1) Berkaitan jumlah dan butiran perbelanjaan SPB yang menjangkau 250 juta dalam tempoh 16 bulan.
Alhamdulillah PDRM telah mengambil langkah segera membuat siasatan dan sekurang²nya melegakan masyarakat dan Istana.
Apapun diharap, tidak seperti sebelum ini, siasatan lebih kepada menyejukan keadaan, disimpan dan di alaskan dengan "siasatan masih berjalan" tanpa tahu penghujungnya.
Dengan semangat baru TT sebagai AG diharap surung papan tarik papan kertas siasatan juga tidak berlaku.
2) Isu kedua, Lebih menarik kerana dikatakan Pengampunan Diraja ke atas Anwar tidak mengikut procedure yang sempurna.
Pendedahan ini dibuat melalui blog OTB yang mendapat perhatian (hit view) seluruh dunia.
Sudah tentu ia akan diperbahaskan netizen dan setakat mana pula ia dibawah bidangkuasa PDRM untuk mengekangnya, adakah juga di bawah Akta Hasutan.
Ia juga ada berkait rapat dengan pandangan peribadi bekas Ketua Hakim Negara yang menyentuh antaranya keadilan kepada Saiful?
DETAIL CARI DI SINI
Sudah tentu info ini juga mempunyai asas dan kekuatan tersendiri lebih lebih lagi ia mampu membuatkan Anwar gigit jari.
Proses pengampunan dilihat begitu laju dan tergesa-gesa?
Inilah antara cabaran dan isu yang sangat penting untuk kerajaan bukan sahaja telus tetapi mesti dilihat terus dalam rule of laws.
Perkara dua bukan sahaja sekadar isu perundangan dan procedure tetapi berkait rapat dengan imej bakal Perdana Menteri menanti yang kini sudahpun dibayangkan oleh sesetengah pihak sebagai terganggu, berintangan dan terhalang kelancaran kerana tindak tanduknya sendiri.