Wednesday, January 10, 2018

INI JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG FITNAH TUN


Mereka yang berjuang di atas kebenaran berusaha dan merancang kemenangan.
Samada kalah atau menang, mereka tetap mendapat ganjaran pahala dan kebaikan.

Kerajaan yang zalim, samada mereka menang atau kalah, mereka tetap dalam dosa, kerugian dan dimurkai Allah dan Rasul.

Wallahua'alam.

# Walaupun berbeza parti, musuh tetap hormati dan segani atas kebenaran...


# Bukan sekadar difitnah...



Tuesday, January 9, 2018

SEBUT DAP, MELAYU KECUT..

Tak berani puji walaupun pada perkara yang baik..
Takut berdosa kot....
Takut kena kutuk kot....
Rasa tak beriman kot..

Yang handal..
Benci 100%..semua perkara
Prasangka 100%..semua buruk semua negatif..
Sendiri takut..kemudian takut² kan orang lain..

DAP itu siapa sebenarnya..
Sekeliling kita..
Jiran kita..
Kawan kita..
Tauke kedai..
Majukan kita..
Termasuklah...
Yang kita terima rasuah dari mereka..
Yang kita korup bersama..
Yang kita kayakan mereka..

Banyak lagi..

10 orang cina, 9 sokong DAP..



PEMUDA AMANAH DAN DAP POLITIKNYA JELAS

Pemimpin umno berbulu kali ini dengan Jamal:







Di momok sebagai abang long, di tuduh dominan, di fitnah lim kit siang bakal PM, apapun peringatan DAP kepada komponen wajar membuka mata.



Pembahagian kerusi, yang dapat tu belum tentu menang..

Akhirnya semua kena buat kerja untuk menangkan calon Pakatan Harapan.

BERSATU mempunyai tanggungjawab berat kerana majoriti 52 kerusi adalah lubuk umno, majoriti pengundi melayu.

Keberangkalian calon BERSATU menang tidak lebih 10 kerusi kecuali ada isu besar dan tsunami Melayu - keberanian sebegitu selayaknyalah Tun mengepalai perang pilihanraya kali ini.



Saolan provokasi media regim najib untuk memerangkap lim guan eng tentang pembahagian kerusi dan pecalonan Tun tidak kesampaian apabila dijawab secara bijak.









PETANDA UMNO AKAN KALAH MUNCUL DEPAN MATA..

Ramai pemimpin dan menteri umno mula membuat ramalan masing² tentang apa yang akan Tun lakukan selepas PH menang PRU dan nobatkan Tun sebagai PM ke7...

Dari pemimpin dan menteri mereka sudah ke arah menjadi nujum. Jelas mereka sangat yakin umno tertiarap kali ini.

Hakikatnya mereka yang rapat dengan najib pun tak tahu dan tak boleh ramal tarikh parlimen dibubarkan tiba tiba boleh pula ramal apa yang Tun akan lakukan.

Inilah mentaliti sakit yang ditunjukan oleh mereka.

Hakikatnya pemimpin yang ada sekarang dulunya patut menuntut ilmu dari Tun tetapi lebih berebut jadi pengilat kasut Tun, jadi apalah sangat yang mereka tahu tentang membina negara.
Mereka lebih tahu hanya tentang politik mencuri wang rakyat.

Monday, January 8, 2018

PEMIMPIN UMNO DAN BN TAHAN SELERA DAN KEMPUNAN NAK TUKAR PM

Bukan tak ada calon yang lebih bersih dari Najib seperti zahid, hisham, ku nan dan kj..apakan daya siapa yang berani bersuara.
Dari awal lagi jawatan "Presiden" dibeku dari pertandingan.
Demokrasi sudah mati di BN.

Suka atau tidak kenalah juga "yes" walaupun satu dunia sedang ketawakan umno yang diwakili kleptokrasi sebagai PM.

Ini tidak berlaku dalam PH, PM dipilih oleh majlis presiden.

TUN M CALON PM PH - KEMUSNAHAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG ADA AGENDA PERIBADI DAN KRONI...

Mereka yang menolak pencalonan Tun M langsung tidak mempunyai asas yang kukuh...

Pencalonan datangnya dari Majlis Presiden, kalau tidak dihormati dan disantuni, apa guna berpakatan dan bermuafakat.

Rakyat tidak perlu ubah kepimpinan sekarang (umno) kalau mereka mempunyai akhlak Islam dan amanah.

Akhlak Islam juga bukan bermaksud seperti lobai², PAS hanya melahirkan pemimpin  yang ditaksub di kalangan mereka sendiri sahaja. Di peringkat nasional dan antarabangsa (majmuk) mereka jadi kaku dan beku.

Kini terpalit dengan isu 90J  yang belum disucikan dan kemewahan mengejut beberapa pemimpinnya menjadikan PAS juga tidak layak lebih-lebih mempersoalkan calon PM dari PH.

"MAKAN RASUAH TU SAMALAH MACAM MAKAN BABI" - ketegasan itu keluar dari mulut Tun, bukan dari mufti, najib atau pas.

Tun M tinggalkan jawatan PM bukan atas desakan, bukan kerana dipecat dan bukan juga kalah pilihanraya tetapi meninggalkan ketika Malaysia gilang gemilang makmur.

Selepasnya, jatuh di tangan pelingkup.

Siapa lagi yang lebih layak untuk bangkitkan semula apa yang sudah dibina, sudah tentu selayaknya dari arkitek, kejuteraan serta kepimpinan yang sama.

Yang masih berhingus, akhlak pun tak seberapa, amanah pun mudah cair patut ada rasa malu bila nama cuba dijulang sekadar penyokong sendiri.

Kita tidak mahu setiap sandiwara, persepsi "anwar" atau "dedak" di belakangnya ujud lagi. Cukup-cukup lah.



http://www.milosuam.net/

MCA memaparkan pembohongan pemimpin umno. DAP bukan dominan.

SETAKAT MANA PH RETAK (?)

Dalam perundingan, untuk memuaskan hati semua pihak ia harus ujud tidak puas hati pada semua pihak - itulah kesempurnaan sebuah perundingan lebih lebih lagi berasas kepada pelbagai latarbelakang politik.

Kiris dalaman dalam PKR bukan perkara baru, sesama mereka bercakaran. Ezam orang luar yang membuat kenyataan menyokong azmin sebagai PM tidak lebih dari agen provokasi khas dari regim yang menyusup.

Keinginan azmin untuk menjadi PM sangat bagus, ia bukan sekadar kerana sokongan orang kuatnya tetapi harus datang dari komponen yang lain juga.

Peliknya juga bukan pada komponen lain tetapi pada PKR sendiri, mana nak letak wan azizah dan anwar (?)

Begitu juga dengan AMANAH, yang tercucuk dik provokasi PAS yang sering memperlekehkan mereka.

Di BERSATU dan DAP sendiri lambat laun akan ada suara sumbang kedengaran.

Oleh itu apa juga suara yang keluar dari komponen Pakatan Harapan terutama jawatan dan kerusi sekadar masih dianggap ribut dalam cawan.

IA HANYA SATU PERMULAAN YANG TERBAIK TETAPI MASIH BANYAK LAGI ISU YANG AKAN MELALUI PERUNDINGAN MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN HINGGALAH KE TARIKH MENGUNDI.

Kalau ada yang meroyan di luar komponen, itu tugas mereka.





6ANGKA