Klik
TERKINI APA SUDAH JADI..
# orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo..
..
POSTING ASAL
Kenapa pembangkang yang tulin (tidak termasuk PAS) seperti PH terus mendapat sambutan, relevan, kepercayaan hingga ke satu tahap yang sudah dikatakan pasti menang PRU14 kecuali "ditipu".
Klik: Semangat Patriotik Sebegini Sudah Tentu Mendapat Perhatian Netizen
Apakah semata mata kerana Tun??
Tidak, walaupun ada betul tetapi kurang tepat.
Adakah kerana pandai mencipta fake news?
Sesuatu yang tidak mungkin kerana pergantungan kepada membuat berita palsu tidak akan tahan lama..
Kerana rakyat tidak bodoh..
Kerana maklumat dihujung jari..
PH hidup kerana membawa isu rakyat, isu yang sangat dekat dan nyata, isu atasan high profile yang membunuh rakyat dibawah. Isu yang ada asas dan latarbelakang.
Lebih penting PH juga mendidik rakyat dengan contoh, fakta dan penilaian.
Rakyat juga melihat isu yang dibawa dalam ceramah² selari dengan apa yang dibawa ke parlimen.
Dan rakyat juga menilai bagaimana parlimen melayan pembangkang dan melihat serta menilai menteri respon kepada isu yang dibawa.
Pemberitaan dari luar negara menguatkan lagi semua berita dan isu yang dibawa oleh PH.
Ia bertambah integriti apabila Tun dan team turut menyertai PH dengan mengorbankan segala bentuk habuan, kemudahan dan menolak peluang dan tawaran bermewah mewah.
Ia juga bukan cakap kosong, janji palsu, gula² pilihanraya, rasuah terdesak, imbuhan khas pru dan sebagainya kerana ia dibuktikan sejak awal lagi atas kejayaan pemerintahan di PP dan Selangor.
Jika kerajaan begitu prihatin kepada rakyat, kenapa tidak dilaksanakan sahaja semasa diawal dan sedang berkuasa, kenapa perlu tunggu untuk laksana serta janji bulan bintang ketika dihujung kuasa menjelang PRU??
Apakah kerajaan tidak pernah jangkakan nasihat awal Tun kini bertukar menjadi ancaman dan senjata khususnya apabila berpadu dengan pembangkang² lain walaupun tanpa PAS. ?
Isu yang dibawa juga bukan berita palsu kerana kerajaan tidak dapat menangkisnya dengan mudah, tidak juga memberi fakta yang cukup dan jelas malah kerajaan terpaksa mengambil pendekatan melindungi secara pentabbiran atau undang² dalam situasi tertentu - semua ini menyebabkan rakyat mula berfikir dan berpersepsi hingga hampir kepada kebenaran "somewhere something is wrong".
Isu perkauman dan ugama yang sudah menjadi tradisi kini sudah tidak berkesan kerana pembawaan cash is king telah merosak sentimen itu. Islam dibawa PAS tidak berkesan kerana terpalit dengan isu menerima duit.
Demi Melayu yang dibawa umno dan momokan DAP anti Melayu dan Islam juga sudah kurang berkesan kerana pada masa yang sama mereka sangat intim, sangat melindung dan tidak boleh disentuh ke atas cina, kafir bernama Jolo.
1MDB sudah sebati dikaitkan skandal dan jenayah, kerajaan gagal menangkisnya - tidak adil rakyat disalahkan.
Dalam apa jua isu, kebenaran tetap kebenaran, kebenaran akan berdiri sendiri selari dengan maksud bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Kebenaran tidak mungkin dapat ditutup walau dengan akta fake news.
Dan jika sesuatu itu palsu, ia tidak akan bertahan lama, akan terlerai dan mati walaupun tanpa akta fake news.
Walaupun sesetengah pihak cuba memujuk supaya kerajaan hari ini diberi peluang sekali lagi untuk membaiki kesilapan.
Pertamanya adakah kerajaan pernah mengaku silap? Keduanya apakah jaminan kerajaan akan memperbaikinya?
Rakyat makin pelik apabila yang buat aduan disiasat direman dipenjara, yang kena adu bebas???
Banyak lagi yang aneh melibatkan beberapa jabatan dan ketua jabatan?
Mohon pandangan.
Terima kasih.