Monday, June 11, 2018

KERETA NASIONAL YANG DICURI

Penat lelah Tun dan pioneer team mengujud dan membina sebuah industri kereta nasional musnah kerana dendam dengan mudah Najib jual nilai maruah negara,  kebanggaan negara,  khazanah negara pada investor China dengan alasan rugi dan beban. Padanya soal duit semata mata.

Oleh itu tegasan Tun untuk kereta nasional adalah soal mengembalikan maruah negara,  menunjukan iltizam,  enthuaism dan azam semangat tinggi rakyat Malaysia Boleh.

Kereta Nasional yang baru di peringkat penegasan memerlukan sekurang kurangnya dua tahun untuk dilaksanakan,  ianya bukan soal "kereta" sahaja tetapi lebih kepada "teknologi" yang merangkumi hybrid dan elekrik sepenuhnya.
2030 kenderaan tanpa asap boleh direalisasikan.

Sampingan dari itu adalah pertumbuhan industri sealiran dan peluang² pekerjaan untuk netizen serta perkembangan bandar baru,  prasarana pengangkutan baru.

32 comments:

  1. Bagi yang mahu komen disiarkan, pastikan relevan dan hujah yang baik.

    Tak perrlu gelaran buruk maki hamun kerana nilainya negatif kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya projek kereta nasional yg seterusnya adalah projek 'hampir pasti gagal' dari segi keuntungan. Bagaimana proton yg telah begitu banyak makan dana rakyat melalui bailout masih kurang berjaya, apatah lagi projek baru yg perlukan dana ratusan malah bilion ringgit modal mula. Kemana pasaran kereta negara tersebut? Adakah projek ke 3 ini nak bersaing dgn proton dan perodua? Oh ya, modal kalau dah ada, apa salahnya digunakan utk bayar hutang kerajaan yg dengarnya mencapai nilai lebih 1 trilion dollar! Nak pinjam modal lagi, bukankah akan menambah hutang? Alalalalala....jgn cari akal nak membela pembaziran kd. Sokong kpd yg betul dan hak. Kalau projek utk kepuasan diri sendiri dgn memangsakan rakyat, baik diam kalau tak berani bantah sekalipun..

      Delete
    2. Visi tukdet mmg sesuatu yg menakjubkan. Masalah proton ialah dgn meletakkan seseorang yg tiada pengetahuan mengenai otomotif seperti contoh melantik tukang masak jadi doktor. Dengan itulah masalah proton bermula dgn gara2 sentimen malu bertanya dan tiada pemikiran "outside the box". Mgmt PROTON BODOH SOMBONG utk buat research dan mendengar citarasa pembeli dan menepikan rekaan global yg patut di ikut. Kenapa KIA boleh global walhal mereka lambat dari PROTON.

      Sigh....

      Delete
  2. aku x berapa somong nak buat kereta nasional ke dua..unless tun m bergabung dgn vw ke mercedes ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So.. tol tak yah nk hapuskan..
      Tol akan buat duit kat kerajaan buat selamanya..
      Rakyat selamanya dok payung kerajaan..
      Apa yg rakyat dpt dr kerajaan? selain bangga ada keta sendiri? Tu je..?

      Delete
    2. Kereta nasional ialah kita yang boleh digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia, bukan untuk segelintir segmen masyarakat sahaja.

      Macam saya ni, suri rumah sekadar ambil upah buat kerja online dapat laa sekitar 2K-3K sebulan, kereta VW dan Mercedes ialah kategori kereta Mampu Tengok jerr.

      Masa saya kerja guru kerajaan dulu, tahun 90an, saya hanya mampu beli kereta Proton.
      Dah dua kali tukar, mula2 Proton Saga Auto 1.5, lepas tu Wira Aeroback. Sampai sekarang dah hampir 20 tahun Wira ku masih setia menyumbang bakti.

      2-3 tahun lepas duk pikir nak beli Persona, tunggu kewangan stabil jerr. Tup..tup.. Proton dah jadi Geely.... sorry... takkan beli laa.

      Nampak gaya kena bertukar haluan kepada Perodua laa pulak.

      Kalau Malaysia dapat mempunyai Proton 2.0, generasi anak cucu saya pasti akan gembira.

      Saya duk baca sejak semalam yg bangkang idea ni asyik cakap, drp buat another nasional car, lebih baik PH govt teruskan MRT3.

      Saya nak tya MRT ni boleh dinikmati oleh majoriti rakyat Malaysia ke? Saya yg tinggal di negeri miskin di Utara ni ada peluang tak nak naik? Atau saya kena pi Kl baru dapat naik? Kalau orang2 di Sabah/Sarawak yg tak ada sebab pun nak datang ke Semenanjung ni, boleh tgok dalam TV aje laa kan?

      Tp kalau kereta nasional? tentu majoriti orang kat Malaysia dapat peluang untuk guna,kan?

      Delete
    3. jual kita tin milo.. harga mahal.. kualiti macam tong sampah..
      eksport (kalau la laku lagi) kasi harga 50%.. dalam negara jual 200%..

      ok?
      siapa nak beli?

      rakyat akan boikot PROTUN-2
      rakyat akan support keta luar.. skurang2nya PROTON-1.
      PROTON-1 Madey tak boleh nak menyamun lagi sbb ia milik persendirian..

      pengeluar kereta Jepun pun sudah terkial-kial mencari pasaran di China.. sub vendors china.. apa madey masih bermimpin ini zaman 1978 ke??

      Najib telh buat keputusan yang tepat untuk menyelamatkan Proton-1 dari terkubur.
      Madey nak kerajaan bail out Proton-1 setiap tahun. Manakala cina dapig dan penyokong PH anti Proton.. so mana satu nak ikut?

      Delete
    4. Masa najib berkuasa pun tak hapuskan tol. Bahkan sambung lagi. Kenapa ko tak bising Mat Taik Melayu Kini?

      Delete
  3. Salam

    Saya setuju dengan KD.....bagi meraikan pendapat....sudah tentu ada yang berpendapat tidak perlu...ada yg berpendapat perlu...

    Menurut saya ianya perlu...kerana ianya bukan sekadar kereta...ianya lebih dari kereta....

    kejuruteraan...pengetahuan..ianya merangkumi skop yang luas.....saya yakin ianya adalah kereta elektrik....bukan kereta yang biasa....dan Tun menyatakan perlu partnership...negara rangkaian Asia tenggara....serta negara jepun secara khusus....kereta ini untuk dagangan ke seluruh dunia....

    Ianya memerlukan kajian yang menyeluruh..rancangan menyeluruh...saya pasti ianya akan mengambil masa yang lama...mungkin 1 tahun ke atau lebih.....

    Tun nak create dunia baru perniagaan..seperti Tun nyatakan..apabila kereta pintar...kereta elektrik ini dihasilkan...ianya akan terlibat...kejuruteraan elektrik..elektronik.....kejuruteraan mekanikal....kerana untuk menghasilkan kereta pintar,kereta elektrik ini..bayangkan bateri kereta elektrik ini...sudah tentu satu blok baru dunia perniagaan akan diwujudkan...ilmu..pengetahuan...sudah tentu vendor2 baru akan wujud....belum dikira kad2 elektronik...teknologi LED,LCD....partnership GPS....charge kereta elektrik dirumah...integrated pula dengan smart home system...maka pemaju pemaju perumahan akan terlibat dengan perniagaan baru ini

    Ini semuanya Dunia baru yang akan diwujudkan diMalaysia...sesuai dengan Wawasan 2020...walaupun Tun beritahu...akan dianjakan ke 2025

    Saya sebagai rakyat...gembira dengan ini,saya bukan sekadar melihat..maka akan sertai sekali dunia baru ini untuk Malaysia baru ini....

    ReplyDelete
  4. Dari petikan ucapan Tun di Jepun mungkin boeh dirumuskan seperti berikut.....walau bagaimana pun kita tidak boleh rumuskan secara tepat kerana selalunya idea Tun terkehadapan dua tiga langkah sehinggakan pakar pakar pun tidak dapat membacanya kecuali perkara tersebut dilaksanakan
    1. Kerja sama dengan negara jiran...mungkin konsep seperti perkongsian equiti dengan negara Asean seperti projek kejuruteraan aero angkasa Kesatuan eropah
    2. Mungkin konsep kereta masa hadapan seperti hybrid dan letrik
    3. mewujudkan semangat Malaysia boleh dan serta mengembalikan maruah negara
    4. mewujudkan ribuan peluang pekerjaan dan industri hiliran yang lain bukan seperti 1MBD yang hanya mempunyai seorang CEO yang melingkupkan negara berbillion ringgit

    ReplyDelete
  5. Agak dangksl mereka yang mahu menulis dan tentulah tujuan untuk disiarkan tetapi madih tidak menepati saranan yang disyaratkan.

    Tulisan mereka terpaksa dibuang ke tong sampah, kalau mereka sendiri tidak menghormati otak mereka, takkan nak minta orang lain hargai.

    Najib dah kalah, tebuslah dengan bangkit semula secara bermaruah, bukan macam pelacur minta dilanggani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,.bukan macam bapok tua bodo minta dijuburi.

      Delete
  6. Proton sebenarnye telah melahirkan jurutera dan pekerja otomobil melayu yg berkemahiran...dilaporkan ada jurutera proton yg telah diambil bejerja oleh syarikat otomobil di eropah...

    Kelemahan proton pada RnD kerana kekurangan bajet...pada permulaan pengeluaran proton lagi wang proton telah digunakan untuk sponsor badminton le tuor de langkawi dll...wang ini sepatutnye digunakan untuk RnD...

    Proton sepatutnye maju dengan sokongam lotus....tapi bila zaman pak lah kurang peduli proton menjadi lemah...

    Tuduhan vendor proton dikuasai kroni tun madey menjadi pihak yg berdendam melemaskan proton...

    Memberi perlindungan harga proton dari pesaing dlm tempoh yglama juga sebabkan proton tidak kompetitif dlm pasaran...

    Di harap kereta Nasional baru melenyapkan semua kelemahan proton untuk kekal wujud..

    ReplyDelete
  7. Mender nya najib balas dendam kat proton..
    Proton nk bankrup.. dia tooing bagi duit.. tp takleh jugak..
    Owner syed bukhari terpaksa juga cari jln lain.. kluang dok ngarut napa.. adoi.. mmg nk bankrup proton aritu..

    Skrg kita patah balik.. tUrn nak buat semua semula mcm mula jadi pm dulu.. buat kereta keb dan lain2..
    Kita tk upaya.. itu ja.. dah la..
    Org la ni nk upgrade public transport.. so semua org bole guna
    Kalau keta.. org yg mampu beli keta ja..
    Keretapi semua org bole naik dgn mewah..
    Konon buat keta.. org nk buh minyak.. petronas dpt duit..
    Ya.. buat style dulu2 dia mula jadi pm..
    Dulu kata nk bankrup.. singgah jepun lepas sebulan.. terus tk akan bankrap.. mathir buat magik ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proton lingkup pasal byk org umno yg jadi supplier brg tak ada kualiti. Semua orang tahulah Mat Tanam Melayu Kini. Kesimpulannya, bagi apa aje kat umno mesti jadi taik..

      Delete
  8. saudara KD

    setahu saya, bukan kerajaan Malaysia yg menjual proton kpd China
    Proton dijual (betul ke jual?....) oleh DRB Hicom sbb proton adalah kepunyaan DRB Hicom
    DRB Hicom adalah kepunyaan TS Syed Mokhtar al_Bukhary, bukan lagi kerajaan
    Jadi, TS syed Mokhtar telah membuat satu keputusan perniagaan yg mungkin rasional bagi dia
    sbb dia yg bertanggungjawab atas keputusan itu, bukannya kerajaan Malaysia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan malaysia tak jual tapi suruh jual kpd cina kominis...

      Adekah Geely akan majukan proton?....awal2 lagi Geely dah umum akan bawa masuk suv cina yg tukar lambang dan alihkan LHD kpd RHD....selepas ini akan bawak masuk plak kereta elektrik...

      Proton untungkan cina kominis sebagai laluan kereta buatan cina ke pasaran Asean...

      Proton tinggal nama saja...

      Delete
  9. Terbaik.
    Auto industry akan menjana pelbagai engineering dan economic spinoff. Juga akan pastikan peluang membangkitkan local content utk global market.
    PH perlukan progrm2 sebegini sebagai pengisian menjana kehidupan utk rakyat.
    Jgn lah asyik jual, hutang,last2 pusing bawa tin milo. Sampai agama pun nak dijual, kunci syurga pun ambil tempahan.
    Tolonglah, zaman totok kaum ala zionist,dan zaman jumud jahiliah sudah berlalu.
    Yg penting Rakyat dan keturunan.
    Parti2 yg dihumban sila diam kalau tak mau bantu.
    Nak bising tunggu PRU15,cuba lagi.

    Sekarang , Rakyat sudah decide....fahamkan.

    ReplyDelete
  10. Proton bukan sekadar kereta, ia adalah maruah dan harga diri negara.

    Saya masih ingat peristiwa gemilang Tun M (ketika itu masih Dato Seri) memandu kereta ini buat kali pertama melintasi Jambatan Pulau Pinang, menjadikannya kali pertama untuk keduanya. Kali pertama Proton dipandu di atas jalan raya dan kali pertama sebuah kenderaan dipandu melintasi Jambatan Pulau Pinang.

    Ribuan orang berada di kiri dan kanan jalan di Seberang Jaya dengan sesetengahnya mengibar bendera Malaysia dan bersorak apabila kereta Proton yang dipandu Tun M melintasi mereka. Pada masa itu perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia sangat ketara di kalangan rakyat negara ini dan khususnya rakyat Pulau Pinang yang datang dari segenap ceruk untuk melihat seorang PM memandu kereta nasional melintasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

    Saya berani katakannya kerana saya berada di tengah-tengah kumpulan manusia yang beratur di sepanjang jalan di Seberang Jaya pada masa itu dan dapat merasai sendiri kegemilangannya.

    Proton adalah lambang maruah negara. Ketika Tun M menjadi PM, Malaysia adalah sebuah negara bermaruah sama seperti bagaimana Proton mula dilahirkan. Lahir dan membesar dengan penuh maruah hatta mampu membeli Lotus daripada negara yang pernah satu ketika dahulu menjajah negara ini.

    Pada masa Tun Dol pula, negara ini menjadi bahan ketawa dunia, sama seperti bagaimana Proton menjual MV Agusta yang dimilikinya hanya pada harga 1 euro. Ia adalah perbuatan yang amat menjatuhkan maruah dan itulah hakikat sebenarnya negara ini pada zaman Tun Dol.

    Pada zaman Najib pula negara ini dikeji dan dipandang hina dan jijik oleh dunia akibat pemerintahan kleptokrasi. Sama seperti maruah Proton yang hilang apabila secara de factonya ia menjadi milik negara Komunis China.

    Kini Tun M kembali memegang tampuk pentadbiran dan negara kelihatan kembali bermaruah di mata dunia. Sudah tentulah Proton patut dikembalikan menjadi milik negara ini atau alternatifnya sebuah syarikat baru untuk mengambil tempat Proton amat wajar ditubuhkan sebagai tanda negara ini kembali bermaruah.

    Proton bukan saja tentang ekonomi dan teknologi, malahan ia juga adalah maruah dan manifestasi kepada cogankata yang mempunyai isi dan semangat iaitulah 'Malaysia Boleh'.

    'Cemerlang, gemilang dan terbilang' benar hanyalah cogankata yang hebat bunyinya sedang kosong pengisiannya sedang '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' pula tiada lain adalah cogan kata yang menipu dan terbalik pada hakikat.

    In shaa Allah Tun M akan berjaya di dalam langkahnya yang berkaitan perkara ini sekalipun ketika kedengaran suara-suara sinis yang mempertikaikannya.

    P/s - bro KD, macai sedang meroyan. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan terbaik Tuan!

      Pastinya generasi muda tidak faham semua ni.

      Slogan 'Malaysia Boleh' bukan sekadar slogan.
      Ia melambangkan semangat jati diri yang dipupuk dalam diri kita oleh Tun pada ketika itu.

      Tun mendidik kita untuk yakin dengan kemampuan kita pada ketika majoriti daripada kita orang Malaysia amnya dan Melayu khususnya hanya fikir bahawa... buat kenderaan... daki Everest... belayar solo seluruh dunia hanya boleh dilakukan oleh bangsa lain... kita tak mampu.. tapi Malaysia Boleh membuktikan bahawa kita BOLEH!

      Generasi baru terutama Gen Y yang lahir selepas 1995 tak mungkin faham semua ni sebab mereka celik mata selepas kita melepasi satu anjakan paradigma hebat di zaman Tun.

      Tun memanglah hanya manusia, yang bukan maksum. Tapi dalam kekurangan dia, kelebihan dia dan sumbangannya kepada negara... amat besar.

      Delete
  11. In shaa Allah
    Malaysia Boleh
    Peluang pekerjaan akan tercipta utk direbut oleh anak2 Malaysia dlm pelbagai bidang
    Kita kembalikan kemakmuran negara sama2
    Jangan sangsi akan kebolehan sendiri

    ReplyDelete
  12. komen puak2 bodoh..org tau2 pencen punya ayat.. ini bukan zaman typewriter..

    ini zaman IoT n Industrial 4.0. Org bercakap tentang global market.. e-commerce demand.. bodoh wahai macai2 madey yang bodoh.. sudah2lah berilusi seperti zaman madey menipu rakyat dulu..

    kalau keta tak laku.. sape nk bayar gaji??
    proton 30 tahun madey rosakkan.. letak penyangak2 jadi vendor..jual keta bermasalah.
    hanya lepas Pak Lah ambil alih jadi PM proton barulah jadi pengeluar kereta.. bukan pengeluar penyangak..

    Dato Syed Zainal yang dilantik Khazanah sebenarnya telah pulihkan Proton daripada lingkup bangkrap lebih awal pada tahun 2008.

    Najib suntuk beberapa kali billion melalui soft load.nama je soft loan..utk kasi macai dap tak menyalak..entah2 sampai sekarang satu sen Proton tak bayar..

    maddey? dia manusia lidah cabang, yang takpernah cakap benar.. sentiasa putar alam untuk kenakan orang lain..

    tkpa kita tengok projek PROTUN-2 dia.. apa akan jadi..orak 93 tahun zaman mesin taip nak lagak mcm 43.. jahanam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tua bro? Ko tu yg melalut mcm org tua nyanyuk. Entah2 kau ni lahir zaman lepas perang Jepun. Dah ganyut pun masih perasan remaja mcm kitaorg. Pirahhh tua kutuk. Kikikikiki...

      Delete
    2. 1248.
      "Tkpa kita tgk".
      Betul la tu. So?
      So please shut up n tgk lah.
      Tak perlu ko meroyan lebih2. Dah cukup kqrenah kerosakan , umno brown neck fascist, dan pas boko haram.
      Btw, BN Sarawak udah ampos dilahap buaya.
      Kurangkan penyakit meroyan tu, ko bingit dan busuk disini

      Delete
    3. 12:48 aka Kejora Musibat...

      Tun Dr Mahathir Mohamad said that having a new national car project would help boost Malaysia's engineering capability.

      When he first started the Proton car project back in the 1980s, Malaysia had no knowledge whatsoever about how to build cars but gradually acquired the knowledge to design, build and mass-produce cars over a period of more than two decades.

      "Unfortunately Proton has been sold to the Chinese who have been given the right to manage Proton. So Malaysia now is not making use of those skills," he told Malaysian journalists at the conclusion of his three-day working visit to Japan on Tuesday.

      Tun Mahathir, who first disclosed plans for the new national initiative for Malaysia at the Nikkei Conference here yesterday, said there was a need to create opportunities for Malaysian engineers to do things on their own in Malaysia.

      He had pointed out that Proton was no longer a national car.

      At today's press conference, Tun Mahathir said quite a lot of Malaysian engineering companies had to close down because they could not supply items according to the demand of the new owners or managers of Proton.

      "We need to revive them because the whole idea about investing in a national car is not just about building a national car, it's about becoming a catalyst for growing the Malaysian engineering capability," the prime minister said.

      He said that was exactly what happened with the Proton project.

      Tun Mahathir said the automotive industry is a very big market.

      "All over the world people are outsourcing parts of motorcars, we can produce parts for branded cars in Malaysia and export them which will earn us a lot of foreign exchange," he said.

      Delete
    4. Kejora kiddo...

      I remembered very well back then when Japan first manufactured 'Honda' car in the early 60s, no one would even want to look at it. Today Honda cars are the most popular in the world. I've had 8 years working experience with 2 Japanese Multinational Corporations and it is their policy that the Companies strictly purchased & kept Japanese & Proton cars only.

      Likewise, Malaysians and oppositions in the beginning made fun on idea having own national car by giving such name as Musabishi or Yamahathir (during Mahathir and Musa era). At that point of time, car owners were very rare - cars were lucrative/luxurious and not essential item due to low income. Miraculously, in the span of short years, prosperity emerged & Proton became the best selling cars and pride of the nation - but sadly Proton started having problem due to no support and lack of interest from Tun M successor, the zzzzz pm.
      It became worst when the penyamun menteri/pm najib sold it off to The Red Chinese Communist Company.

      Delete
    5. Kejora idiot...

      Today Tun Mahathir said in the meeting with Japanese entreprenuers - we need Japanese technology which is very advanced. And coupled with Japanese work ethics, Malaysia will be able to develop much faster.
      He expressed hope that Japanese investors would set up more manufacturing plants in Malaysia, providing more jobs for Malaysians in the process.

      One of the challenges that Malausia has is the vast unemployment rate - school leavers & graduares alone stretched to millions. We need new investments from abroad so that jobs can be created for our people," he said.

      The meeting was attended, among others, by top officials from companies such as Panasonic Corporation, Nippon Steel and Sumitomo Metal Corporation, Hitachi Ltd, Mitsubishi Corporation, Mitsubishi Heavy Industries Ltd, Honda Motors Co. Ltd, Marubeni Corporation and Japan Airlines Co. Ltd.

      Delete
    6. Syukran Allah SWT sentiasa melindungi & melimpah kurnia kpd Tun Mahathir dgn kesihatan, kecergasan menjangkau umur amat lanjut tanpa nyanyuk, kecerdasan otak bergeliga, keberanian luarbiasa tampil ke hadapan di mana jua dan kpd sesiapa pun walau terhadap kuasa2 besar, ketrampilan wajah tampan & seri muka serta berkharismatik hingga disegani & dihormati di seluruh pelusuk dunia, kecuali orang2 yg berhati hitam, tidak ikhlas dan berdendam kesumat..

      Selain itu, beliau juga berjiwa besar untuk mengaku kekhilafannya secara terbuka dan tidak segan untuk memohon ampun & maaf.

      Delete
  13. Visi tun untuk jadikan malaysia negara industri....

    Banyak cabarannye...modal jugak besar...dgn bantuan Jepun teknologi robotic dan bateri untuk kereta letrik akan dapat diatasi...

    Perbezaan tun dan najib ialah tun mahu pindahkan teknoloji supaya rakyat malaysia boleh belajar...
    Najib bergantung kpd cina kominis sebagai pengguna semata2 dan mudah dapat pinjaman hingga negara terdedah kpd ancaman dikuasai oleh cina kominis...

    ReplyDelete
  14. berbual cam champion global market la e commerce la last last nanti suruh jual nasi lemak la bawak uber la...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa salahnya jual nasi lemak?

      Jual nasi lemak tak boleh tembus pasaran antarabangsa?

      Nasi lemak sekarang dah boleh di dapati di banyak restoran anak Malaysia di negara asing tau!

      Bawa UBER juga kerja halal! Itu lebih baik dari duk lepak kedai kopi pom pang pom pang cakap hal politik, dari pagi sampai petang tapi satu sen pun takde hasil!

      Delete
  15. Nk tanya ckit..siapa dalam ni..yg banyal2 komen kt cni..kerja dengan proton..atau vendor3 proton..sy bekerja dgn vendor..yg kluar masuk protpn dr 1993..memang dulu proton laku..sehingga model wira.1998.selepas tu..pembangang masa tu mula memburuk2 kn proton..walau pn kualiti dia setanding kreta2import..ada madalah ckit..terus tembj dlm facebook..sehingga ralyat cuak nk beli proton..model seperti preve..setandong jenama import..tapi diperleceh kan pembangang..sehingga model terkini..persona..mantab..tetapi kurang pembeli...cina2 m"sia akan beli p2..sales pro2 tk jatuh..myvi dan persona harha setara..masih tk beli..kereta import mahal .tk br kemampuan..tapi rakyat sangup .beli..akhirnya budget tk cukup ..perbelanjaan tk cukup..memberontak.sedar la diri tu kurang mampu..
    Proton pn dh nk melingkup..kereta tk boleh jual..drb nk kebangaan atau keuntungan..terpaksa jual.klu tak bankrup..

    ReplyDelete

6ANGKA