Perlantikan yang tidak sempurna sepenuhnya tetapi terbaik dan tepat kepada kekeperluan perundangan.
Ia diperkenan dan dicadangkan oleh kedua dua pihak bertaraf Melayu dan Islam yang mempunyai kuasa mutlak (melantik dan memecat), waras dan mengikut Rule Of Laws. Richard juga tidak dilantik seumur hidup.
Bantahan?
Datangnya dari siapa?
umno?
Wajar mereka melihat terlebih dahulu diri sendiri.
Sebelum ini apakah mereka golongan yang taat pada akhlak dan amanah?
Apakah mereka sebelum ini golongan yang mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran?
Bantahan?
Datangnya dari siapa?
Pas?
Mereka yang rasa lebih melayu dari melayu? Lebih arab dari arab? Lebih Islam dari orang lain? Yang menghukum, tidak sokong pas masuk neraka? Yang ponteng parlimen? Yang terima duit umno? Yang tolak dap sebelum pru dan terima dap selepas pru?
Yang mana satu pendirian mereka, pagi cakap lain, petang cakap lain, malam cakap lain? hukum berubah ikut mereka? Doa ikut suka mereka?
Cukuplah kalau kita terima bahawa antara parti² yang berteraskan Melayu dan Islam bukanlah musuh yang kekal tetapi terpisah kerana sikap yang berbeza.
Marilah kita patuh pada ulil amri, menghormati perlembagaan, jangan derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu selagi tidak membawa kemudaratan, maksiat dan dilarang Islam.
Melihat semua perkara dan peristiwa di dalam tempoh 100 hari, nyatalah Islam dan Melayu perlu bersatu, bersatu dalam satu wadah yang mengutamakan akhlak dan amanah, itu yang akan dipandang tinggi, dihormati disegani kawan dan lawan.
Hari ini, kita sangat bertuah, masih ada Melayu dan Islam seperti Tun yang mengatur strategi menyebabkan musuh ketat seperti DAP menjadi kaku dan bisu dengan tindakannya yang seolah merendah, melayani tetapi mencengkam kuat dengan kuasa mutlak.
Boleh faham ke tidak maksudnya.