Tuesday, March 27, 2018

PEMBANGKANG SUDAH LAMA MATI JIKA BERGANTUNG KEPADA "FAKE NEWS"???

Klik TERKINI APA SUDAH JADI..



# orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo..





..




POSTING ASAL

Kenapa pembangkang yang tulin (tidak termasuk PAS) seperti PH terus mendapat sambutan,  relevan, kepercayaan hingga ke satu tahap yang sudah dikatakan pasti menang PRU14 kecuali "ditipu".


Klik: Semangat Patriotik Sebegini Sudah Tentu Mendapat Perhatian Netizen

Apakah semata mata kerana Tun??
Tidak,  walaupun ada betul tetapi kurang tepat.

Adakah kerana pandai mencipta fake news?
Sesuatu yang tidak mungkin kerana pergantungan kepada membuat berita palsu tidak akan tahan lama..
Kerana rakyat tidak bodoh..
Kerana maklumat dihujung jari..

PH hidup kerana membawa isu rakyat,  isu yang sangat dekat dan nyata,  isu atasan high profile yang membunuh rakyat dibawah. Isu yang ada asas dan latarbelakang.

Lebih penting PH juga mendidik rakyat dengan contoh,  fakta dan penilaian.
Rakyat juga melihat isu yang dibawa dalam ceramah² selari dengan apa yang dibawa ke parlimen.

Dan rakyat juga menilai bagaimana parlimen melayan pembangkang dan melihat serta menilai menteri respon kepada isu yang dibawa.
Pemberitaan dari luar negara menguatkan lagi semua berita dan isu yang dibawa oleh PH.

Ia bertambah integriti apabila Tun dan team turut menyertai PH dengan mengorbankan segala bentuk habuan,  kemudahan dan menolak peluang dan tawaran bermewah mewah.

Ia juga bukan cakap kosong,  janji palsu,  gula² pilihanraya,  rasuah terdesak, imbuhan khas pru dan sebagainya kerana ia dibuktikan sejak awal lagi atas kejayaan pemerintahan di PP dan Selangor.

Jika kerajaan begitu prihatin kepada rakyat,  kenapa tidak dilaksanakan sahaja semasa diawal dan sedang berkuasa,  kenapa perlu tunggu untuk laksana serta janji bulan bintang ketika dihujung kuasa menjelang PRU??

Apakah kerajaan tidak pernah jangkakan nasihat awal Tun kini bertukar menjadi ancaman dan senjata khususnya apabila berpadu dengan pembangkang² lain walaupun tanpa PAS. ?

Isu yang dibawa juga bukan berita palsu kerana kerajaan tidak dapat menangkisnya dengan mudah,  tidak juga memberi fakta yang cukup dan jelas malah kerajaan terpaksa mengambil pendekatan melindungi secara pentabbiran atau undang² dalam situasi tertentu - semua ini menyebabkan rakyat mula berfikir dan berpersepsi hingga hampir kepada kebenaran "somewhere something is wrong".

Isu perkauman dan ugama yang sudah menjadi tradisi kini sudah tidak berkesan kerana pembawaan cash is king telah merosak sentimen itu.  Islam dibawa PAS tidak berkesan kerana terpalit dengan isu menerima duit.

Demi Melayu yang dibawa umno dan momokan DAP anti Melayu dan Islam juga sudah kurang berkesan kerana pada masa yang sama mereka sangat intim,  sangat melindung dan tidak boleh disentuh ke atas cina,  kafir bernama Jolo.

1MDB sudah sebati dikaitkan skandal dan jenayah,  kerajaan gagal menangkisnya - tidak adil rakyat disalahkan.

Dalam apa jua isu,  kebenaran tetap kebenaran,  kebenaran akan berdiri sendiri selari dengan maksud bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Kebenaran tidak mungkin dapat ditutup walau dengan akta fake news.

Dan jika sesuatu itu palsu,  ia tidak akan bertahan lama,  akan terlerai dan mati walaupun tanpa akta fake news.

Walaupun sesetengah pihak cuba memujuk supaya kerajaan hari ini diberi peluang sekali lagi untuk membaiki kesilapan.
Pertamanya adakah kerajaan pernah mengaku silap? Keduanya apakah jaminan kerajaan akan memperbaikinya?
Rakyat makin pelik apabila yang buat aduan disiasat direman dipenjara,  yang kena adu bebas???
Banyak lagi yang aneh melibatkan beberapa jabatan dan ketua jabatan?



Mohon pandangan.
Terima kasih.


BESAR PUNYA KANGKONG




Indonesia sudah 5@6 kali tukar Presiden dari parti yang berbeza hinggalah sekarang dengan ratusan juta penduduk ribuan pulau dan ratusan etnik.. Lagi baik ke lagi hancur..

Depan mata, PP dan Selangor sudah hampir 10 tahun,  berapa banyak yang hancur... Patutlah umno tergila gila meleleh air liur,  kecur nak ambik semula.... Pasal hancur ke atau pasal semakin kaya?

Apabila PH ambik alih,  selepas dua tahun,  manusia ini boleh didakwa atas berita palsu.



Monday, March 26, 2018

SETAKAT MANA UNDANG² BERITA PALSU AKAN BERKESAN

Motif sesuatu undang² tidak boleh lari dari keadilan sosial dan berdasarkan Malaysia,  mesti tidak bercanggah dengan mana² peruntukan Perlembagaan Negara.

Jika palsu atau tidak palsu berdasarkan pengesahan kerajaan,  maka mahkamah perlu mengambilkira sumber sahih dan tidak meragukan pengesahan tersebut.

Pihak defendan boleh mencabar pengesahan² tersebut dengan memberi bukti² sebaliknya.

Jika berlaku kerugian dari pengesahan yang salah dari kerajaan,  sudah sewajarnya netizen mempunyai hak untuk menuntut ganturugi atau bertindak balas mengikut lain² peruntukan.

Wallahua'alam.


# Ruang komen akan ditutup atau ditapis sepenuhnya selari dengan keperluan akta ini.

KETIKA PH SEBULAT SUARA BERSETUJU DAN MENGANGKAT TUN SEBAGAI CALON PM, BAGAIMANA DENGAN UMNO DAN PAS..

PH selesai pembahagian kerusi dan sudah lama lengkap dengan calon PM,  calon TPM dan calon PM Menanti bagi sebuah kerajaan baru yang bakal memerintah. 

Tun dengan umur 92 tahun bukan satu halangan secara fizikal atau mental.  Ini dapat dibuktikan apabila gerakannya aktif diluar jangka lawan dan hujahnya jauh kedepan. 

Segala usaha, wang,  helah dan tenaga telah dicurah untuk memburukan Tun,  malangnya hidung mereka sendiri yang berdarah. 

# jika sesuatu berlaku kepada Tun,  sudah tentu Wan Azizah sebagai calon Presiden,  Muhyiddin Timbalan dan PM Menanti kekal Anwar. 
Jika sesuatu berlaku pada Wan Azizah,  Azmin sedia sebagai pengganti Presiden PH/TPM. 
Kegagalan ROS meluluskan pendaftaran PH dan kemungkinan BERSATU dibubarkan juga bukan satu halangan besar. 
# Begitulah lengkapnya PH dari kacamata admin. 

UMNO tidak mempunyai kataputus,  sepatutnya pemilihan Presiden dan Timbalan Peresiden berlangsung tetapi tangguh mengelak ceraiberai dan porak peranda,  mahu tidak mahu terpaksa endorse sekadar yang sedia ada. Tidak solid, ertinya kalau ada pemilihan kemungkinan besar Presiden bertukar tangan. 




Timbalan PM yang ada sekarang ni pun masih dari status bidan terjun dan tanpa kuasa Timbalan Presiden. Tidak boleh dinafikan sudah ada perancangan rapi untuk mengangkat calon lain sebagai Timbalan Presiden dan TPM jika umno menang PRU. 

Ertinya umno bukanlah parti yang stabil sekadar masing² menyimpan kuku dan tunjuk alim untuk jadi calon PRU. 

Meninjau satu lagi Pakatan,  tidak pasti mana kepala mana ekor dan ke mana halatuju. Samada nak jadi pemerintah,  penasihat,  pengkhianat,  king maker atau joker. 
Tidak juga diwar²kan nama Hadi dan Tuan Ibrahim, mungkin mereka sedar sendiri tidak layak atau tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan secara realiti politik negara. 

So,  jangan sebok hal umur Mahathir,  tanya umur sendiri,  tinggal berapa hari lagi parti sendiri akan ditalkin. 

PILIHANRAYA DICURI DAN POLITIK KOTOR








Pilihanraya diliwat. BN sudah berada dipintu belakang untuk diumum pemenang... 



Sunday, March 25, 2018

DAH LUPA AGAKNYA SIAPA YANG TENTUKAN UMUR PANJANG SESEORANG ITU DAN KENAPA ALLAH MASIH SIMPAN DIA UNTUK BERNAFAS


Jangan sampai lupa diri dan yakin sangat perancangan berasaskan kuasa duit mampu menjayakan segala tipu muslihat.

Lobai pun dah lupa di hati walaupun mulut berbueh melabel dan menghukum orang lain itu dan ini tetapi terlupa menghukum diri sendiri.

Jangan juga lupa setiap hari rakyat mendoakan si zalim dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan doa itu terus kepada Allah.






PERTEMUKAN DR RADZI JIDIN DENGAN ARUL KANDA .



Klik  PERMATA DARI BUMI KELANTAN

Soalan dan perbahasan tentang 1mdb dalam parlimen dihalang speaker tetapi pada masa yang sama Arulkanda merayau seluruh negara membuat penerangan sehala kepada badot yang dijadualkan. 

Soalan ditapis dan hanya yang menguntungkan dilepaskan untuk menjawab. 













Biarlah pertemuan ini diadakan bagai buku bertemu ruas.. 

Satu perbahasan yang lebih berbaloi dan akademik,  tidak semata mata bermotif politik,  jauh dari kekangkongan. 


Tapi apabila dikaitkan dengan 1mdb .. Setakat mana boleh melepasi PDRM.. 

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...