Sunday, July 1, 2018

HASIL BUAH TANGAN NAJIB - RAKYAT PAKAT² DAPAT SEKARANG...

Lama dahulu Pakatan Harapan dah katakan, Malaysia akan bermasalah sekiranya aset penting negara di jual kepada China. Akhirnya kalian lihat dgn mata sendiri kesan rantaian penjualan aset penting ini saban hari kalian sendiri makin tertekan umpamanya peningkatan kadar tarif elektrik hasil dari penggadaian sykt janakuasa kepada China semasa di dalam pemerintahan Umno Baru & BN.


Sebelum ada 1MDB, sykt janatenaga 100% milik negara kita dlm beberapa pegangan. Akhirnya sykt janatenaga ini (Edra Global Energy Bhd) dapat kepada 1MDB sbg subsidiari miliknya. Kemudian dlm plan rasionalisasi hutang 1MDB, anak sykt janatenagakuasa ini di cadang kpd umum utk penjualan. 

TNB cuba membina bagi membeli pengangan Edra pada nilai semasa RM8bilion tapi atas kelangsungan program jagaan Panda sbg corak perhubungan 2 hala....tawaran TNB ditolak oleh pentadbiran Najib pd tahun 2015 utk di lepaskan kepada China General Nuclear Power Corporation dgn kadar harga RM9.83bilion tunai & pegangan 100%.

Rentetan pada penjualan sykt janatenaga ini, sdra Rafizi cuba bawa kes ini ke Dewan Rakyat dgn usul tergempar membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti 100% kepada syarikat asing tapi DI TOLAK mentah oleh SPEAKER Dewan Rakyat! 

Amalan biasa adalah 49% atau kurang dari itu saja dibenarkan. Penjualan Edra bukan sykt induk saja, tapi 100% pegangan kesemua entiti subsidiari lain di bawahnya edra iaitu:

- Edra Solar Sdn Bhd, 
- Edra Energy Sdn Bhd, 
- Powertek Energy Sdn Bhd, 
- Jimah Teknik Sdn Bhd, 
- Jimah O&M Sdn Bhd, 
- Mastika Lagenda Sdn Bhd dan 
- Tiara Tanah Sdn Bhd (berfungsi sbg sykt operasi Edra).

Apa yg sdra Rafizi risaukan pd ketika itu sekiranya Edra ini terlepas ke sykt dari tanah besar ini, bakal datangkan risiko kenaikan tariff apabila konsesi2 penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022 & kesan kepada TNB di masa hadapan.

Utk makluman, TNB telahpun tandatangani perjanjian pembelian kuasa selama 21 tahun dari sykt China ini.

Dgn 100% pegangan asing, apa saja China kata terutama peningkatan tarif elektrik kpd penduduk Malaysia, TNB perlu akur! Tetapi kenaikan tarif ini kini kerajaan Pakatan Harapan terpaksa cari idea bagaimana perlu ringankan tanggungan rakyat. 

Akhirnya, dgn isu terbaru yg kalian sendiri bising di media masa dlm menangani kesan kenaikan tarif oleh sykt China ini, kerajaan PH perlu cari solusi terbaik utk tidak membebankan rakyat & pada masa yg sama perlu tunduk pd 100% pegangan dari China menjadikan tarif Domestik elektrik rakyat di kekalkan, tapi berlaku peningkatan dalam sektor penggunaan industri. 

Inilah kesan rantaian 1MDB yg akhirnya kalian, macai juga walaun terjerit2 dgn kenaikan tarif. Dlm menguruskan hutang terlalu besar, PH kini terpaksa sekali lg hadapi kenaikan tarif hasil pegangan ekuiti 100% dari China ini menerusi TNB yg terpaksa tandatangani perjanjian pembelian kuasa 21 tahun. Apa saja harga yg ditetapkan oleh China, itulah harga TNB nyatakan. PH pula duduk di tengah cari solusi terbaik pd masa yg sama melakukan langkah penjimatan sambil tanpa membebankan rakyat.

Nahhhh...... nak salahkan siapa ? Kita usul di Dewan Rakyat agar bantah pegangan ekuiti asing 100% pun Speaker tolak. 1MDB pula terpaksa cagar sana sini nak kambus hutang yg penyangak regime kleptokrasi sendiri buat. Nasib baik PH dapat ambil alih, jika tidak !!!!! Sendiri fikirlah....



BANYAK LAGI YANG NAJIB SEMAI UNTUK BEKALANNYA DI PADANG MASYAR. 

Saturday, June 30, 2018

TERUS CACI DAN HINA TUN SUMBER KEKUATAN UMNO?


Fitnah + politik wang adalah ramuan tambahan terbaik. 



#  Apakah lokman adam akan kembali ke kem Anwar untuk jadi batu api melaga lagakan Tun-Anwar kerana marah kemenangan Tun sekaligus melingkupkan perjuangan perut dan periuk nasinya.




Protes kerana umno masih kekal 90% muka lama,  muka yang membawa kekalahan umno,  muka najib muka yang tidak membawa perubahan.. 

JADI PRESIDEN TAK JADI PM - KAMBING TERSENYUM

Tempat "Presiden" adalah tempat yang sudah ditempah oleh sepupu kepada sepupu jika masih berkuasa,  sepatutnya sudah ada peralihan kuasa ang pupu kepada adik pupu sebelum PRU,  tetapi oleh kerana sepupu abang laki bini berdegil konfiden menang,  sepupu adik berputih mata.. 

Bila kalah,  sepupu abang letak jawatan,  sepupu adik hanya mampu tengok,  merajuk pun ada,  kecut pun ada,  dunia sudah kiamat.. Tutup buku politik yang selamanya makannya disuap. 

Siapa yang kena kencing dengan dua pupu?? 

APA LANGKAH PERTAMA ZAHID SEBAGAI PRESIDEN? 
Bubar umno dan daftar semula.. 
Buang semua sandaran,  bayangan dan legacy umno era Mahathir,  Paklah dan Najib.. 
Jadi Presiden Pertama dan Pengasas parti UMNO BARU .. Ada beran.. 


MALAM INI TIDOR GENERE, ZAHID HAMIDI PRESIDEN UMNO

Friday, June 29, 2018

ASAL BUKAN ZAHID?

Kalau ahli umno masih sayangkan parti...






Persidangan pagi berjalan agak pudar,  selepas tengahari,  rehat,  solat.. Jam 3..perwakilan belum muncul²???

RESTRUCTURE MANIFESTO DAN SELAMATKAN MELAYU.

Ketika rakyat membuat undian PRU14, ia hanya bersandarkan kepada satu faktor utama,  HASRAT RAKYAT singkirkan Najib. 
Faktor kedua,  nasi tambah, kerana Tun bakal dinobat PM,  rakyat melihat masalah negara mampu di atasi hanya jika Tun kembali sebagai PM atau Anwar jika berada di luar penjara. 
Sekurang kurangnya itulah faktor yang mendorong tambahan undi Melayu termasuk undi ahli umno sendiri.

Faktor Tun telah berjaya menambah atau menampung undi yang telah ditarik keluar oleh PAS dari PH. 

Faktor Manifesto PH keseluruhannya juga dilihat menarik kerana mendekati kepada kehendak rakyat keseluruhannya. 

Hari ini majoriti yang menyokong PH kekal sokong dan tidak merungut sangat tentang janji manifesto kerana keseluruhannya secara purata tertunai atau dalam proses ke arah itu. 

Rakyat lebih teruja dan kenyang dengan tindakan kerajaan yang membongkar segala bentuk skandal, korupsi dan salahurus kerajaan lama,  Penyingkiran ribuan lantikan politik kerajaan lama DIALU-ALUKAN. 

Pendedahan ini membawa maksud apa yang dikatakan dulunya bukanlah fitnah,  tetapi kebenaran dan hari ini bukan setakat bongkar benar tetapi sudah ke tahap "melampau" dan "kerja gila" yang jika terus digali,  ia akan makan masa 2-3 tahun untuk selesaikannya. 

Majoriti yang kesal mengundi umno, rasa tertipu oleh umno sangat besar dan yang membebel soal manifesto hanyalah segelintir penyokong tegar umno yang masih sakit hati dan tidak berpijak dibumi nyata. 

Meteka kutip info longkangan untuk cuba dijadikan isu nasional,  untuk menutup keabaikan parti mereka. 

Kerajaan perlu rasa bimbang tentang manifesto 100 hari yang tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya tetapi integriti yang ada membolehkan kerajaan membuat pengakuan dan akujanji baru yang lebih jitu dan telus selepas memahami kedudukan ekonomi negara... Penggal ini merupakan penggal ujian bagi Kerajaan PH menunjukan kemampuan mengurustabir negara dengan lebih baik.. 

Selain tindakan ke atas kumpulan individu yang salahlaku,  parti umno juga perlu dibatalkan jika sah melanggar undang² dan sekaligus menyelamatkan Melayu dari terus diurus oleh orang yang "salah". 


PERLU KE AHLI DAN PEMIMPIN UMNO DIHALANG MASUK BERSATU TERUTAMA MEREKA YANG SANGAT TIDAK TERLIBAT DENGAN NAJIB SECARA LANGSUNG.

Sewajarnya mereka diberi tempat bagi membolehkan penghijrahan yang lebih amai. Halangan ini wajar dilucutkan selepas 100 hari bagi mengelak Melayu terlalu banyak politiking. Rakyat wajar diberi kebebasan memilih. 


KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...