Aku ada beberapa tajuk lagi, tapi sengaja nak dahulukan posting ini...
Ramai yang rasanya aku xxxxx asal dari johor dan tinggal di xxxxx, tidak semestinya betul.
Keduanya aku masih ahli umno, jawatankuasa peringkat bahagian dan jawatankuasa biro peringkat negeri.
Kenapa tak sertai PH..
Tak mau kecoh serta expose dan asas yang kuat kerana twmpat aku DUN dan Parlimen akan ditandingi oleh MCA vs DAP.
Tak ada kepentingan langsung untuk aktif secara terbuka bersama PH.
Itu latarbelakang.
Isunya sekarang, aku baru sahaja dilantik sebaga Pengerusi Jentera Pilihanraya Zon xxx.
Petanda PRU seolah makin dekat. Ketua Bahagian sendiri YB Exco turun berjumpa Pengerusi Zon dll.
Ada dua pilihan..
1) aku terima dan berusaha untuk kemenangan atau
2) aku terima jawatan tetapi sabotaj
Akhirnya aku mengambil keputusan akan tolak perlantikan walaupun posisi jawatan itu boleh kata "lumayan" juga peruntukan pilihanraya..kalau fokus nak buat duit lah..
Keazaman untuk mahu ummo bn tewas sangat kuat secara sihat dan bukannya tikam dari belakang.
Keahlian aku sebagai ahli umno akan gugur sebaik sahaja tarikh pembubaran parlimen, baju BERSATU akan disarong dan undi adalah hak mutlak netizen, kuasa rakyat.
PH mempunyai begitu banyak peluru untuk dimuntahkan. Gula gula PH kepada rakyat ialah menjadi kerajaan yang lebih bersih dari umno - salah ke?




