Sunday, January 14, 2018

CADANGAN RCI MEMALI ADAKAH SATU BENTUK UGUTAN PADA HADI DAN PAS..

PAS paling terjejas jika RCI Memali diujudkan.

Tidak dapat tidak, amanat Hadi akan jadi asas punca memali dan pertikaian ke mana wang pungutan derma memali.

Lebih menarik mat sabu antara yang muungkin mendedahkan lebih banyak perkara.

Sudah pasti Tun tiada kaitan kerana dalan persediaan ke China dan dikhabarkan sudah berada dalam bilik VVIP Pelepasan di Subang Airport semasa kejadian berlaku yang dikendalikan oleh Musa Hitam sepenuhnya Sebagai Menteri kdn dan Pemangku PM.

Ada baiknya PAS jadi budak dengar cakap menjelang PRU14.

Saturday, January 13, 2018

SEKURANG KURANGNYA UMNO MESTI BUKTIKAN NIATBAIK KERJASAMA DENGAN PAS...

Atas kertas atau turun padang umno lebih mudah menang PRU jika mengambil langkah seperti harapan rakyat...

Harapan tiga penjuru dan bergantung harap dengan PAS tidak boleh dengan hanya tangan kosong..

Langkah Pertama: copy paste ikrar dan manifesto PH yang telah digarap dengan baik  dan laksanakan, jika tidak dapat dilaksanakan sekarang, ikrar dan janji sahaja selepas PRU...
Kalau PH janji GST 0%...BN boleh janji -0%

Langkah Kedua: Lantik Hadi sebagai TPM II.



















MAHATHIR CALON PM - PEMIMPIN UMNO BERTELAGAH, BERCEMPERA..


Pemimpin umno ini selalunya celupar, tetapi apabila dia bercakap benar, kena sokong...




Friday, January 12, 2018

DAP ITU KAPIR SATU PERSEPSI YANG SALAH..

KEMASKINI:

1) Pencalonan Tun sebagai PM membantu mengukuhkan nilai ringgit (RM).






POSTING ASAL:

Berhati hatilah mengkapirkan DAP..
Takut takut kapir itu kembali kepada kamu..
Kenapa perlu berhati hati (?)
Apa keperluan fardhu kifayah daripada orang Islam lain terhadap DAP khususnya dari PAS dan BERSATU...

Bagi mereka yang minat membaca, berlapang dada dan bukan dari langau.. Secara rasionalnya boleh memberi pandangan yang positif atau menyegarkan minda, jauh dari ketaksuban politik semata mata..

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.roketkini.com/2015/10/27/antara-persepsi-salah-dan-dilema-melayu-dalam-dap/&ved=2ahUKEwjfpN_C6dPYAhUJqY8KHaacDBAQFjAAegQIDxAB&usg=AOvVaw3DDQVi4BXJjqtNrH4xYDL5

http://ismadhl.com/2016/07/05/risalah-bertajuk-dap-kafir-harbi-atau-zimmi-bukan-milik-isma/

https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/04/20/antara-muslim-fasik-dan-kafir-mana-lebih-baik/amp/

http://wabillahagro.blogspot.com/2018/01/mengapa-persepsi-dap-anti-melayu-anti.html

Dan banyak lagi..



Pembuka kata..
Umno sendiri diduduki ratusan ribu orang kapir di dalamnya (?)

SAMBUNGAN...

Setakat mana DAP anti Islam anti Melayu? Mana sumbernya? Sekadar jeritan umno?

Kita tidak boleh lari dari Perlembagaan Negara dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan. Kita biasa dengar Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan.

Anti Melayu Anti Islam bererti melanggar perlembagaan dan tindakan undang² kena diambil, setakat mana dan sudah berapa kali umno mengheret DAP ke muka pengadilan?

Umno jangan berbohong berkali kali pada semua masa dan selamanya kerana pembohongan itu mesti ditolak sekarang.

Satu contoh tentang Islam di PP...Kerajaan Negeri Johor telah senaraikan lebih dari 16 penceramah ugama Islam yang dilarang untuk berceramah di sana...
Apabila dirujuk senarai itu kepada kerajaan PP, tegas guan eng "ugama kamu adalah ugama kamu"...dan apabila dirujuk kepada Mufti PP..jawapannya tiada larangan..
Siapa sebenarnya menghalang perkembangan syiar Islam (?)

Apakah kita tidak malu situasi seperti ini, sesama umat Islam berlaku..

Tegasnya kesalahan DAP harus bersandarkan kesalahan undang² yang perlu dibuktikan dan semua pihak bebas dan dibenarkan mempunyai prinsip, dasar, objektif selagi tidak bertentangan perlembagaan.

Apakah sekadar pemimpin DAP melaungkan hak kaumnya maka wajar dia dilabel antiMelayu antiIslam.
Kalau begitu bagaimana mca, mic, umno dan gerakan?

Ahli DAP juga ada orang Melayu dan Islam, apakah mereka dipukulrata kapir? Dapigs? Anti Islam? Anti Melayu?

Bersambung...

TAJUK INI AKAN DISAMBUNG PADA MASA HADAPAN UNTUK PERBINCANGAN - SEKARANG KEKANGAN MASA.
HARAP MAAF






# komen murahan tidak akan disiarkan

BANGSA JOHOR MESRA DAP


Bangsa Johor terutama Melayu sangat rapat dikaitkan dengan umno, persepsi itu hanya tepat 10 tahun dahulu dan sebelumnya.

Perubahan perjuangan umno sekarang berasas kepentingan individu yang melampau dan ini sudah tentu diambilkira oleh semua bangsa Johor.

Umno Johor sendiri mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan najib tetapi masih mempertahankannya secara berpada dan bersempadan.

Bagi menjaga muafakat bangsa Johor, itu yang jadi keutamaan, kerajaan negeri dilihat matang dengan tidak memberi tekanan kepada mana² pihak yang menukar dan memilih wadah lain selain umno.

Lagipun umno johor tidaklah boleh lagi berbangga sangat kerana exconya terbabit rasuah perumahan dan ada juga nama MB turut terkait.



Jika PH ambil alih johor dan pusat sudah tentu banyak lagi kes yang terdedah.

Jelas, BERSATU dan AMANAH diterima dengan baik dan meluas menembusi gugusan felda dan lubuk² umno, sekaligus mula memahami DAP dengan lebih baik. Cerita lim kit siang akan jadi PM sudah muak untuk bangsa Johor yang mendengar momokan umno tersebut sejak puluhan tahun..

Najib dan umno serta umno johor kena ingat dan patuh, johor bukan negara teleban.

Kemesraan bangsa Johor kepada DAP samada secara langsung atau tidak sedang berlaku, jika bohong, masakan umno johor sudah mula kemamar

Satu kepastian, parlimen johor baharu di PRU14 bukan lagi milik umno samada Shahrir bertanding atau tidak. Shahrir menang masa lalu bukan semata mata atas undi Melayu.

http://puteramariam.blogspot.com/

Thursday, January 11, 2018

ANDA JANGAN TERKATEGORI OTAK SELUT, BANKRAP POLITIK






Atau langau politik yang secara fitrahnya memang suka mengemuruni, menyokong mereka yang berkuasa dan korup dalam hubungan dua hala.

Ada yang terlebih sudu dari kuah, lebih fitnah, lebih ganas, lebih kaut.

Boleh dinilai melalui tindakan, ucapan atau tulisan hingga memudaratkan pihak lain.

Na'uzubillah min zalik

POLITIK RUMAHTANGGA







6ANGKA