Saturday, August 19, 2017

SETAKAT MANA PH FOKUS KEPADA TIGA PENJURU DAN PEMBAHAGIAN KERUSI

Itu adalah dua asas penting yang perlu dibina sekarang.

Akan berlaku beberapa perubahan kecil selepas itu tetapi tidak wajar begitu banyak perubahan kecil di saat akhir.

Hari penamaan calon sudah sepatut menjadi penamat yang sempurna di kalangan komponen dan tiada lagi pertindihan calon atau ujud calon tajaan dan proxi.


Jangan buat kesilapan yang memalukan negara. Kemaluan Allah bagi tunai kalau sebok sangat merekacipta dan korek keburukan orang.

Kajian menunjukan PH mampu menang tiga penjuru dengan 113, BN 50 dan PAS 02 kerusi parlimen di semenanjung jika mampu menambah 10% undi melayu dan 5% undi bukan melayu berasaskan porla undian GE13.

Tiada patut lagi ada perundingan dengan PAS samada sehaluan atau sendirian peringkat kawasan,  negeri atau pusat.

Sangat merbahaya dan perlu ditolak sama sekali jika mereka (PAS)  yang minta berunding. Itu semua tipu muslihat dan strategi belakang tabir.

Tidak ada lagi istimewanya PAS hari ini apabila berlaku perpecahan hingga ujudnya AMANAH yang membawa gagasan politik Nik Aziz.
Dari sebuah parti otai, digeruni kini jadi suruhan dan parti nyamuk. Ungkapan pemimpin PAS dan umno tidak banyak beza,  copy paste antara mereka.

Ucaplah selamat tinggal pada PAS,  titik.

UMNO JELAS TIDAK SEDAR DIRI APA YANG RAKYAT MAHU

Tanyalah kepada orang umno samada mereka tahu atau tidak apa orang Melayu mahu dan apa yang rakyat harapkan dari kerajaan. 

Kalau mereka memberi apa sahaja jawapan,  nilaikanlah samada apa yang mereka jawab selari dengan apa yang mereka lakukan sekarang. 

Kalau perjuangan untuk Melayu,  tanyalah apa secara realitInya yang sedangkan dilakukan untuk Melayu,  sebut secara khusus. 

Percayalah mereka sedang sangat sebok untuk menjawab Mahathir secara serangbalas dan memburukan Tun. Itulah yang mereka maksudkan perjuangan mereka. 

Sedang Tun memperkatan tentang kebobrokan sistem pengurusan negara sekarang dan buruk perangai pemimpin umno menindas rakyat, mereka sekadar mengorek cerita silam Tun. 

Membunuh orang sudah mati (mantan/pencen) tidak mendatangkan mati kali kedua,  sia-sia. 


Bagi mereka,  memburukan Mahathir adalah kekuatan umno untuk menang hati Melayu. 

Lain lain kosong. 




Friday, August 18, 2017

LIM KIT SIANG MENGAMUK PASAL TUN

Lim kit siang hari ini melahirkan rasa kecewa ke atas sikap Pemuda umno Malaysia kerana merampas gelaran Musuh Utama Melayu Adalah Lim Kit Siang dan memberikan gelaran tersebut yang dipegangnya sejak lima abad kepada Tun Dr Mahathir Sebagai Musuh Utama Melayu terkini. 



Tempelak lim kit siang kepada Pemuda umno,  dia kecewa tidak dihubungi dan di ajak berunding sebelum gelaran itu dilucutkan. 

Kikikikiki






# Apa kaitan Melayu dan umno? 
Melayu memerlukan umno,  atau umno yang memerlukan melayu,  kena sedar diri sikit.. 
Orang melayu sudah tentu menolak melayu korup dalam umno.. 

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR DENGAN UGUTAN

Kena faham dan hadam, jangan gentar dengan omongan kosong pemimpin yang lupa diri. 



Thursday, August 17, 2017

DULU BELUM ADA AKAL, SEKARANG DAH BALIGH


Dulu sembahyang dua imam.. 
Sekarang makan sehidang.. 
Dulu tak leh berbesan.. 
Sekarang boleh satu barisan.. 


.. Alhamdulillah PAS dah Insaf Hadi dah taubat.. 

Sebab itu bila dulu ada buat silap dan salah kena mengaku.. Jangan masih nak pusing tuduh pihak lain. 
Selamat maju jaya kepada PAS.

Gambar: YDP PAS Permatang Pauh bersama PM.

KENAPA ISA SEORANG SAHAJA..

Begitulah bunyinya tajuk media pro PH manakala di blog pro umno mendabik dada kerajaan umno telus,  tidak pilih bulu,  yang salah tetap salah.. 
Kenapa mereka so sure bersalah sedangkan ia baru diperingkat tahanan reman...kenapa untuk isa mereka tergesa gesa menghukum? 




Statement ampusana ampusini sebegini boleh buat aku ketawa berguling 2h3m. 

Bukankah media yang sama sebelum ini mempertahankan isa mati matian sebagai suci bersih apabila pembangkang mengkritik sejak penubuhannya (FGV)  lagi???? 

Kenapa Isa seorang sahaja??? 
Walaupun ramai memberi alasan untuk melogik dan merelevankan orang lain tetapi nyata tidak berkesan. 
Isa sudah jadi timun kena lenyek durian.. 

Yang terlepas bagaimana? 
Teruslah berlapang dada,  bukan terlepas,  belum sampai masa.. 

Orang yang membohongi dan menipu diri sendiri bukanlah cerdik sangat pun.. 

Lagipun drama ini belum tamat.. Bisul bisul kecil  meletus sana sini sebelum cancer tahap 4 mendarat.. 

BERITA DARI KUALA SEDELI KOTA TINGGI







Laporan ikan terdampar di pantai tanjung sedili

Setelah disiasat dan bertemu sendiri dengan orang yang mendapat ikan dan orang yang menviralkan perkara ini , berikut adalah butiran yang sah dan sahih mengenai kejadian tersebut :

Tarikh kejadian : 14 hb Ogos 2017
Jam : 5.30 petang hingga 11 malam
Lokasi : Pantai mansor,Tuan Seh,Tanjung Sedili
Individu yang terlibat : En Abd Rahman Bin Abdullah
Umur : 54 Tahun
Pekerjaan : Pengusaha keropok

Kisah yang diceritan oleh individu yang terlibat

Beliau bersama isteri dan 2 orang kawannya telah ke pantai mansor untuk aktiviti menarik pukat dipantai dengan menggunakan pukat tarik .

Pada tarikan pertama beliau hanya memperolehi 12-13 ekor sahaja iaitu ikan gelama,puput dan jemedi. Dalam tarikan ke dua beliau mendapat ikan sebanyak 40 ekor iaitu ikan gelama,sedikit udang,jemedi dan dalam tarikan beliau yang ketiga beliau telah mendapati pukatnya terlalu berat dan telah memanggil penarik penarik pukat yang lain datang menolongnya. 

Hasil dari tarikan tersebut beliau mendapat ikan gelama hampir 2 tan dan lain2 ikan. 

Beliau dan rakan rakan lain tidak dapat menarik sepenuhnya pukat tersebut kepantai kerana terlalu berat dan membiarkan ikan ikan tersebut didalam pukat sambil menunggu air surut.

 Selepas air surut beliau dan rakan rakannya mengutip ikan ikan tersebut. Memandangkan 

ikan tersebut terlalu banyak , beliau telah memanggil orang orang kampung berdekatan untuk mengutip dan mengambil ikan tersebut tanpa sebarang bayaran.

Rezeki sebanyak ini jarang berlaku dan dalam tahun ini , ia adalah pertama kali berlaku.

Sebelum individu ini menarik pukat dipantai ,tiada sebarang tanda tanda yang mengatakan terdapat ikan yang banyak dan tiada ada seekor pun ikan yang terdapat dipasir pantai dan tiada sebarang pencemaran atau aktiviti kurang sihat dipantai tersebut.Ikan ini selamat dimakan kerana ia ditangkap menggunakan aktiviti menarik pukat dipantai dan bukannya ikan tersebut terdampar atau telah mati sebelum diambil.


Ikan yang diperolehi dibuat ikan masin oleh orang kampung serta dibuat keropok. Sekali lagi disini disahkan ikan tersebut selamat dimakan kerana waktu ditangkap ikan tersebutnya masih hidup dan masih didalam air dan air laut ketika itu tidak mengalami sebarang pencemaran


6ANGKA