Wednesday, November 26, 2014

Siapa yang bercakap bohong...

Gelama senohong ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri..


Jika ianya pemimpin, harta dan hak rakyat yang dirompaknya. Perhatikan mereka...

Pemimpin diberi peluang bercakap atas kepimpinan dan pengurusan mereka mentadbir negeri dan negara. 

Negara akan selamat, ianya bermula dengan percakapan, janji dan tindakan mereka yang perlu kita nilai dari sekarang.


Perjuangan Kj

Dalam ucapan aluannya selaku Ketua Pemuda, dalam ribuan isu Melayu dan Islam...salah satunya Kj menunjukkan kemelayuannya dalam perjuangannya memelayukan nama jalan atas nama Sultan-Sultan Melayu yang ditentang hebat DAP.

Kemungkinan isu perjuangannya untuk menarik anak muda dan golongan profesyonal untuk berduyun-duyun masuk umno selaras gesaan Muhyiddin...!!!?

Ucapan Muhyiddin

Ucapan berani dan berapi Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, Di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO merupakan satu penanda PAU kali ini akan penuh patriotik...


Friday, November 21, 2014

Selesai - semua isu Najib dah jawab

Pemerhatian seminggu dua ini termasuk semalam, boleh dikatakan semua perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir termasuk yang terbaru isu pendidikan telah dijawab dan dijelaskan oleh kerajaan melalui Menteri dan Najib sendiri.

Penjelasan yang mrmpunyai kewajaran sekurang-kurangnya integriti. Mutakhir Najib melalui peguamnya sudah menghantar surat permulaan undang2 kepada Tony Pua yang dianggap fitnah dan tuduhan melampau ke atas Najib.

Kita juga dipaparkan dengan beberapa keping gambar menunjukkan kemesraan Kj dan Tun...sesuatu yang terkesan walaupun sekadar"kulit" mungkin tetapi sekurang-kurangnya itu situasi yang tidak dijangkakan sebelum ini.

Apakah ini petanda ucapan Mahathir di majlis Perkasa besok sekadar ucapan biasa yang mampu diterima baik oleh PAU 2014..

Atau sesungguhnya Mahathir tetap Mahathir...

Mahathir akan terus di sanggah oleh pemimpin UMNO.

Mahathir akan terus di sanggah oleh pemimpin UMNO...

Tidak ada tanda Najib
mengambil peduli, atas rasa apa yang dilakukannya betul belaka, mengharap masa akan menyebelahinya...

( Begitu banyak pertentangan dan peluru kritikan keras ke atas Najib sejak mengambilaih jawatan PM dari Paklah. Semuanya gara-gara harapan yang begitu tinggi terhadapnya....

Nyata apa yang berlaku sekarang..samada Najib menghampakan mereka atas kelemahannya atau sebenarnya Najib mempunyai kekuatan untuk tidak menurut acuan mereka, acuan lama dari pemimpin lama seperti Mahathir.

Najib hanya mengharapkan masa akan menyebelahinya untuk memperakui segala usahanya itu di atas landasan yang betul.

Bagaimana jika masa itu tidak menyebelahinya !!! )




http://zamkata.blogspot.com/2014/11/beranikah-mb-pahang-ikut-langkah-ketua.html
Kesimpulannya:
Rakyat yang marhein dapatlah BRIM setahun sekali.
Orang atas.

rasuah
rasuah
komisyen
persen

pemimpin melayu
pegawai kerajaan melayu

merekalah pelingkup melayu

rasuah.komisyen dan persen segala puncanya.

Biarlah Bala menimpa lagi.

Thursday, November 20, 2014

Isu Bangla di Cameron Highland..Kenapa Ragu-Ragu..Setakat Mana DO dan Kerajaan Negeri Telus...

Mengenai kebanjiran 30 ribu warga Bangladesh di tanah tinggi Cameron Highlands.

Titah Baginda Sultan Pahang, kenyataan itu bukan sahaja menakutkan rakyat Pahang, malahan baginda turut berdukacita berhubung kenyataan itu.

Baginda bagaimanapun tidak menafikan wujud pendatang asing warga Bangladesh yang diambil bekerja secara tidak sah. Namun jumlah yang digembar gemburkan di dada-dada akhbar SEBELUM INI adalah tidak benar.

"KITA TAK ADA SAMPAI 30 RIBU WARGA BANGLADESH DISINI,INI SEMUA KHABARAN - KHABARAN PALSU.
IN ENGLISH THE NEWS IS VERY DAMAGING.. TO MY RAKYAT. KITA TAK BOLEH CUBA CAKAP TANPA ADA INFORMASI YANG BENAR.
JANGAN CUBA NAK TAKUTKAN RAKYAT SAYA, TERUTAMA SEKALI DI CAMERON HIGHLANDS."

Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak perlu mendapatkan maklumat sahih berhubung kenyataan itu daripada pegawai daerah Cameron Highlands, dan agensi-agensi terlibat.
"SAYA BERHARAP KEPADA TUAN - TUAN DAN PUAN - PUAN PERKARA NI KALAU NAK DIBUAT PADA MASA AKAN DATANG BERJUMPA PIHAK YANG BERKUASA.
MACAM DI CAMERON HIGHLANDS DATUK DO SAYA ADA DISINI. WE GIVE U WHATEVER INFORMATION U WANT. WE WILL NOT HIDE FROM U."

Baginda dalam pada itu turut bertitah, akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Pahang, terutama di Cameron Highlands.

Baginda sebelum itu ditemui pemberita selepas berkenan mencemar duli ke majlis taklimat bencana banjir dan tanah runtuh di bilik Gerakan Pejabat Daerah dan tanah Cameron Highlands.


Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob serta barisan Exco - Exco Kerajaan Negeri serta pegawai - pegawai Kerajaan yang berkaitan.

http://semuthitam80.blogspot.com/2014/11/jangan-takutkan-rakyat-saya-sultan.html

#

Isu pendatang haram bukan isu baru malah ia merupakan ancaman terbesar negara di masa akan datang. Jumlah 30 ribu Bangla di Cameron bukan juga satu jumlah yang tidak manasabah..

Kalau nafikan..berapa jumlah sebenar, kenapa tidak dinyatakan ??

Satu lagi tentang "isu surat kuning" - bukan sesuatu yang mustahil.

Dalam hal ini kenapa statement tidak datang dari Kerajaan Negeri sebaliknya menggunakan suara Sultan ??

Samada 10, 20 atau 30 ribu - ia tetap menakutkan rakyat Pahang dan Pelancong !!!


BELAJARLAH SESUATU SEPERTI DI BAWAH..


Thursday, November 20, 2014
INDONESIA BERANI KARAMKAN KAPAL-KAPAL NELAYAN MALAYSIA ATAS ALASAN JAGA SEMPADAN, IMIGRESEN MALAYSIA PULAK MALU-MALU NAK BANTERAS PATI INDONESIA!!!
Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.


Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan.

Tuesday, November 18, 2014

Najib ada bayangkan letak jawatan...

Sekarang dan dalam masa terdekat tidak ada pemilihan samada di peringkat Cawangan, Bahagian atau Majlis Tertinggi untuk membolehkan pengunduran atau memberi laluan dibuat oleh mana-mana ahli kecuali meletak jawatan.


Gesaan Najib tidak pada masa dan keadaan yang sebenar...
Kepada siapa Najib tujukan ??
- ucapan di Konvensyen UMNO Johor November 2014

6ANGKA