Thursday, July 19, 2018

SERABAI FOLLOW SERABUT??

DILEMA MELAYU 
SIRI 733 MP UMNO, PAS JANGAN JADI Luncai TERJUN DENGAN MIMPI-MIMPIMU

Keluar dewan Parlimen macam kambing berjanggut mengikut  kambing jantan pondan bukanlah tanda pejuang berjiwa rakyat. Seluruh dunia tahu Najib, penyamun kelas cakrawala dan hanya menunggu masa untuk bersemayam di Sg Buloh dengan beberapa juak-juak koruptor yang lain. 

Rakyat Malaysia juga tahu Najib takut bersemuka dengan Tun Mahathir. Dua kali forum 'Nothing to Hide' (Tak ada nak disembunyikan) dia tak  hadir. 

Lucu bin pelek dia kulluhumkan UMNO, menyerah kalah dalam PRU 14, gugur dengan sendirinya seperti buasir tua sebagai presiden UMNO yg super uzur dibenci rakyat, tiba-tiba dia berkokok kembali seperti ayam jantan pondan sebagai jurubicara UMNO yg kulluhum. 

Si bomoh Ponorogo yang jadi presiden UMNO kulluhum membisu seperti ayam betina mengeram telur yang tak menetas.

Kabilah MP PAS juga membuntuti UMNO seperti kaldai lapar dedak. Mereka merhaban dengan puaka-puaka munafik yang mencangkul atas penderitaan rakyat. Malu tiada, maruah lupus, jatidiri kosong, Islam dijaja seperti menjual keropok lekor di tepi pantai. Batu Buruk.

Apakah manusia jenis ini yang menjadi jurubicara rakyat yang menjadi wakil rakyat? 

Sewajarnya para penduduk dari 51 kawasan yg dimenangi UMNO dan 18 oleh PAS membuat protes, tunjuk perasaan depan rumah wakil-wakil rakyat yg super korup dan munafik itu, desak mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat dan Allah. Kalau terus dengan protes bodoh itu desak mereka lepaskan jawatan.

Sebenarnya sebahagian besar wakil rakyat UMNO dan PAS itu terlibat dengan rasuah, makan dedak haram. SPRM dan PDRM patut bertindak  tegas dan cepat soalsiasat mereka ini,  remand dalam lokap dahulu, dan  selepas itu heret ke mahkamah. 

Besar kemungkinan mereka akan memberi tazkirah kepada nyamuk dan agas, cicak dan mengkarung di Sg Buloh kelak.

Tapi ada suatu jalan untuk menyelamatkan mereka yang korup dan takut masuk penjara berbelas tahun. Mereka pilih masuk BERSATU menjadi wakil rakyat parti Bumiputra ini. 

Ada syaratnya,  ada pengkeras politiknya. Awas wakil rakyat UMNO yang tergolong  perompak kelas jerung dan paus jangan diterima dalam mana-mana parti dalam PH. 

Tempat mereka sudah ditempah di Sg Buloh. Dikatakan  sebahagian besar dari 18  wakil rakyat PAS juga terlibat dalam rasuah menerima angpau dari Najib Razak. 

Kalau mau selamat ikat serban pada dahan yg kuat dan bergayut keluar dai PAS menyertai BERSATU atau AMANAH kalau mau selamat. 

Sekiranya mau berdakwah, bertazkirah pada cicak, mengkarung, nyamuk dan agas di Sg Buloh maka tunggulah waktunya inta akan diheret ke mahkamah kelak.

Kalau MP UMNO dan PAS memperbodohkan para penduduk kawasan masing-masing dengan sikap yg memalukan mereka sendiri mungkin usia politik mereka  di ujung tanduk kerbau pawah yang buta. 

Nah, sekarang Allah memperlihatkan betapa tololnya mereka sebagai wakil rakyat yang hilang maruah, hargadiri tanpa kewibawaan dan integriti. 

Patutlah beruk di hutan pun geleng kepala mereka  Beruk pun ada maruah dan tahu malu, serta  tahu tanggungjawab mereka terhadap kaum mereka.

Yahaya Ismail 
PJ

4 comments:

  1. Harga elektrik dah naik.. Apa ni.??

    ReplyDelete
  2. 2 x 5 ja.. Puak ph pun.. Keluor gitu jugak..

    ReplyDelete
  3. Gas naik, susu tepung naik, ron97 naik...
    Apa cirita moneyfestomato pru14?
    Ye le bukan Bible tapi kincin banyak ada...

    ReplyDelete
  4. Setakat ini pun belum ada premise lengang malah makin berpusu rakyat beli..

    Lagi pun sejak PH pegang durian murah gila..

    Nak beli durian, kalaupun sokong umno, harga tetap sama.. Kebaikan untuk semua.

    Lagi pun kalau mahal jangan beli, belum ada orang mati tak makan bawang.

    ReplyDelete

6ANGKA