Thursday, November 3, 2016

MALAYAN UNION

Jika tidak kerana bantahan jalanan yang dibuat oleh rakyat ketika itu apa agaknya status Kesultanan Melayu sekarang?
Bijak sejarah tolong huraikan...

Kalau tidak demo jalanan pelajar universiti pada masa itu rakyat Baling mungkin bertambah ramai mati kebuluran...

Mungkin kerana statusnya rakyat mahrhaen,  berkumpul sedikit dikatakan mengganggu ketenteraman tetapi kerana taksub pangkat dan jawatan, rakyat dipaksa beri laluan dipanggil apa?  Rakyat dikerah menyambut dipanggil apa?
Tidak lebih dari kacang lupakan kulit...

Kalau besok ada penderhaka,  lagi bola itu sangat bulat,  lagi air ada pasang surutnya , lagi gunung ada landai ada curamnya.. Dunia pusingan basikal.

Bukan tidak dihulur ke saluran tapi pintunya sudah ditampal,  segala lubang disumbat dedak.
Benarlah Wang Itu Lebih Sultan dari Sultan..

Ingatlah,  kita ini akhirnya akan mati,  makin tinggi pangkat dan darjat dunia,  kalau mati kita tetap di arak sepanjang jalanraya,  matipun masih menyusahkan rakyat dan pengguna jalanraya.

Insaflah...

#Puisi ke ni?

AHMAD MASLAN TUNJUK BELANG DAN MATANG

Saya tidak jawab saolan wartawan tentang petrol dan minyak masak sebab ia bukan di bawah MITI...

Cerdik sikit jawapan tu berbanding dengan jawapan jawapan yang lepas..
Tapi sebenarnya saolan yang ingin ditanya,  kenapa dulu janji macam orang naik sawan gst dijamin menurunkan harga barang?


Wednesday, November 2, 2016

HANYA ADA SATU FORMULA SAHAJA UNTUK. MENURUNKAN HARGA BARANG DAN NEGARA LEBIH SELAMAT..

NAJIB TURUN

KALAU NAK RELEVAN, KENA DEKATI JAMAL


Tingkat 4 sudah dikuasi... 




# Isu kenaikan minyak masak dan petrol sekadar cubaan untuk membiarkan rakyat heboh di dalam negara dan tidak peduli fakta apa yang sedang dibicarakan di makamah Singapura.

Tuesday, November 1, 2016

SUDAHKAH NAJIB MENANG MENENTANG MAHATHIR

Itu jawapan kepada mereka yang merasakan Mahathir gagal mengundurkan Najib.

Menang di mana?
Di TV3


Saturday, October 29, 2016

SARAN AHLI PAS PAKAI BAJU MERAH...

nak berhimpun,  nak luahka....

Buat tarikh masing masing..
Jika ada persamaan tarikh..
PDRM kuasa mutlak kata putus..

Baju Bersih
Baju Merah
Baju Hitam..
Serban Putih..
Serban Hijau..
Baju Kotor...

Yang Baju Merah sebok nak sama tarikh kenapa?
Takut buat sendiri tak ada orang?
Saja nak gaduh?
Gila publisiti...

Dicadangkan BERSIH5 pinda tarikh lain..
Tengok ada tak orang gila pun nak tarikh tu

Kj kata dia ok kalau pemuda nak ikut baju merah asal tidak buat huru hara?
Macamana Kj boleh jamin?  Hakikatnya matlamat utama baju merah nak gaduh?
Elok sarankan ahli PAS juga sertai dengan pakai baju merah... Hadi should be no problem?

Akhir kalam... Matlamat semua nak cari sokongan,  tunggu dan lihat siapa yang dapat lebih simpati,  lebih penyokong,  lebih undi...

BERSATU MAKIN LAYU (?)

Nak tulis panjang panjang pun tak ada ilmu,  tak ada info.

Lebih baik baca apa yang ditulis bijak pandai, hasilnya,  boleh tersenyum sampai ke malam.

Persaolannya kerajaan sekarang, umno adakah semakin kukuh dan kuat berbanding dua tahun yang lepas.

Cakap dengan jujur.




Assalamualaikum semua rakan2 seperjuangan

1.Didalam perjuangan lebih2 lagi apabila PPBM ditubuhkan sudah semestinyalah ia mendapat perhatian oleh pelbagai pihak

2.Apabila sesebuah parti seperti PPBM diberi perhatian sudah semestinyalah ia juga akan ada pelbagai pihak cuba untuk menunjukkan kebolehan atau cuba menjadi sebahagian dalam apa2 gerakan

3.Ia adalah baik kerana ini menunjukkan PPBM mendapat tempat dihati rakyat

4.Tetapi didalam mengurus sebuah parti terutamanya PPBM,kepimpinan terutamanya Tun Mahathir-TSMY-Ds Mukriz serta Pusat akan berhati2 didalam membentuk/melantik pegawai2 parti

5.Ia tidak boleh hanya dilantik atas dasar popular semata,ada pelbagai kritiria yang mereka akan timbang

6.Saya terpanggil untuk berkongsi secara berkhemah bagi membentuk satu POLA PEMIKIRAN kepada kita sebagai penyokong & rakyat kebanyakan dalam memerhati gerakan serta perkembangan PPBM muktahir ini

7.Penyokong PPBM perlu terus memberi sokongan moral serta mengikut landasan kepimpinan yang benar

8.Segala arahan atau maklumat mestilah diselidik dan apa2 yang melibatkan nama PPBM atau apa2 sahaja dengan nama Parti Pribumi Bersatu mestilah dikeluarkan oleh Kepimpinan Pusat

10.Saya banyak ditanya secara talipon dan juga whatsaap tentang apa2 berkaitan PPBM Selangor yang adakala memerlukan saya memberi penjelasan bermula dari awal agar yang bertanya faham,ia adakala memakan masa yang agak panjang untuk menerangkan satu persatu

11.Dengan ini jika saya sebagai Timbalan Pendaftar Selangor yang dilantik boleh diyakini untuk menyampaikan mesej,besar harapan saya terutamanya ahli,penyokong & rakyat Selangor amnya rujuklah kepimpinan PPBM yang sah sebelum melakukan apa2 gerakan kerana ditakuti akan menyebabkan imej PPBM dikemudian hari tampak lemah dalam mengemudi parti

12.Parti mestilah dikemudi atau memberi apa2 arahan & ahli pula mestilah bijak menilai sesebuah gerakan melibatkan nama PPBM,siapa yang memberi arah ? (melibatkan nama PPBM) mestilah datangnya dari kepimpinan PPBM yang sah

13.Dengan ini diharap dimasa hadapan PPBM akan menjadi sebuah parti yang didokong oleh ahli2 yang BERDISIPLIN

14.Moga kepimpinan Tun mahathir - TSMY - Ds Mukriz serta kepimpinan Pusat yang terpilih dihormati

15.Mana2 gerakan atau individu2 yang cuba mencemar nama baik PPBM secara berterusan adalah tidak mencerminkan sebagai ahli/penyokong yang baik kepada PPBM

Sekian Terima Kasih

Nizam Adham
Timbalan Pendaftar Selangor

6ANGKA