GST meringan bebanan..dengar pengakuan netizen
.........
Ada yang salah faham, buat buat tak faham dan hilang kefahaman terhadap pertentangan rakyat ke atas umno.
Prinsipnya rakyat umum menyokong pembangunan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan ianya bertambah baik apabila kerajaan sedar ianya di bawah pemantauan pembangkang terutama dari segi perbelanjaan dan perlaksanaan yang telus.
Jika rakyat boleh menghargai kerajaan rakyat juga perlu berterima kasih atas peranan pembangkang, majority by numbers bersama pembangkang sekarang, sebab itu lah kerajaan sekarang diasak dan kepanasan.
TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR ATAS PERTIMBANGAN SENDIRI
Malangnya pembangkang tidak dapat pantau semua dan inilah peluang rasuah dan penyelewengan berlaku. Teralu banyak isu jika mahu dikutip.
Ketidak percayaan kepada kerajaan umno semakin teruk apabila Najib terlibat dalam skandal 1mdb. Ianya makin jelas apabila diikuti dengan pertentangan Tun secara terbuka dan tidak ada jawapan yang memuaskan dari kerajaan.
Persepsi rakyat kerajaan berbohong dan berbohong untuk menutup segala kecurangannya. Keadilan disekat secara terangan.
KERAJAAN YANG CURANG TIDAK BOLEH DiPILIH SEMULA DAN DIKEKALKAN, ITU PRINSIP SEJAGAT DAN KITA WAJIB TENTANG WALAU DENGAN SATU AYAT.
Isu utama skandal 1mdb berkembang kepada isu2 lain termasuk kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib, duit 1mdb bocor dan berterbangan ke sana sini termasuk US - pembangkang tahu di mana, ke mana dan bila, cuma masa ditungu untuk mendedahkan lebih lanjut. Masa yang sesuai sebaik sahaja parlimen dibubar, tuunnggguuuuu.....
Isu terbaru sekarang, paku dulang paku serpih..tepuk air di dulang, meludah ke langit..BNM rugi 160B dalam urusan forex 2013-2015, siapa PM masa tu ? Sudah tentu bukan mamak teh tarik.
Ditambah dengan isu gst dan kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan bermewah dan belanjawan defisit, kemasukan bebas pelabur china memburukan lagi keadaan.
Apapun tidak akan ada cubaan yang boleh berjaya mengalih isu sebenar kebobrokan Najib dan partinya dalam skandal 1mdb dan isu sekelilingnya.
Kerajaan baru perlu untuk menyusun semula negara yang kucar kacir dan korup adalah isu utama, Mereka yang terlibat perlu diadili.
Itupun masih ada segelintir yang ingin mempertahankan (?) Ada sokongan membawa rebah...Pertahankan apa? Hujah kabur? Paling paling buka cerita lama? Berasap kepala Bankrap idea... Last sekali maki hamun, kepala bapak..