Thursday, August 2, 2018
SERAM SEJUK KETAR LUTUT DALAM PARLIMEN, DI LUAR PEMBERITA PULA TANYA SOALAN MAUT...
Nak keluar negara passpot dah kena rampas, aku bimbang lama² si kepit ni ponteng. .
GULA LUPA NAK DI HALALKAN MASA UMNO PERINTAH.
Wakil umno bertanya di Parlimen, bila nak HALALKAN gula.
60 tahun perintah makan gula apa?
Tunggu esok² kalau pembangkang desak kerajaan halalkan pula beras.
Ini kalilah Malaysia dapat pembangkang yang bangang.

NEW KERAJAAN BERSIH CEKAP AMANAH HARAPAN VS OLD KERAJAAN KORUP
Masa untuk Menteri menunaikan janji agak terhad kerana masa dihabiskan dengan kejutan demi kejutan pendedahan pembongkaran korup setiap kementerian, jabatan agensi di bawa kerajaan lama, umno.
Nnmmm*👉 Khamis, 2 Ogos 2018 | 2:18pm*
STEVEN Sim Chee Keong mengadakan sidang media di bilik sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Unsur Rasuah dalam KBS
Unsur rasuah dalam KBS?
Oleh Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam proses menyiasat penyelewengan dan mengenal pasti individu terbabit dalam pemberian rundingan secara terus tanpa melalui tender terbuka.*
Timbalan Menterinya, Steven Sim, berkata siasatan awal mendapati banyak kontrak tidak melalui tender terbuka, termasuk perkhidmatan rundingan dan pembinaan infrastruktur.
Katanya, banyak projek penganjuran Sukan SEA yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah tahun lalu, juga tidak mengamalkan tender terbuka.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan kos sebenar yang terbabit.
"Daripada jumlah perolehan RM777.14 juta antara 2016 sehingga 2018, sejumlah 46 peratus atau RM357.80 juta (kos projek) dilaksanakan tanpa melalui tender terbuka, sebaliknya menerusi rundingan terus dan tender terhad.
"Hasil pemantauan di KBS, kita dapati banyak ruang dan potensi penambaikan di peringkat pengurusan serta pentadbiran perlu dilakukan.
"Selepas pegawai KBS ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan penyelewengan wang kementerian berjumlah RM100 juta pada 2016, tiada pembaharuan dilakukan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Malah, Sim berkata, pembayaran melalui proses tender terbuka belum dilaksanakan turut berlaku, selain pelaksanaan perolehan tanpa tender terbuka.
Pada 2017, katanya, perolehan tanpa tender terbuka mencecah RM264.2 juta, melebihi perolehan melalui tender terbuka iaitu RM173.7 juta.
"Tindakan segera akan diambil, seiring kehendak dan hasrat kerajaan baharu mencegah penyelewengan dan kepincangan.
"Ini bukan membalas dendam, sebaliknya usaha baik pulih pentadbiran kementerian.
"Tender yang sedang berlangsung melalui rundingan terbuka membabitkan nilaibesar juga dinilai semula manakala laporannya akan dimum secepat mungkin," katanya.
Susulan perkembangan itu, KBS berada di kedudukan kelapan daripada 25 kementerian bagi tahap perlakuan rasuah, berdasarkan Public Service Corruption Ranking (PSCR) dikeluarkan SPRM.
Sim berkata, KBS adalah kementerian mendapat peruntukan paling rendah menerusi bajet Kerajaan Persekutuan.
"Segala kepincangan dan kebocoran yang berlaku menyebabkan sumber yang sememangnya terhad tidak dapat digunakan pada kadar maksimum bagi tujuan pembangunan belia dan sukan," katanya.
Difahamkan, pihak KBS sudah bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tender secara rundingan terus dan dinasihatkan untuk menjalankan audit forensik.
# 100 hari kerajaan baru dah nak tamat, cerita korup kerajaan lama baru nak bermula...
Pembangunan semula Malaysia Baru akan terbantut jika masa banyak tertumpu kepada skandal.

BERAPA JET DIBELI, BERAPA YANG BOLEH TERBANG? BERAPA YANG TIDAK?
Pembelian semua di era Najib Menteri Pertahanan?
Dan soalan bonus? Berapa biji engine yang hilang?
Mat Sabu yang dikata kartun sudah mula korek?
Wednesday, August 1, 2018
LIM GUAN ENG AKAN SERAHKAN SEMULA KERAJAAN KEPADA UMNO PADA 2040 ???
Parlimen diberitahu - .. hutang 1mdb, kerajaan kena tanggung sehingga tahun 2039 .
Menteri tanya bekas² kabinet Najib, tahu ke tak tahu? Tahu ke tak tahu???
Hutang selama ini pun kerajaan yang bayar, satu sen pun, 1MDB tidak pernah bayar???
Pembangkang melopong... Pembangkang terlopong. .
Pakej gaji untuk Arul berbohong? 5 Juta?
2.5 juta sudah bayar, baki... (Najib) Jangan lari, sila bayar.
# Suami saya seorang yang jujur.
UEC MASUK WORKSHOP
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jawatankuasa-kumpul-fakta-berkaitan-pengiktirafan-uec-bakal-ditubuhkan-181891
Tindaan bijaksana ini menutup segala ruang manipulasi.
Jawatankuasa kumpul fakta berkaitan pengiktirafan UEC bakal ditubuhkan
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa berkenaan akan diketuai pakar pendidikan dan mereka yang terlibat dalam kajian akademik.
Maklumat di sini

Elok sangat langganang utusang malaysia dihentikan.. Isi yang tidak menajamkan minda, tidak membangunkan bangsa dan tidak menegakan kebenaran. Otak beku kelabu asap dengan dedak.
Tuesday, July 31, 2018
ISU DR RAMASAMY ISU DAN TANGGUNGJAWAB PDRM, BUKAN KERAJAAN ATAU POLITIK
Amanah progresif peduli..Rahmatan lil alamin..
Tahniah Dr Mujahid, tahniah JAKIM, takziah pada pemfitnah2 yg kata JAKIM akan dibubar..
Moga pertemuan yg positif ini memberi gambaran yg baik kpd penganut agama lain..
Tak terbayang jika umno kekal memerintah dgn sokongan pigs..pasti abis digumal isu agama & perkauman ini utk kepentingan politik & menggemokkan perut masing2..
- Hasil Pertemuan Dr MAZA dengan Dr Ramasamy di Putrajaya -
Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah memilih untuk hadir dalam pertemuan tersebut. Ini kerana sikap sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat* merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun. Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini.
Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran.
Apakah hasil pertemuan tadi?
Sekurang-kurangnya TIGA perkara dipersetujui;
1.Isu LTTE :
Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LITE ialah pihak polis. . Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM.
2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum
3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai.
Suasana Pertemuan
Pertemuan berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan. Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara.
Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama.
Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin 30 Julai 2018.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...
-
Umpan rafizi dan team sudah mengena, ada pemimpin lain yang memberi komen.. Inilah yang mereka mahu dan nantikan. Kalau...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِ...