Monday, June 11, 2018

KERETA NASIONAL YANG DICURI

Penat lelah Tun dan pioneer team mengujud dan membina sebuah industri kereta nasional musnah kerana dendam dengan mudah Najib jual nilai maruah negara,  kebanggaan negara,  khazanah negara pada investor China dengan alasan rugi dan beban. Padanya soal duit semata mata.

Oleh itu tegasan Tun untuk kereta nasional adalah soal mengembalikan maruah negara,  menunjukan iltizam,  enthuaism dan azam semangat tinggi rakyat Malaysia Boleh.

Kereta Nasional yang baru di peringkat penegasan memerlukan sekurang kurangnya dua tahun untuk dilaksanakan,  ianya bukan soal "kereta" sahaja tetapi lebih kepada "teknologi" yang merangkumi hybrid dan elekrik sepenuhnya.
2030 kenderaan tanpa asap boleh direalisasikan.

Sampingan dari itu adalah pertumbuhan industri sealiran dan peluang² pekerjaan untuk netizen serta perkembangan bandar baru,  prasarana pengangkutan baru.

POODAAH....DAH LAMA ORANG SURUH SAMAN KAU TAK NAK... BANYAK PULA CAKAP

Ratusan kali Tun tuduh penyamun penyangak perompak lanun kawaq... 
Ribuan kali rakyat suruh Najib saman Tun kalau berani kerana benar.. Kenapa tak buat? 

Sekarang pun masih ada masa, just do it.. 
Besok selasa. 




MP DAP KUMPUL RM300,000.00 UNTUK SUMBANGAN KE TABUNG HARAPAN..

PAS berlumba pungut zakat fitrah di Kedah, yang authoritinya Majlis Agama Islam Kedah.

Sunday, June 10, 2018

RAYA TAHUN INI, NAJIB TAK LAH SEDIH SANGAT

Setakat hilang jawatan,  duit masih berkepuk,  baju raya masih boleh beli,  zakat mampu dikeluarkan.

Sesuai dengan keluhan ikhlas najib,  dapat banyak masa dengan keluarga,  dengan cucu. Nak buat jamuan raya setakat 100 ribu pengunjung,  masih ada pengaruh,  masih ada yang nak cium tangan.. 

Dari segi politik, lepas raya boleh aktif semula,  alang² pertahan KB Pekan,   najib boleh bangkit semula,  bertanding Presiden untuk pegang jawatan secara menang,  lagipun umno sedang bengong dengan ketandusan pemimpin. 
Nak tunggu didakwa pun mungkin tak ada,  apa nak takut,  najib berani kerana benar.  

Najib hanya hilang jawatan,  kemewahan masih ada. 

Bagaimana dengan nasib pendedak dan cai. 
Nasib baik banyak barang fix price dah turun,  alhamdulillah.. 
Jualan kereta sehari meningkat 5 kali ganda,  wow hebat.. 
Nak makan kfc 0 gst hari² pun boleh.. 


KEARAH UMNO KELANTAN SDN BHD (?)

Kalau berdasar angin dan perancangan yang sedang diviralkan,  berikut potensi yang ada pada umno dalam pemilihan kelak.. 

Presiden: Ku Li
Timbalan Presiden: Anuar Musa
Naib Presiden:
Majlis Tertinggi: Tok Pa
Ketua Pemuda: Asyraf Wajidi


Pencalonan Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden mungkin merencatkan keinginan Ku Li untuk bertanding Presiden atau kompromi Anuar Musa hanya bertanding Naib Presiden. 




Story Ku Li akan bertanding,  ditawarkan sebagai Presiden atau PM bukan cerita baru,  namanya timbul setiap kali ada krisis mencari calon pemimpin. Tetapi semua itu cerita separuh tahyol. Tidak ada satu pun jadi kenyataan. 

Kali ini sekali lagi namanya disebut sebut.  Sebagai nama besar yang tewas di tangan Tun,  apakah dia hanya berani bertanding dengan Zahid yang boleh diiktiraf geneasi anak didiknya, bekas budak Anwar dan Najib. 

Risiko sangat tinggi untuk ku li bertanding dan bukanlah style politik Ku Li untuk membina sebuah parti politik yang sedang runtuh. 





Saturday, June 9, 2018

PRN TIDAK MUSTAHIL DI KEDAH DAN PERAK (?)

Supaya kestabilan berpanjangan sepanjang lima tahun akan datang tanpa sepak terajang politik adalah wajar PRN di adakan semula di Kedah dan Perak bagi rskyat menentukan semula siapa yang layak memerintah negeri tersebut dengan jelas. 

Dalam situasi ini,  PH dikatakan takut untuk berbuat demikian kerana tidak yakin boleh menguasai semula. 

PAS mempunyai potensi untuk menguasai Kedah dan UMNO berpotensi untuk menguasai Perak. 

Kedudukan kerusi DUN di Kedah 18 PKR 15 PAS 3 BN
kedudukan kerusi DUN Perak  29 PKR 27 BN 3 PAS






#Kerusi MB Selangor juga panas !!! 
1@lebih nama dihantsr ke Istana juga tidak dapat dipastikan

ADA NETIZEN TANYA, KENAPA ZAMBRY ENGGAN PINDAH SEGERA DARI RUMAH RASMI MB PERAK, ADA APA YANG DISOROKNYA (?)


Kenapa MB Perak dari BERSATU sangat lembab dalam hal² sebegini - bersikap pilih bulu dan berkompromi bukan pada tempatnya. 

Antara faktor lain,  mungkinkah Zambri mempunyai harapan untuk merampas semula kerajaan Perak jika ada ADUN yang menyertai BN lebih dari tiga orang. Kemungkinan besar boleh berlaku jika pusat masih dikuasai BN. 
Perak mempunyai rekod tersendiri peralihan kerajaan negeri. 

6ANGKA