Sebaik baik manusia apabila buat sesuatu, baik atau buruk tak perlulah mendada, mendabik.. Aku orang bugis, aku pahlawan jawa, aku panglima banjar...
Mendabik dada sambil menyebut asal keturunan seolah menidakkan sumbangan pihak lain lebih lebih lagi kalau kejayaan tertentu berasas kepada teamwork.
Sangat huduh kalau sendiri mengaku pandai, sendiri masuk bakul sendiri angkat.
Apabila dipulang balik paku buah keras...dah nak nangis, angkat gang..
Dalam berakhlak keutamaan wajib dijaga..
1) sebagai orang Islam
2) sebagai orang Malaysia
3) sebagai orang Melayu
Jika akhlak Islam dijaga, eloklah akhlak bangsa negara dan negerinya..
Begitu jugalah dengan murka..
Jaga kemurkaan Allah
Itu yang utama
Itu yang penting
Jika mahu dihormati, tunjuk dulu hormatkan orang lain dan jangan berlindung dengan pangkat jawatan dan kasta.
Lubang kubur kita sama sahaja cuma bila ditinggalkan, tahulah luas atau sempitnya.
Kemurkaan sesama manusia lebih emosinya sahaja, betul dan benar belum tentu.
TONGAS
umno adalah sebuah parti, jasa dan budinya tidak secara otomatik, sebaliknya bergantung kepada kepala kepimpinan.
Sebab itulah kita di erakan dengan satu kepimpinan dengan satu kepimpinan yang lain.
Oleh itu bila disebut dengan "jangan lupa jasa umno", itu bererti merujuk kepada kepimpinan terdahulu.
Kepimpinan sekarang, samada ada jasa atau ada cela biarlah generasi akan datang menilainya.