Tuesday, July 17, 2018

KENAPA MASIH BEBAS?

https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1



Jom sign petition ini meminta agar P. Ramasamy disingkirkan dari menjadi Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang ke 2 kerana dia bersetongkol dengan pengganas dari Sri Langka iaitu LTTE.

https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1

LOKMAN ADAM SILA DUDUK TAK PERLU DEMO.





Satu lagi publisiti murahan lokman adam gagal???

Rasanya elok polis batalkan kalau yang datang bekas² sarkas di Mahkamah hari itu. Ada baiknya dibatalkan dengan kehadiran dingin, tak berbaloi dan memalukan kaum kalau berarak sekadar boleh dibilang dengan jari.

Kebebasan bersuara dan bertanya apa sahaja di parlimen menunjukan Tun sangat terbuka sekaligus menggambarkan lokman bukan sahaja  salah tetapi berbohong..


Monday, July 16, 2018

SILA DUDUK JANGAN LARI.......... NAJIB DAN TUN ELOK BERDAMAI, YANG MUDA PI JUMPA YANG TUA, SIMPAN MULUT, FOKUS DI HADAPAN... MELAYU SELESAI



......
Politik serba mungkin.. 

Cukuplah 4 pertuduhan atau tambahan pertuduhan atas merit,  jangan mencabar,  jangan menganjing dan bukan lagi political will,  rakyat perlu bertenang dan serahkan pada pihak berkuasa. 
Najib kena face his own music. 

Hadi jumpa Tun,  kena bincang elok², Islam hanya satu. Tiada liberal tiada hadhari... 
Cukuplah dengan yang 4 imam muktabar dan berlapang dada dengan syiah selagi tidak menggugat. 
Allah lebih mengetahui.. 

Banyak lagi saranan dan gagasan perpaduan yang perlu dianjurkan,  cari titik pertemuan,  bukan titik perbalahan. 

Boleh kot. 

GUNAKANLAH PARLIMEN SEBAIK MUNGKIN




Jadi pembangkang,  jangan ambil itu sebagai status peribadi,  moyok dan kecewa. Ujian untuk berkhidmat kepada rakyat setelah diberi kepercayaan... Peluang untuk bangkit semula... 










Kenapa nama Husam tidak tersenarai,  adakah masih ada campurtangan kuasa (?) 






Baik kerajaan atau pembangkang,  gunakan parlimen untuk berhujah soal pengurusan negara - rakyat sedang memerhati dan mahu menilai.

Mana menteri yang layak masuk maharaja lawak,  mana pihak akan jadi malaunta dan masih adakah sarkas show.

Sudah tidak perlu lokman adam mencari publisiti murahan di luar parlimen.

.......

UEC (Unified Examination Certificate) vs SPM/STPM

Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.

Ada, seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum. 

Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.

Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal. 

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM). 

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.

Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.

Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)

Jika UEC diiktiraf, apa kesannya? 

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain. 

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari. 

Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.

Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda. 
Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia. 

Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.

HADAM, kalau belum...

Ada dua situasi yang mahu dipertontonkan. .

Situasi pertama..
Seorang pemimpin sedang mengimami jemaah dalam salah satu solat wajib sehingga selesai dengan sempurna.
Semasa berwirid dan berzikir, imam telah kentut kuat dan berbau busuk,  imam turut sedar apa yang sedang berlaku,  dia meneruskan zikir .. Makmum telah menegur imam..
Jemaah A: Saya dengar imam kentut
Jemaah B: Saya tercium bau busuk selepas imam kentut
Jemaah C: Saya perhatikan imam juga sedar apa yang berlaku
Jemaah D mengulangi teguran ABC kepada imam...

Apa jawapan imam?
Kentut membatalkan wudhuk tetapi tidak membatalkan zikir.
Zikir tanpa wudhuk bukan satu dosa,  cuma pahalanya berkurangan
Solat tadi masih kekal sah

...

Situasi kedua
Seorang pemimpin sedang mengimami sebuah solat wajib berjemaah. Di dalam solat dia terkentut dengan sedar tetapi meneruskan solat hingga selesai diikuti dengan zikir...
Dalam situasi tadi,  ada makmum yang mufarrakah,  ada yang tidak. .
Makmum telah menegur imam selepas semuanya selesai..
Jemaah A: Saya dengar imam kentut..
Jemaah B: Saya tercium bau busuk selepas imam kentut..
Jemaah C: Saya perhatikan imam juga sedar apa yang berlaku..
Jemaah D: Mengulangi dan mengingatkan imam apa yang berlaku dan teguran ABC..

Apa jawapan imam?
Saya kentut tetapi saya rasa tiada bunyi..
Tadi tu saya istilahkan buang angin bukan kentut
Kalau saya batalkan solat,  tentu menyusahkan makmum,  saya sayang makmum semua..
Saya pernah tanya pak arab,  kata mereka,  awak pemimpin yang baik,  berjiwa rakyat,  memadai bayar dam dan  hantar jemaah menunaikan haji,  mereka sedia maafkan..

Jemaah yang menegur,  ABC saya belanja awak makan selepas ini..
Bagi Jemaah D yang tidak bersetuju dan masih membantah,  saya pecat awak dari AJK Masjid..

Atas jawapan dan keadaan tersebut..
Jemaah ABC pun memberitahu jemaah yang lain..
Tadi tu bukan kentut, tapi bunyi bunyian,  bunyi batuk versi unit,  versi baru..
Yang busuk tu sendawa..
Takkanlah imam nak kentut dalam solat..
IIi semua persepsi dan niat jahat imam tua untuk melantik anaknya menjadi imam.


Hadam.

Rengkas cerita..
Imam kaki kentut,  kaki kencing, kaki sogok dipecat,
Sekarang imam tua..
Apakah solat tanpa kentut, tidak sah semata mata dia tua?

Hadam.








Sunday, July 15, 2018

PERSEPSI RAKYAT, NAJIB TIDAK KEBULOR ATAU PAPA KEDANA SEBALIKNYA SEMUA MASALAH KEWANGANNYA SUDAH SELESAI?

Jika amalan menabung sejak kecil dibuat,  jualan cd yang dapat permintaan tinggi,  ramai kenalan jutawan.. sudah tentu tiada kekeringan yang berlaku... 








Sekurang kurangnya itulah yang diviralkan!!!  

PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK MENJELANG 100 HARI, PH MAKIN MENJADI KERAJAAN YANG KUAT, MAHATHIR MASIH PM..

100 hari rupanya menjadi malapetaka kepada umno kerana belum ada halatuju perjuangan yang jelas,  kanan atau tengah.

Perlantikan apandi sebagai ahli MT dan kemudiannya ditolak mendatangkan kemaluan besar pada Zahid dan menunjukan betapa tandusnya umno mencari pemimpin yang berintegiriti.

Anuar musa dan ku nan yang diberi peranan setiausaha agung dan bendahari adalah recyle kereta lembu sedangkan umno perlu marathon untuk bangkit semula.  Zahid mungkin selesa jika disekelilingnya slow learner.

6ANGKA