Thursday, October 30, 2008

Alhamdulillah.. Razak Baginda telah melaluinya...

Razak Baginda telah 'melalui harinya' dengan penuh ketabahan, kekecewaan dan pengajaran yang dia sendiri tahu samada berbaloi atau tidak.

Razak Baginda telah mendapat keadilan dari segi undang undang tetapi bagi yang tidak mahu mempercayainya, tersemat seribu satu lagi tuduhan dan tomahan yang akan keluar.

Mereka memperkatakan tentang keadilan dan kebebasan tetapi dalam masa yang sama mahu menggunakan 'hukum rimba' sebagai mahkamah dan mereka sendiri menjadi hakimnya.

Sungguh dasyat manusia manusia 'gila' ini.

Ada yang kena bunuh tentulah ada pembunuhnya kecuali ia membunuh diri sendiri.

Kemalangan juga satu pembunuhan jika berlaku kematian.

Mahkamah tempat membuat 'tuduhan' dan seseorang akan dihukum bersalah jika terdapat 'bukti sah' tanpa keraguan perbuatan tersebut dilakukannya.

Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan pendakwaraya dan peguambela dalam menguruskan sesuatu kes.

Seseorang itu tidak akan bersalah hanya kerana teori atau pendapat umum. Hakim tidak akan terpengaruh dengan 'tin kosong' di luar mahkamah dalam mana mana kes.

Makanan orang politik...

Orang politik 'survive' dengan krisis dan ketegangan. Mereka jadi kaku, beku dan boring kalau tak ada isu panas.

Kita wajar membantu.

Gian Debat - Shahrir jurucakap KJ..

Update: 01/11/2008

Bontot Shahrir kena main...

Gua Musang nods for Ku Li-Shahrir
Muda Mohd Noor | Nov 1, 08 2:52pm
Gua Musang Umno division has nominated Tengku Razaleigh Hamzah and Shahrir Samad as candidates for party president and deputy president respectively.

......................................................................



Debat sebagai medan untuk memperkenalkan diri, kata Shahrir

KUALA LUMPUR: Debat sama ada terbuka atau tertutup sesuai diadakan bagi calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno bagi memperkenalkan diri dan prinsip perjuangan kepada perwakilan parti dan rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad.

“Saya tidak nampak masalah kalau diadakan debat. Saya percaya dengan diadakan debat di kalangan calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, ia menjadi satu medan untuk rakyat dan para perwakilan mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka,” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini mencadangkan diadakan debat terbuka bagi calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan Khairy, yang bertanding bagi jawatan berkenaan, disambut seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tetapi ditolak oleh seorang lagi calon Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata debat yang dicadangkan untuk parti itu tidak perlu dilakukan seperti debat Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata calon boleh memilih untuk diadakan secara terbuka mahupun tertutup.

“Sekiranya malu dan kekok untuk menerangkan prinsip yang diperjuangkan kepada rakyat secara terbuka, calon boleh melakukannya secara tertutup,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasaraya Tesco di sini hari ini. - Bernama

Ingatan kepada itik supaya pandai berenang...

Adakah anda seorang pakar motivasi? Adakah anda mahu mengajar itik berenang? Jika anda seseorang yang layak, kami bersedia menawarkan pekerjaan dan gaji yang lumayan dari hasil cukai rakyat..
.......................................berita negara jiran........................

Perdana menteri berkata, AT mesti menghadapi musuh negara dengan kekuatan yang mampu menggerunkan mereka.

“Apa guna kita membeli senjata atau peralatan canggih tetapi tidak tahu menggunakannya atau hanya tahu menggunakannya dalam beberapa cara sahaja sedangkan ia boleh digunakan melalui banyak cara.

“Contohnya, tidak ada gunanya jika kita hanya tahu menggunakan 10 daripada 20 fungsi senjata atau peralatan canggih itu,”

...................................................................................

Anda hanya perlu bercakap sedemikian untuk digajikan.

Sunday, October 26, 2008

Shahrir Samad memburukkan lagi imej budaya ahli UMNO..

UPDATE:

"Saya rasa tidak payah buat aduan kepada pihak yang terlibat. Dia (pemimpin terbabit) telah pun kehilangan sokongan bahagian dari segi pencalonan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh shahrir? Ia seperti pemimpin itu sendiri yang menghantar sms kepada shahrir?
Melihat kepada pencalonan Bahagian Johor Baharu, tidak banyak beza dan aneh dengan bahagian2 lain di Johor kecuali bagi jawatan Timbalan Presiden - adakah shahrir menuduh pemimpin tersebut yang menghantar sms kepadanya dan telah menerima padah.

Reaksi kilat dan spontan telah diberi oleh Najib sedangkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ghani Othman mungkin tidak dirujuk dan belum membuat kenyataan akhbar.

Adakah ramai yang kurang selesa dengan Muhyiddin yang tidak menjadi sasaran mana mana tuduhan skandal dan fitnah seperti hebatnya Najib yang dihujani peluru dari musuhnya, apakah langkah terbaharu shahrir ini sekadar umpan yang sengaja dilemparkan untuk ikan menerkam.

Mungkin shahrir berkiblat kepada siffunya, Musa Hitam tetapi kedua dua mereka harus tahu bahawa dalam politik, ada lagi buku politik yang mereka belum sempat baca tetapi Muhyiddin sudah kattam.
.....................................................................................


Shahrir Samad dalam ucapan dan penjelasannya memaklumkan dia mendapat lebih 10 sms berunsur ugutan supaya gabungan atau calon calon tertentu dicalonkan jika tidak mahu dirinya, bahagiannya mendapat 'kesusahan' kelak.

Siapakah yang membuat kerja bodoh tersebut? Adakah Shahrir sahaja yang mendapat ugutan sedemikian ? Kenapa Shahrir yang menjadi sasaran? Dan yang lebih penting kenapa Shahrir tidak mahu membuat laporan polis kalau sudah pandai pandai memberi penjelasan ? Bukankah itu memburukkan lagi imej UMNO yang sekarang sudah normal untuk melihat rampas merampas mikrofon dan kerusi berterbangan.

Tanpa laporan polis, Shahrir boleh dianggap bersubahat dan berniat jahat untuk memburukkan lagi imej UMNO atau berniat untuk mempopularkan dirinya untuk dilihat bersih dan berprinsip, tidak mudah dibeli atau tidak mudah menjual. Shahrir yang sudah makin terhakis popularitinya dan kewibawaannya di kalangan UMNO Johor akan sering menggunakan isu isu bom untuk menampakkan dirinya sentiasa relevan dengan perkembangan UMNO. Jika alasan ini tidak benar, wajar laporan polis dibuat untuk seluruh ahli UMNO mengetahui siapa yang terlibat. Jika tidak, fitnah dan khabar angin terus menular dan tentulah puak tertentu akan jadi sasarannya.

Anak buah Musa Hitam ini jelas bijak dalam 'political animalnya' dan ini merupakan satu lagi buku rujukkan yang Rais Yatim tidak membacanya.

Dan yang lebih pelik Bahagian Johor baharu bukanlah satu bahagian yang akan mencorakkan struktur pencalonan malah kalau yang dicalonkan itu sepelik mana pun, ia tidak akan menjadi ikutan, jadi soallnya kenapa Shahrir menjadi sasaran. Adakah kerana Shahrir menggunakan teknik dan taktik yang sama pada orang lain atau Shahrir memang nampak lemah dan mudah dipengaruhi.

Apapun tahniah kepada Bahagian Johor Baharu kerana mencalonkan bukan Muhyiddin Yasin sebagai calon Timbalan Presiden UMNO selaras dengan hasrat Ketua Bahagiannya yang diperbahrui.

Semangat Perayaan kenapa tidak diterapkan..

Di Malaysia yang unik dengan 3 kaum yang besar hari ini satu lagi perayaan Deepavali sedang dirayakan oleh kaum India yang berugama Hindu. Rakyat biasa yang kurang berpolitik tentulah merayakannya secara meriah mengikut kemampuan masing masing dengan kehadiran sanak saudara termasuk kunjungan dari kaum kaum lain.

Tetapi yang terlibat dengan politik, walaupun dirayakan, salam bersalaman mereka tentulah tidaklah seikhlas dan seharmoni seperti rakyat bawahan yang cintakan keamanan dan tidak bercita cita tinggi dalam kuasa dan pemerintahan.

Semua perayaan di Malaysia samada perayaan dari sudut adat resam, kebudayaan atau ugama mengajar kita semua perkara yang baik kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Alangkah indahnya kalau suasana perayaan yang harmoni dan hormat menghormati berterusan dan menjadi semangat suasana harian.

Kita menyeru pemimpin di atas sana samada yang halal atau haram supaya melihat keamanan sebagai satu tajuk besar, agenda utama perjuangan mereka yang bertujuan memakmurkan rakyat dan negara Malaysia. Di bawah perlembagaan persekutuan sudah termaktub dengan jelas hak setiap kaum yang perlu di agihkan dan hari ini kita masih berkrisis bukan kerana perlembagaan tersebut tetapi lebih kepada perlaksanaan dan tafsiran masing masing. Pemimpin berada di pentas masing masing untuk menyuarakan pendapat dan bukannya di meja rundingan. Permimpin menggunakan pentas sendiri untuk lebih meraih sokongan dan popular dari tujuan asal iaitu memakmurkan semua rakyat tanpa mengaira kaum.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka membangkitkan rasa tidak cukup dan kurang dan menuduh satu lagi kaum mengambil hak dan menindas mereka.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka melaungkan slogan samarata tanpa menghormati perlembagaan persekutuan dan mentasirkannya secara putarbelit.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka sengaja mencari peluang dan menjadikan isu perkauman dari kes kes terpencil, diperbesar dan disensasikan. Isu peribadi di nasionaliskan.

Pemimpin jenis ini terdiri dari golongan politik terutamanya atau pemimpin NGO serta individu berpengaruh yang mirip dan menyokong golongan politik tertentu, mereka gunakan isu perkauman untuk menunjukkan satu pihak lagi khususnya 'kerajaan semasa' bersikap perkauman dan menindas mengikut ras.


Kurang sekali pemimpin menenangkan kaumnya atau memberi penjelasan kepada kaumnya bahawa mengikut perlembagaan persekutuan ini adalah hak hak mereka dan ini adalah hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menganjurkan kepada kaumnya supaya menghormati hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menyedarkan kaumnya bahawa mereka lebih bernasib baik dan beruntung tinggal di bumi bertuah Malaysia ini berbanding dengan kaum lain atau pribumi lain di negara mereka sendiri.

Kurang sekali pemimpin membangkitkan kesedaran dan kenyataan kepada kaumnya bahawa mundur atau majunya sesuatu bangsa itu bergantung kepada bangsa itu sendiri dan bukannya kerana ditindas atau ditolong oleh bangsa lain.

Kepada pemimpin kita menyeru, lihatlah kebaikan, persamaan dan semua yang positif ketika berhadapan dengan kaum masing masing kerna tidak ada titik tolak yang akan kita temui jika kita sebok mencari perbezaan dan keburukan.

Kepada pemimpin kita menyeru, jika mereka adalah pejuang bangsa Malaysia yang tulin, meja rundingan adalah pentas terbaik, selain dari itu mereka lebih kepada kepentingan perubadi dan agenda tersembunyi.

Khaled Nordin dan Zahed Hamidi - Bekas Boss Jais Sarday

Kluang calonkan Najib - Muhyiddin
26/10/2008 4:42pm


KLUANG 26 Okt. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Bagi kerusi Naib Presiden, para pemimpin yang dicalonkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - Utusan

6ANGKA