Saturday, June 30, 2018

JADI PRESIDEN TAK JADI PM - KAMBING TERSENYUM

Tempat "Presiden" adalah tempat yang sudah ditempah oleh sepupu kepada sepupu jika masih berkuasa,  sepatutnya sudah ada peralihan kuasa ang pupu kepada adik pupu sebelum PRU,  tetapi oleh kerana sepupu abang laki bini berdegil konfiden menang,  sepupu adik berputih mata.. 

Bila kalah,  sepupu abang letak jawatan,  sepupu adik hanya mampu tengok,  merajuk pun ada,  kecut pun ada,  dunia sudah kiamat.. Tutup buku politik yang selamanya makannya disuap. 

Siapa yang kena kencing dengan dua pupu?? 

APA LANGKAH PERTAMA ZAHID SEBAGAI PRESIDEN? 
Bubar umno dan daftar semula.. 
Buang semua sandaran,  bayangan dan legacy umno era Mahathir,  Paklah dan Najib.. 
Jadi Presiden Pertama dan Pengasas parti UMNO BARU .. Ada beran.. 


26 comments:

  1. Zahid is going to be a shortlived president of umno who wont be PM for the rest of his life.....

    ReplyDelete
  2. Dah tak ada idea nak kutuk zahid, bising pulak dgn cabaran suruh bubar umno dan tubuh umno baru...hahaha..
    Dlm masa terdekat aku spt mahu percaya tun madey akan laksanakan kerja jahat membubarkan umno. Bagaimana umno boleh terbubar? Ada seribu satu cara boleh diarahkan kpd RoS supaya umno terbatal dan terbubar. Utk rekod, ketika umno jd kerajaan dulu, dr madey (belum tun lg) pernah bubarkan umno. Kini bila umno hanyalah parti pembangkang, lagi mudah kerja tun madey. Tapi aku juga percaya bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Perancang. Tun madey bukanlah tuhan, malah makhluk kecil yang bernafaspun dgn ehsan Allah. Tak semestinya onar tun madey mampu menggugat umno. Andai telahan aku ini silap, mohon maaf tp prasangka wujud sbb pengamatan aku, tun madey kaki balas dendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid hanya kuat dan nmpk kuat bila bnyk duit.
      Lumpuhkan saje kewangan umno terbarailah zahid.
      Gali akaun peribadi dan semua syarikat yg dinaunginya.
      Merangkak lagi wak ponorogo jumpa atok.
      Kah kah kah kah kah kah

      Delete
  3. Menang jadi PM tapi tulur kena clamp dengan Dap . Tak ada makna .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh.. Ye ke? Yg ada makna mcm mana pulak? Yg kena clamp dgn jho low? Kikikikiki

      Delete
    2. Ikot logik sampah najis, kena clamp dgn dap jdk hina.
      Kena clamp dgn spore dan china itu sesuatu yg mulia.
      Kah kah kah kah kah

      Delete
  4. Jd presiden tp dayus.. Nika gee pun xboleh lawan..kasi Si tua kutuk jd boss.. Boneka..kerusi ciput 12 tp lagak mcm samseng.. Jd barua dapig..ape celaru nk mmpos pbpm neh..

    Boboi mockeris is going to be shorlived mb of kedah... again.. He wont be pm or win any top position in future after his daddy die..for the rest of his life.. Lame n shame..kah kah kah..stupid boboi looserr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..
      Seketoi seketoi tinggalkan umno. Tu belum kira bn yg terbarai.

      Kah kah kah..
      Cari mana duit umno kasi beku termasuk syarikat yg dpt projek sebab umno. Biar pelahap2 ni jdk beku. Cytrop pun xdpt lg elaun utk komen.

      Kah kah kah kah
      Lame n shame.. stupid bugis looserr

      Delete
  5. Langkah pertama Zahid ialah menghadiri janji temu dengan SPRM esok (Isnin, 2 Julai 2018) atas tuduhan menggunakan duit sebuah yayasan yang mana beliau ialah pengerusinya, untuk membayar hutang kad kredit beliau dan isteri sebanyak hampir RM900,000.

    https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/01/macc-to-quiz-exdpm-over-alleged-misuse-of-funds/

    Jom, esok let's wait for a new delicious umno political drama to unfold... jeng..jeng..jeng

    ReplyDelete
  6. Tak kiralah jd presiden tak jadi pm ke apa ke. Pelik apanya. Presiden mugabepun letak jawatan utk memberi peluang orang setuanya menjadi pm tertua di dunia. Catat dlm rekod guiness! Cuma yang menjadi isu dan permasalahan UTAMA rakyat kini ialah BILA MASANYA KERAJAAN PH INI AKAN BERHENTI BERPOLITIK MENEMBAK KAKI SRNDIRI? Pasaran saham dah jatuh teruk, tak nampakpun kestabilan ekonomi spt yang dijanjikan. Pastinya nanti bonus dan dividen saham² amanah akan menjadi 1.00% kalaupun tidak menjadi negatif! Kerajaan apa ni? Kerajaan yg nak selamatkan malaysia telah menjahanamkan malaysia paling teruk dalam sejarah. Tumpukan kpd membaiki kegagalan kerajaan mentadbir enonomi, bukan menyibuk apa yang patut perwakilan umno pilih pemimpin mereka. Kerajaan sekarang sedang GAGAL, nak biarkan terus gagal ke? Ibarat memberi bunga kpd BERUK.Tak tahu menghargai harapan rakyat. Harapan menjadi HARANAP...

    ReplyDelete
  7. 1 % sj melayu umno shj, yg pentingkan dan amalkan ciri- jujur dan amanah.
    99% melayu umno yg tidak islam, mmg tidak amalkan amanah dan jujur pun.
    Maka patutlah Zahid Pornorogo menang.
    Itu semua laluan yg mendorongkan umno utk mampusan umno sendiri.
    Lagi cepat, lagi bagus.
    Aamin.

    ReplyDelete
  8. Presiden umno pertama tidak berjawatan pm..umno mahu kaki temberang memimpin untuk menang pru 15...saya dah jumpa raja arab yg bagi derma...saya tahu siapa dalang serang lahad datu...wang yg dirampas polis wang umno untuk pru...

    ReplyDelete
  9. Pemilihan Zahid tanda Umno tidak mahu berubah

    KUALA LUMPU: Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden ketujuh Umno menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu berubah.

    Katanya usaha untuk meraih kembali kepercayaan rakyat supaya menyokong Umno juga dilihat sukar kerana masih mengekalkan orang lama dalam parti.

    “Hasilnya menunjukkan Umno tidak mahu berubah, bahkan tidak dapat diperbaiki,” katakan kepada FMT.

    Beliau mengulas mengenai kemenangan Zahid selaku presiden Umno yang memperoleh 93 undi bahagian pada pemilihan kali ini, mengalahkan Khairy Jamaluddin yang mendapat 53 undi dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah 28 undi.

    ReplyDelete
  10. rileks la....ramai org dengki sbb UMNO still parti orang melayu yg paling kuat

    PBBM parti orang melayu paling lemah...lepas Amanah

    Lepas madey tiada, PBBM akan bubar sebab tak ada pemimpin yg berkliber dan yg boleh menyatukan PH...

    Hehehe....PH pun rasanya tak lama...bila PKR serta PAS buat kerajaan perpaduan dengan UMNO

    maka tumbanglah madey dan PH....PBBM akan dibubar dan ahli akan masuk semula UMNO.


    Maka DAP akan tinggal keseorangan atau mungkin bersama Amanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kuat ye? Sbb tu kalah. Kahkahkahkahkah

      Delete
    2. Pkr dan pas buat kerajaan perpaduan..
      Kah kah kah kah..

      Umno beku dan bakal jdk parti haram.
      Pas pulak sebab suka sgt terima derma pun bakal kena beku.
      Rakyat pula terbelalak tgk yg konon2 juara melayu dan islam rupa2nya mata duitan belaka.
      Kah kah kah..

      Pkr akan terbarai apabila nk gabung dgn umno kerana akar umbinya anti umno manakala brader anwar pulak gila kuasa dan populariti.

      Delete
  11. Umno tidak yakin orang yg tiada rekod buruk mampu mebangkan umno dlm pru...

    Zahid temberang umno akan kembali berkuasa seblm pru 15... Mampukah zahid pecahkan PH?...dgn wang dan temberang?...

    ReplyDelete
  12. Gambaran pemilihan kali ini ialah UMNO telah menolak perubahan dan masih kekal dengan stail lama dalam memilih pemimpin di mana politik wang dan "sistem cai" masih lagi menjadi amalan.



    Dengan "sistem cai" yang bersamanya dikatakan turut diselitkan pemberian wang tunai, "sampah sarap" dan "kayu" pun akan turut terpilih sebagai pemimpin jika mereka termasuk dalam senarai tersebut.



    Itulah yang terus berlaku dalam UMNO - dulu, kini dan selamanya sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

    ReplyDelete
  13. Penipu, pembohong dan penunggang agama sebenar...
    Oleh Azhar Harun:

    Inilah bukti bahawa ramai di antara mereka yang memanggil diri mereka ulamak di dalam Parti ISLAM Se-Malaysia (P.I.S.) sebenarnya ialah penipu, pembohong dan penunggang agama dan Tuhan.

    Dulu, mati-mati si Nik Abduh ni nafikan bahawa rakaman suara yang kata PIS ambil duit UMNO adalah palsu. Suara di dalam rakaman itu bukan suara dia. Kononnya.

    Bukan itu saja, dia panggil penyebar rakaman itu sampah. Dia doakan agar balasan Tuhan disegerakan ke atas mereka.

    Maka hamba sahaya unta-unta PIS pun bising satu dunia bahawa PIS dah kena fitnah, bahawa itu semua satu pembohongan musuh Islam dan sebagainya.

    Ya.
    Sekarang balasan Tuhan dah datang.

    Dalam Mahkamah orang putih kafir harbi Kristian-Yahudi tu, peguam hangpa sendiri dah MENGAKU bahawa rakaman itu ialah rakaman yang tulin. Suara tu ialah suara Nik Abduh.

    Hangpa panggey diri hangpa ulamak.

    Hangpa kata PIS parti yang memperjuangkan Islam. Nak pertahankan Islam kononnya.

    Ni ikut ayat mana. Ikut sunnah mana. Yang membohong ni?

    Tak cukup dengan itu, itu hari unta-unta hangpa bising satu dunia dalam fb, twitter dan WhatsApp. Hangpa kata Hj Hadi dah menang kes fitnah lawan Clare ni.

    Menang apakejadahnya PIS oi?

    Hangpa paham ka permohonan interlokutori tu apa? Kalau tak paham pi tanyalah Queen Counsel yang hangpa bayaq berjuta-juta ringgit tu.

    Kes ini akan dibicarakan selama 11 hari dari 1 April 2019.

    Kalau dah menang buat apa nak bicara PIS oi?

    SPRM tak mao turut bekukan akaun PAS dan lobai Pas ker?

    ReplyDelete
  14. Sekarang Umno dikenali sebagai parti najib, jadi yg menang pastilah yg kuat sokong najib.

    ReplyDelete
  15. Zahid ada wang ratusan juta tahun 96...sekarang sudah mungkin billion..perwakilan umno nampak hanye zahid yg mampu bagi wang kpd nereka dan tanggong umno yg kena beku akaun...umno akan jadi milik zahid..

    ReplyDelete
  16. Wak Ponorogo mau tuntut balance duit sapuan 1mdebe.. jdi mesti kekal dgn umno's kikiki

    ReplyDelete
  17. Mari lah bersama2 membina negara. Buang gerak geri berminda pembangkang...Dah tak de keperluan mengkritik UMNO/BN sbb mereka bukan lagi pemerintah. Masa buktikan apa sumbangan bina negara dan lupakan berpolitik 24 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnya, pendengki umno ni bnyk sgt, eh...ramai sgt. (Ingatkan beruk td, tu guna perkataan bnyk). Umno dah kalahpun dengki diorang masih tak padam. Macam kena sawan iblispun ada...

      Delete
    2. Masalahnya skrg, pembangkang berminda kerajaan. Hari2 perasan masih memerintah padahal dah kena humban ke tong taik. Cukuplah. Bagilah peluang kepada kerajaan baru untuk membina negara yg telah dihancurkan. Ingat!!!! Jadilah pembangkang yg berkualiti bukannya sakit hati.

      Delete

6ANGKA