Wednesday, June 6, 2018

ANWAR PATUT FOKUS KEPADA GAGASAN YANG LEBIH BESAR SECARA AMAN DALAM TEMPOH MENUNGGU DUA TAHUN

Tindak tanduk Anwar selepas sahaja dibebaskan dengan pengampunan total di lihat sebagai satu lesen untuknya bergerak bebas tanpa segan silu atau sekurang-kurangnya berehat 3-6 bulan untuk penyesuaian diri. 

Apa yang begitu mendesak sehingga perlu berlari sampai ke penghujung kampung dan masuk keluar Istana berulangkali bagai ada gunung yang dikejar. 

Hingga menimbulkan satu persepsi kurang baik di kalangan sesama sendiri,  malah alasan² Anwar begitu mudah dipatahkan secara amatur di media sosial tanpa perlu daya fikir yang tinggi. 

Apakah semua ini mengganggu urusan kerajaan sekarang,  menggugat kedudukan Tun,  menggugat kedudukan BERSATU dan lain² parti dalam PH (?)

Setakat ini TIDAK. 

Yang lebih bimbang,  kesan kepada Anwar sendiri, hilang penyokong,  hilang hormat,  hilang sanjungan kerana keseluruhan mengharap Anwar selepas bebas akan menyumbang,  memperkasa,  memperkuat penyatuan dalam PH. 
Harapan itu berkecai. 

Seterusnya masa akan memberi gambaran sebenar siapa Anwar bulan depan,  6 bulan lagi atau tahun depan. 

Seperti juga Rafizi,  Anwar mempunyai banyak kelebihan. Tetapi berbanding Rafizi,  Anwar punya track record masa lampau.. 

Satu satunya lagi gagasan besar yang belum dicapai oleh sesiapa adalah penyatuan orang IMelayu dalam satu wadah yang sama. Kekosongan ini tidak mudah diambil peranan oleh banyak pihak kerana tidak mempunyai aura dan kepimpinan yang ramai boleh terima. 

Gabungan PKR+PAS+UMNO seperti yang diviralkan telah dinafi oleh Anwar dan dianggap idea dan kerja gila (setakat semalam). 


Tun tidak punya aura membakar semangat untuk turun ke jalan,  Tun tidak mempunyai kompromi dan diplomasi bagi yang tidak di landasan. 
Sikap Tun yang berhenti makan sebelum kenyang akan lebih menyusahkan Melayu² yang buncit. 

Hadi dan lobainya sekadar menjadikan Islam memecahkan lagi penyatuan Melayu hingga ke tahap yang lebih teruk,  kapir mengkafir,  cerai berai dan sebagainya. 
Islam di tangan Hadi tampak keras dan kaku,  indah dan harmoninya pudar. 

Satu² nya yang dilihat berpotensi untuk kerja² penyatuan Melayu adalah Anwar yang lebih baik, segala masa dan tenaganya menjurus ke arah itu. Tinggalkanlah segala tungau dan nakal kepada Rafizi sebab dia masih budak baru belajar. 

Anwar sudah 70an..hayat politiknya lebih pendek dari Tun,  jangan sia² kan.. 
Presiden PERKASA untuk dua tahun mungkin cucuk buat Anwar. 
""BAPA PENYATUAN MELAYU" sekurang-kurangnya untuk dikenang. 




27 comments:

  1. Kita berdoa agar Anwar memikirkan segala tindak tanduknya dan kesannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tidak ada tanduk pon. Jngn buat fitnah. Dia bukan kambing yg ada tanduk.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tun kena akur dgn perjanjian dlm ph..jika mungkir janji perpecahan menanti ph..kedudukan anwar terjamin sebagai pm perlu dihormati semua pihak dlm ph..kecuali jika ada calon berwibawa yg dpt cabar anwar mungkin skripnya lain..☝👆

    ReplyDelete
  3. Saya telah memulakan di group wassap, cuba lakukan bersama..

    Assalsmmualaikum..
    Adalah difikirkan bagi Penyatuan Umat Melayu SeMalaysia, DS Anwar Ibrahim dicadangkan sebagai Presiden PERKASA.
    Harap beri pandangan ikhlas.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tun mmg tak akan lpskn jwtn pm kepada anwar ..bkn dlm 2 tahun bkn dlm 5 tahun..azmin ali dilihat calon pm pilihan tun..

    ReplyDelete
  5. langkah demi langkah untuk hapuskan keistimewaan Raja dan Kaum Bumi.
    Tanpa Sultan dan Raja Melayu..perwarisan tanah melayu ini tidak akan sampai kepada kita.
    Tanah ini pasti akan dimiliki oleh pihak lain yang lebih kuat ketika zaman itu.

    Kita mewarisi Tanah Melayu dari pada Sultan dan Raja Raja Melayu.

    Kerana keturunan mereka menjadi Raja dan menguasai Tanah Melayu inilah menyebabkan tidak ada phak lain boleh menceroboh..seterusnya menjadi negeri negeri Melayu yang disatukan menjadi Persekutuan Tanah Melayu..

    akhirnya terbentuk Malaysia..
    tolonglah faham.. apa yang mereka wariskan kepada kita tak ternilai dengan billion2 sekalipun.

    Sedih ya Allah. selamatkanlah Agama dan Raja-Raja kami..Tanah air tercinta Tanah melayu ini dari dijajah secara moden. Hancurkanlah kaum2 pendatang perosak dan pakatan jahat mereka ya Allah..mereka sedang berusaha selangkah demi selangkah.. menuju kepada kemusnahan sistem negara.

    Aminn..

    Aminn

    Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah melayu..nama jerr tnh melayu tapi bangsa lain kuasai..cabut bangunan dikl melayu tinggal apa jerr..umno@najib byk jual rezab melayu pada cina tuu belom lagii raja2 yg jual mcm forest city tuu..kalau payung dh bocor buang jerr..👌👌

      Delete

    2. Betul tu Ted.
      Yang menggadai Tanah Melayu ni kepada bangsa asing pun, terutama kepada China Komunis, adalah UMNO jugak.

      Delete
    3. Yang banyak korupsi bukankah melayu juga

      Delete
  6. KD, walaupun aku bukan sealiran dengan ko..dan tak menyukai perangai ko

    tapi kali ini aku MERAYU pada ko..tolonglah lakukan sesuatu.. kita diambang keruntuhan institusi Perlembagaan Beraja. Islam sudah mula jadi bola sepak. menteri cina memegang duti negara semua rahsia perbendaharaan dalam tangannya

    Tolonglah KD dalam Ramadan mulia ini hentikanlah mengapikan orang UMNO/ Najib. Kembalilah kita bersatu. Aku sangat sedih dan takut dengan perkembangan hari demi hari yang tak menyebelahi kita.

    Akibat perpecahan.. ANAK KECIL MAIN API.. menitis air mata aku hari ini.. memikirkan masa depan bangsa dan Agama kita..

    plsss

    Walllahualam..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni mengigau...rahsia perbendaharaan cina pegang?...rahsia buku fail merah najib yg dah bocor oleh nenteri cina...

      Bila plak institusi beraja akan runtuh?...siapa yg berani runtuhkan?...ko ingat askar melayu diraja tunggul kayu?..

      Delete
  7. Penyatuan melayu bukan mustahil tapi agak sukar...perkara ni pernah dibangkitkan tahun 90 han lagi...

    Pas boleh terima umno dgn syarat umno ikut perlembagaan mcm pas...

    Pas pernah bersama umno dlm BN...tapi tun madey tendang lewat tahun 70 han....

    Apabila wujud pertentangan kepentingan tak mungkin boleh berada dlm satu gagasan..

    ReplyDelete
  8. Huhhhh..republik cek atau ukraine..untunglah..

    ReplyDelete
  9. Saya melayu dan beragama islam. Saya tak setuju penyatuan melayu. Saya setuju penyatuan rakyat malaysia.

    Malay n islamic rights are enshrined in the constitution. The malay rulers are protected under the constitution. So no big deal.

    Malay unity is only rhetorics abused by politicians....what a waste of energy and other resources.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya tun pun sedar akan hal ni ..melayu semakin hlg kekuasaan dlm negara..bacaan tun sblm pru bersatu mndpat lbh kerusi utk jd dominan.tp tersasar.sudahnya suara melayu dlm kerajaan tenggelam ..dpt dilihat dari byk kputusan mutahir ini..tun tak dpt berbuat apa..walau pun tun sbnrnya ultra melayu..dr sbb itu tun menyeru supaya melayu bersatu tdk kira apa fahaman politik pun..

    ReplyDelete
  11. Woi kd,kadiaq jasin dh kena tangkap ke? Geng payong kuning dh ngamok tu.betul ke dia dh kawin dgn org asing tapi kenapa nk sorok bini plk?nurul izzah nk ltk mana plk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ko tangkap kadiaq?...geng payong kuning ngamok ato ko yg ngamok?..

      Delete
  12. Kerusi 12 boleh jadi Top Dog untuk kerusi majority DAP ke. jangan mimpi la akhirnya jdi anjing suruhan saja.

    tanggung ka dosa ni sampai mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya king maker bongok.takut sgt dgn dap buat apa? Lim guan eng menteri kewangan malaysia,habis najib kantoi.beg semah semalm harga lbh 5 ribu.salh dap?

      Delete
  13. Tak habis2 blog ni nk mengutuk kait najib. Sedangkan 22 tahun madey menjual tanah dan mengkayakan cina2 besar kepala yang sekarang inilah mereka menjadi 'king maker' ekonomi dan politik. Lihat KL apa Madey buat, bangga dengan bangunan cakar langit tapi mana dia milik Melayu? 22 tahun dia perintah, kenapa asyik letak busuk pada Najib. Najib mewarisi apa yang ditinggalkan Madey jgk.

    Aku ingat geng kd ni boleh la off topic sat pasal kepartian dan kebencian pada najib umno dan mari cari wadah untuk satukan umat.. buka buku baru kerana kita sudah berpecah teruk, takkan nak tunggu musnah macam negara Islam lain baru nak menyesal. Hal.lepas Najib/ Madey kita tamatkan.

    Selagi ko asyik tiru iblis selagi tu ko sama sahaj macam puak dap. Susah cakap puak keras hati ini. Siang malam politik sempit.

    Akhirnya negara tergadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pun tergadai oleh melayu islam umno.
      Skrg rakyat dah bgkit nak selamatkan apa yg boleh.
      Ko tak mau tolong shut up. Usah emosi.
      Melayu dulu silap biarkan umno kunci minda dan moral dgn momokan bangsa.
      Melayu dulu silap, membiarkan pas menjumud akal akidah mereka.
      Melayu sudah bangun, umnopas sudah kantoi terok.
      Ko tak suka boleh pergi tinggal diafghanustan

      Delete

6ANGKA