Sesebuah skandal tetap skandal, pusing macamana pun tetap skandal lebih lebih lagi kalau semua dokumen akan ada mulut sendiri untuk bercakap apabila dipanggil, sekarang atau kemudian.
Skandal yang diperkatakan secara meluas dan jitu hanya menunggu hari dan masa untuk diistiharkan. Setiap skandal apabila masuk ke mahkamah, akan ada banyak wow dan wow yang kemudiannya diperbual dan dipahat dalam sejarah...
Pernah kah sesuatu skandal terutama skandal jenayah yang bertaraf antarabangsa akan terbiar dan terpendam begitu sahaja (?)
Si pelaku memang berusaha keras untuk menutup segala pekungnya, padanya perancangannya akan berjaya.. Kelegaan seketika ..
Setiap hari hidup dalam ketakutan..apa lagi ulat dan nanah baru yang akan meletus?
Lebih parah, dalam cubaan menutup aib sendIri, dia memburuk dan fitnah aib orang lain, menggigit tangan yang pernah membantunya semata mata mahu menegak benang yang basah.
Kaca tetap kaca, walau digilap tidak akan jadi intan permata.