penulis...Shahrir tidak mesra rakyat dan sombong, berbeza demgan Khalid Nordin, Ghani Othman dll.


Yang cantiknya kalau pertandingan adik abang khalid samad vs shahrir samad.


Tetapi yang paling win kalau yang makan dedak vs yang tolak dedak, yang dah nak pencen politik vs yang baru nak bertapak politik.

Sekaligus SS menjadi pemangkin anak muda berpolitik, pemangkin semangat PH untuk tawan Johor.




# Khalid telah menarik diri untuk berlawan Shahrir atas alasan hubungan keluarga.

Tuesday, October 3, 2017

SEJAUH MANA DAP KORUP, SALAHGUNA KUASA DAN RACIST...

Jika dibandingkan dengan umno, mic, mca...





Kemaskini:

Apa agaknya akan berlaku jika murid sekolah rendah jenis kebangsaan cina diarah mengibarkan bendera DAP ????????

Kita tidak setuju murid sekolah, guru dan sekolah di politik kan. Ibu bapa layak buat laporan polis dan mendesak kunan dan guru besar mohon maaf.


SIAPA YANG MEMBANGSATKAN MELAYU


Sebut sahaja rasuah persepsinya dikaitkan dengan politik, sebut sahaja politik persepsinya dikaitkan dengan umno.

Sudah lama rasuah itu umno, umno itu rasuah, sejak zaman Tun Abdul Razak dan kini makin parah di zaman anaknya.

Jika dulu melibatkan hanya menteri di bawah PM tetapi kini apabila PM turut terpalit, menjadi sukar untuk dibersihkan lagi.
Bukan itu sahaja, apabila PM



enggan berundur secara terhormat, ia membabitkan kepada seluruh pemimpin, ahli dan parti yang dipandang serong.

Apabila mahkamah undang² tidak digunakan untuk membersihkan diri, isu dan persepsi diseret ke mahkamah rakyat dan hukumannya pada PRU14.



Bukan sahaja umno sukar diselamatkan lagi tetapi untuk apa (?)  dan keperluan apa harus diselamatkan (?)

Melayu yang miskin tidak menjadikan melayu bangsat.
Tetapi korup, salahguna kuasa menjadikan Melayu dipandang hina dan bangsat.




Monday, October 2, 2017

SYED SADDIQ IKON SPRM (?)





Mungkin boss SPRM boleh pertimbangkan (??)






# Dana Yayasan Prihatin SPRM wajar datang dari sumbangan orang ramai / rakyat dan atau Yayasan berhak menerima peratus tertentu bagi setiap kes korup yang berjaya disabitkan sebagai imbuhan galakan.






SETUJU KOT RASUAH ADALAH MUSUH NOMBOR SATU DAN PALING BANGSAT DI MALAYSIA...

Paling bangsat kalau pemimpin tua nak suap anak muda.



 



Sunday, October 1, 2017

SENARAI CALON BN UNTUK PRU14

Difahamkan sebahagian senarai calon BN untuk PRU14 telah dihantar kepada SPRM untuk disemak dan ditapis samada terdapat unsur korup (?)

Yang sedang didakwa, lulus ke?
Yang dipanggil siasat, lulus ke?
Yang di"adukan" kepada SPRM, lulus ke?
Yang disebut sebut media dalam dan luar negara lulus ke?
Kalau semua di atas turut juga berada di tangan PDRM dan RCI lulus ke?

Peranan SPRM mungkin sekadar menasihat parti tanpa ada kemestian parti tersebut tolak atau terima.
Jika benar, rakyat tidak juga tahu status calon jika dicalonkan samada calon itu bersih atau tidak..


PH difahamkan telah menolak cadangan SPRM untuk menghantar senarai calon..
Mungkin kerana calon² mereka semuanya bersih atau bimbang di manipulasi dan di politik kan...
Kalau dihantar...sudah tentu nama² seperti lim guan eng. Tun dan Azmin tidak lepas...

Tetapi jauh lebih dari itu, setakat manalah ketelusan dan keberanian SPRM..

Setakat mana berani menyatakan calon Pekan Mohd Najib bin Abdul Razak juga tidak lepas dan tidak lulus... (????)






6ANGKA