Siapa yang masih boleh berkompromi dengan budaya korup dan salahguna (?)
Berapa banyak kah sangat keutungan politik jika sanggup bersekongkol dengan puak korup dan salahguna kuasa (?)
Apa kedudukan pemimpin yang korup di sisi Islam..bukankah tidak lebih sama haram sama berat dosanya seperti makan babi (?)
Dan si pemakan babi ini pula membahagi bahagikan daging babi itu kepada yang lain, lalu di makan dengan sedar, halalkah (?)
Apabila si pemakan babi dan yang turut sama makan babi mahu jadi pemimpin di kalangan kita, bolehkah (?)
Apabila kamu melakukan dosa, siapa yang tahu (?)
Setelah berdosa layak kah kamu mendabik dada, tanya mana bukti (?)
Siapa yang kamu mahu tipu (?)
Kalau puak kapir pun tahu korup dan salahguna adalah salah di sisi ugama dan etika, tentulah lebih teruk mereka yang menjadikan korup dan salahguna mereka sebagai amalan hidup.
Mereka tidak kesal, tidak bertaubat sebaliknya terus mengikut jalan yang tidak lurus.
Menzalimi diri sendiri, layak kah mereka berfikir mereka akan dibantu Allah.