Rekaan itu memang betul - standard karpal sama macam nik aziz - memang dah tak logik, orang tak sebut pun nama mereka sebagai PM, sekadar jadi kain buruk, buat lap meja akibat teh kopi yang tertumpah kerana orang berpolitik menepuk meja.
GEORGE TOWN 25 Nov — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata
dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan
parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata Beliau
berkata dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya
menjelang pilihan raya “Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum
balas kepada perkara seperti ini ” katanya pada sidang media di sini hari ini
“Tidak ada masalah di dalam parti ini semua rekaan Ini adalah salah satu
daripada demokrasi Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini “Tiada
masalah macam-macam akan berlaku walaupun pilihan raya umum pilihan raya satu
parti politik ini biasa Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu
yang penting ” Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik
kenyataan bekas pemimpin parti DAP Tan Tuan Tat yang mendakwa terdapat konspirasi
untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti itu — Bernama.