DILEMA MELAYU
SIRI 733 MP UMNO, PAS JANGAN JADI Luncai TERJUN DENGAN MIMPI-MIMPIMU
Keluar dewan Parlimen macam kambing berjanggut mengikut kambing jantan pondan bukanlah tanda pejuang berjiwa rakyat. Seluruh dunia tahu Najib, penyamun kelas cakrawala dan hanya menunggu masa untuk bersemayam di Sg Buloh dengan beberapa juak-juak koruptor yang lain.
Rakyat Malaysia juga tahu Najib takut bersemuka dengan Tun Mahathir. Dua kali forum 'Nothing to Hide' (Tak ada nak disembunyikan) dia tak hadir.
Lucu bin pelek dia kulluhumkan UMNO, menyerah kalah dalam PRU 14, gugur dengan sendirinya seperti buasir tua sebagai presiden UMNO yg super uzur dibenci rakyat, tiba-tiba dia berkokok kembali seperti ayam jantan pondan sebagai jurubicara UMNO yg kulluhum.
Si bomoh Ponorogo yang jadi presiden UMNO kulluhum membisu seperti ayam betina mengeram telur yang tak menetas.
Kabilah MP PAS juga membuntuti UMNO seperti kaldai lapar dedak. Mereka merhaban dengan puaka-puaka munafik yang mencangkul atas penderitaan rakyat. Malu tiada, maruah lupus, jatidiri kosong, Islam dijaja seperti menjual keropok lekor di tepi pantai. Batu Buruk.
Apakah manusia jenis ini yang menjadi jurubicara rakyat yang menjadi wakil rakyat?
Sewajarnya para penduduk dari 51 kawasan yg dimenangi UMNO dan 18 oleh PAS membuat protes, tunjuk perasaan depan rumah wakil-wakil rakyat yg super korup dan munafik itu, desak mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat dan Allah. Kalau terus dengan protes bodoh itu desak mereka lepaskan jawatan.
Sebenarnya sebahagian besar wakil rakyat UMNO dan PAS itu terlibat dengan rasuah, makan dedak haram. SPRM dan PDRM patut bertindak tegas dan cepat soalsiasat mereka ini, remand dalam lokap dahulu, dan selepas itu heret ke mahkamah.
Besar kemungkinan mereka akan memberi tazkirah kepada nyamuk dan agas, cicak dan mengkarung di Sg Buloh kelak.
Tapi ada suatu jalan untuk menyelamatkan mereka yang korup dan takut masuk penjara berbelas tahun. Mereka pilih masuk BERSATU menjadi wakil rakyat parti Bumiputra ini.
Ada syaratnya, ada pengkeras politiknya. Awas wakil rakyat UMNO yang tergolong perompak kelas jerung dan paus jangan diterima dalam mana-mana parti dalam PH.
Tempat mereka sudah ditempah di Sg Buloh. Dikatakan sebahagian besar dari 18 wakil rakyat PAS juga terlibat dalam rasuah menerima angpau dari Najib Razak.
Kalau mau selamat ikat serban pada dahan yg kuat dan bergayut keluar dai PAS menyertai BERSATU atau AMANAH kalau mau selamat.
Sekiranya mau berdakwah, bertazkirah pada cicak, mengkarung, nyamuk dan agas di Sg Buloh maka tunggulah waktunya inta akan diheret ke mahkamah kelak.
Kalau MP UMNO dan PAS memperbodohkan para penduduk kawasan masing-masing dengan sikap yg memalukan mereka sendiri mungkin usia politik mereka di ujung tanduk kerbau pawah yang buta.
Nah, sekarang Allah memperlihatkan betapa tololnya mereka sebagai wakil rakyat yang hilang maruah, hargadiri tanpa kewibawaan dan integriti.
Patutlah beruk di hutan pun geleng kepala mereka Beruk pun ada maruah dan tahu malu, serta tahu tanggungjawab mereka terhadap kaum mereka.
Yahaya Ismail
PJ
Thursday, July 19, 2018
Wednesday, July 18, 2018
DPPM PECAH TEMBELANG UMNO NAJIB - FAUZI HASSAN
https://m.malaysiakini.com/news/434835
Melayu akan terus ditipu dulu kini dan selamanya, kerajaan dulu dan kerajaan kini (?)
MASA SEKARANG NAK SOKONG SIAPA? PEMBANGANG ATAU KERAJAAN?
Bersyarat atau tidak?
Kalau anda ahli parti, ada pendapat anda tetap kena sokong parti, itulah yang sekarang Kj kena kecam sebab tidak mengikut arahan dan cara parti berpolitik.
Bagi Kj dia ada sebab, walaupun keputusan konsensus, bagi kj kalau keputusan itu tolol, kepelbagaian pendirian perlu dihormati. .
Now, terpulang pada parti..
Tindakan disiplin...
Atau ulang kerja "tolol" - pecat.
Kalau anda bukan ahli, sekadar penyokong, atas pagar, silent supporter atau sesiapa shj secara sukarela, sewajarnya sokong atau bangkang atas isu.
Setiap kerajaan dan mana² kerajaan akan berhadapan dengan banyak isu dan hanya berjaya bukan kerana betul tetapi bagaimana ia diuruskan dengan baik.
Bolehkah kita berlapang dada.
Sudahkah pembangkang selesaikan masalah mereka? Menjauhi dari menyokong kemungkaran, perompak dan lanun...
Tidak perkauman melebihi had dan pandangan ugama yang sempit.. .
# Tugas pembangkang di parlimen ialah berhujah hingga berjaya mengubah keputusan atau menegak kebenaran. Kalau boikot dan keluar dewan boleh capai matlamat itu, dikira win.
Kalau keluar dewan bantah Speaker tak sah tapi masuk semula angkat sumpah depan speaker tak sah, itu dikira bangang. Kenapa tidak boikot sehingga kerajaan mengalah, rakyat tentu sokong kalau betul.
Kalau anda ahli parti, ada pendapat anda tetap kena sokong parti, itulah yang sekarang Kj kena kecam sebab tidak mengikut arahan dan cara parti berpolitik.
Bagi Kj dia ada sebab, walaupun keputusan konsensus, bagi kj kalau keputusan itu tolol, kepelbagaian pendirian perlu dihormati. .
Now, terpulang pada parti..
Tindakan disiplin...
Atau ulang kerja "tolol" - pecat.
Kalau anda bukan ahli, sekadar penyokong, atas pagar, silent supporter atau sesiapa shj secara sukarela, sewajarnya sokong atau bangkang atas isu.
Setiap kerajaan dan mana² kerajaan akan berhadapan dengan banyak isu dan hanya berjaya bukan kerana betul tetapi bagaimana ia diuruskan dengan baik.
Bolehkah kita berlapang dada.
Sudahkah pembangkang selesaikan masalah mereka? Menjauhi dari menyokong kemungkaran, perompak dan lanun...
Tidak perkauman melebihi had dan pandangan ugama yang sempit.. .
# Tugas pembangkang di parlimen ialah berhujah hingga berjaya mengubah keputusan atau menegak kebenaran. Kalau boikot dan keluar dewan boleh capai matlamat itu, dikira win.
Kalau keluar dewan bantah Speaker tak sah tapi masuk semula angkat sumpah depan speaker tak sah, itu dikira bangang. Kenapa tidak boikot sehingga kerajaan mengalah, rakyat tentu sokong kalau betul.
Tuesday, July 17, 2018
KENAPA MASIH BEBAS?
https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1
Jom sign petition ini meminta agar P. Ramasamy disingkirkan dari menjadi Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang ke 2 kerana dia bersetongkol dengan pengganas dari Sri Langka iaitu LTTE.
https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1
LOKMAN ADAM SILA DUDUK TAK PERLU DEMO.
Satu lagi publisiti murahan lokman adam gagal???
Rasanya elok polis batalkan kalau yang datang bekas² sarkas di Mahkamah hari itu. Ada baiknya dibatalkan dengan kehadiran dingin, tak berbaloi dan memalukan kaum kalau berarak sekadar boleh dibilang dengan jari.
Kebebasan bersuara dan bertanya apa sahaja di parlimen menunjukan Tun sangat terbuka sekaligus menggambarkan lokman bukan sahaja salah tetapi berbohong..
Monday, July 16, 2018
SILA DUDUK JANGAN LARI.......... NAJIB DAN TUN ELOK BERDAMAI, YANG MUDA PI JUMPA YANG TUA, SIMPAN MULUT, FOKUS DI HADAPAN... MELAYU SELESAI
......
Politik serba mungkin..
Cukuplah 4 pertuduhan atau tambahan pertuduhan atas merit, jangan mencabar, jangan menganjing dan bukan lagi political will, rakyat perlu bertenang dan serahkan pada pihak berkuasa.
Najib kena face his own music.
Hadi jumpa Tun, kena bincang elok², Islam hanya satu. Tiada liberal tiada hadhari...
Cukuplah dengan yang 4 imam muktabar dan berlapang dada dengan syiah selagi tidak menggugat.
Allah lebih mengetahui..
Banyak lagi saranan dan gagasan perpaduan yang perlu dianjurkan, cari titik pertemuan, bukan titik perbalahan.
Boleh kot.
GUNAKANLAH PARLIMEN SEBAIK MUNGKIN
Jadi pembangkang, jangan ambil itu sebagai status peribadi, moyok dan kecewa. Ujian untuk berkhidmat kepada rakyat setelah diberi kepercayaan... Peluang untuk bangkit semula...
Kenapa nama Husam tidak tersenarai, adakah masih ada campurtangan kuasa (?)
Baik kerajaan atau pembangkang, gunakan parlimen untuk berhujah soal pengurusan negara - rakyat sedang memerhati dan mahu menilai.
Mana menteri yang layak masuk maharaja lawak, mana pihak akan jadi malaunta dan masih adakah sarkas show.
Sudah tidak perlu lokman adam mencari publisiti murahan di luar parlimen.
.......
UEC (Unified Examination Certificate) vs SPM/STPM
Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.
UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.
Ada, seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum.
Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.
Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal.
Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM).
Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.
Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.
Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)
Jika UEC diiktiraf, apa kesannya?
Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain.
Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.
Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.
Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.
Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari.
Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.
Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda.
Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia.
Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...
-
Umpan rafizi dan team sudah mengena, ada pemimpin lain yang memberi komen.. Inilah yang mereka mahu dan nantikan. Kalau...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِ...