Thursday, March 11, 2010

PKR dan UMNO ada persamaan...

Dalam kita menilai kekuatan dan kelemahan parti parti di Malaysia, nyata PKR dan UMNO mempunnya beberapa persamaan yang memudaratkan.

Kedua duanya bergantung kepada 2 watak utam,a sebagai hero atau pelakon utama.
Najib di pihak UMNO dan Anwar di pihak PKR.
Sebagai bekas pemimpin UMNO, Anwar sedikit sebanyak sudah tahu sepak terajang, pencak silat Najib dan tahu di mana yang perlu dijolok untuk Najib tergolek.
Walaupun Najib adalah anak didik Anwar di dalam Pemuda tetapi beruntung dia juga di antara yang rapat dan sempat ditunjuk ajar oleh Mahathir.
Anwar sendiri sudah kena penangan Mahathir tetapi hari ini masih mahu tunjuk lagak pandai dan degil dengan hanya menjolok Mahathir melalui mahkamah, kononnya dia dipecat tidak ikut peraturan.
Anwar amat kurang sekali berani mengkritik Tun secara terbuka lewat kebelakangan ini samada kerana Tun sudah tidak relevan lagi atau takut pekungnya makin terbuka dikerjakan Mahathir.
Penyingkiran Paklah oleh Mahathir walaupun ketika Paklah memegang tampuk kuasa dan pengaruh di dalam parti dan kerajaan menunjukkan Mahathir masih power dan ini diambilkira oleh Anwar supaya tidak menjolok sarang tebuan lama.
Hingga ke takat ini satu demi satu perancangan Najib untuk melemahkan PKR dan Anwar nampaknya mula berhasil dan akan berjaya, PKR dan Anwar dilihat sedang berdiri dengan kedudukan satu kaki, bila bila masa boleh tumbang kalau tidak dipangku teguh PAS dan DAP.

Kebergantungan UMNO dan PKR terhadap 2 watak utama ini juga satu 'backfire' kerana kedua duanya dilihat tidak bersih, seperti kata Anwar, Najib juga gagal 'test' kalau mahu dinilai bersih??!!
Anwar atas persepsi liwat dan Najib atas persepsi Altantuya.
Jika Anwar dihumban ke penjara, berakhirlah hayat PKR walaupun Lim Kit Siang cuba bersandiwara mengatakan Pakatan akan dapat lebih undi jika Anwar dipenjara. yang dapat lebih tidak dinafikan DAP, tetapi PKR tetap gulung tikar.
Kena diingat juga, Zul yang dipecat PKR ada memaklumkan seseorang yang berkualiti juga akan keluar PKR dalam masa terdekat ? Siapa? Tian Chua? dan tentulah itu bukan dari kumpulan firaun kecil.
UMNO juga dilihat bergantung kepada sedikit kelebihan yang ada pada gaya Najib memerintah dan mentadbir parti, dilihat stabil kerana tidak ketara puak dalaman pro Muhyiddin yang mengekang atau memberi tekanan kepada Najib - lambat laun akan muncul juga.

Apakah tanpa Najib dan Anwar, kedua dua parti akan lemah? BIG yes kepada PKR dan small yes kepada UMNO, cuma untungnya UMNO masih ada veteran seperti Tun dan Ku Li dibelakang dan berbelas lagi muka baru yang sanggup mati di medan pertempuran. Sedangkan di dalam PKR, tanpa Anwar, Azizah menangis tidak berlagu dan Azmin akan sekali lagi lari dengan kuda hitam.. Suka juga diingatkan jika Anwar hampir musnah, tidak mustahil Azmin akan cepat cepat berpaling tadah, kemana? kalau bukan kepada UMNO minta nyawa!!!

Wednesday, March 10, 2010

Jawatan PM - Perlukah Satu Lagi Peralihan Kuasa ala-paklah







Mencadangkan Tun Mahathir kembali sebagai PM mungkin sesuatu yang menjelikkan kepada musuh tradisinya dan mungkin kurang waras untuk mengganggu dan membebannya semula dengan permasalahan negara sekarang yang serba tidak stabil walaupun dinampakkan macam ok.

Malaysia memerlukan bukan sekadar Perdana Menteri tetapi seseorang negarawan yang mampu mengatasi kemelut negara dalam sekelip mata dan ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan jika pemimpin itu negarawan, jika ia seorang pemimpin yang hanya ada gaya tetapi tidak pada kualiti, mungkin sekelip mata itu mustahil.
Senaraikanlah siapa pemimpin yang ada ciri ciri negarawan itu, dari Najib sampai ke Ghani Othman, atau dari Anwar sampai ke Khalid atau dari Lim Kit Siang sampai ke Karpal, hatta dari Nik Aziz sampai ke Mat Sabu pun macam atau memang dah sah, mereka tidak ada ciri ciri tersebut, semuanya local, kampongan - Memusnahkan lebih pandai dari Membina. Kalau sekarang ada yang seiras kemampuan Tun Ghafar Baba pun Malaysia sudah dikira bertuah.
Cuma sekarang negara di perintah daripada tiada lebih baik ada.

Jika terus ditelek, mungkin sudah sampai masanya samada Ketua Menteri Sarawak atau Ketua Menteri Sabah dipinjamkan sekurang kurangnya hingga ke pilihanraya 13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Secara Kontrak atau Pemangku Perdana Menteri dalam mentadbir Malaysia sekarang .
Kedua duanya sudah mempunyai rekod perkhidmatan dan pentadbiran negeri dan politik yang cukup matang berbanding dengan mana mana pemimpin lain di Malaysia pada masa sekarang hatta Anwar mahupun Lim Kit Siang apalagi Hadi Awang gagal menembusi walaupun sudah lama mengidam pengaruh dan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Lewat kebelakangan ini pun Najib sendiri berulang alik bagai menatang minyak yang penuh ke atas negeri negeri emas yang menjadi talian hayat serta nyawa UMNO dan BN untuk tempoh tempoh yang mendatang.

Atas kepentingan semua, Tentunya Cadangan Di atas Tidak Keterlaluaun?!


Selingan:
Hobi UMNO dibawah kepimpinan baru ini ialah mengumpul perasuah sebanyak mungkin sebagai koleksi.
Ini menjadikan UMNO bertunjangkan Melayu dan Islam tampak berbeza dengan parti lain.
Selain itu, UMNO tambah lagi hobi baru, mengumpul 'kaki lompat parti' dan memberi mereka sedikit saguhati.

Realiti atau persepsi??





Why the political tsunami never reached Sarawak
author_photo("Keruah Usit")
Keruah UsitMar 10, 104:11pm
Malaysians recognise that Sabah and Sarawak now hold the position of kingmakers in national politics. In the wake of the political tsunami of March 8, Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) are now finely balanced in the peninsula, even if both Umno and PKR are still struggling to make sense of the debris left behind.

Monday, March 8, 2010

Apabila pucuk dicita showcause letter yang datang...

















Peringatan kepada semua, semasa sedang duduk selesa berjawatan besar atau kecil di dalam parti masing2 kenalah tanya pada diri sendiri apakah presiden aku, pemimpin2 kanan dan parti aku ini berada di atas landasan yang betul atau cakap tidak serupa bikin...
Mengikuti perkembangan semasa, banyak sekali yang dah lompat keluar parti atau kena terajang keluar parti menyatakan kekesalan kepda parti dan si anu dan si anu yang kononnya..bla bla bla..berlori silap dan salah...dan sebahagiannya mereka sudah tahu sejak awal lagi mereka bersama.
Penyesalan hanya diluahkan bila pucuk yang dicita showcause letter yang datang...
Masihkah mereka ini boleh dianggap perjuang demi bangsa, ugama dan negara..

Sunday, March 7, 2010

Blog Mulia - 7 di antaranya...

Jika anda mahu pastikan komen anda disiarkan oleh pemilik blogg, pastikan anda memuji terutama pemiliknya, tulisannya dan pendapatnya walaupun kadang2 nampak terlebih 'cerdiknya'. Ini antara senarai blog mulia yang dimaksudkan:
1, SAKMONGKOL AK47
2. ASPAN ALIAS
3.Zulkifli Noordin
4.Anwar Ibrahim
5Kickdefella
6.Khairy Jamaluddin
7.Parpu Kari

Blog yang boleh dianggap berani tetapi terkawal adalah Penarik Beca dan Husin Lempoyang.

Saturday, March 6, 2010

Liwat - apa kata penyokong DAP, PAS.

Saya Lim Beng Kok penyokong kuat parti DAP menyeru supaya DAP menarik diri keluar dari Pakatan Pembangkang berkaitan kes liwat Anwar Ibrahim yang masih dibicarakan, sebagai parti yang mendokong moral dan ciri ciri baik tidak seharusnya dilihat sebagai penyokong kuat kepada satu perbuatan jenayah yang tidak normal.

DAP sepatutnya memberi bantuan sepenuhnya ke atas Saiful yang dilihat sedang dizalimi sepertimana sokongan DAP terhadap nenek yang membela cucunya (Norhayati) yang dikatakan dirogol oleh Rahim Thamby Chik di Melaka pada suatu masa dulu. Apakah DAP sudah kehilangan 'kemanusiaan' berhubung kes ini sekadar kerana gilakan kuasa.

Saya Hj Masu'ud bin Hj Olah penyokong kuat PAS sejak 2o tahun dahulu mencadangkan PAS menarik diri dari Pakatan sehinggalah Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan liwat. Adalah tidak wajar PAS dilihat bersekongkol dalam satu kesalahan jenayah yang sangat dilarang oleh Islam.
Nik Aziz yang turut menemani Anwar ketika kes perbicaraan baru baru ini tidak kena pada tempat dan masanya, sangat memalukan.
Tidak ada ruginya PAS berada di luar Pakatan sehingga kes ini selesai untuk memberi keyakinan moral kepada penyokongnya. Sebagai penyokong, kami turut dikecam oleh kawan dan lawan atas pendirian PAS yang masih berada di dalam pakatan Pembangkang.

Tuesday, March 2, 2010

Perang di Kelantan...

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/03/cakap-siang-pandang-pandang/
Pergolakan dijangka berlaku antara MB dan Istana Kelantan rentetan dari pelbagai peristiwa. DYMM Tuanku Sultan Kelantan dijangka berangkat tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, besok, Khamis.

Sekali lagi perebutan 'kuasa dan pengaruh' survival politik menjadi pertaruhan dan UMNO tidak mensia siakan peluang ini. Peluang yang dicipta oleh Nik Aziz yang serba tahu dan serba pandai. Jangan salahkan UMNO yang sekadar menjala di air keruh Sungai Kelantan.

Selalunyalah, apabila istana tergugat, maka rakyat jugalah dicari untuk membetulkan keadaan. tetapi apabila mereka sedang bahagia dan bergumbira, di mana rakyat di hati mereka pada masa itu.


Begitulah juga pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, bila tersepit, terdesak, rakyat dipergula, diperguna, diperkudakan, tetapi bila dah selesa - mereka kaya sorang sorang, anak menantu, ipar duai.

Pembangunan di Kelantan - siapa yang tidak tahu jika tidak dimonopoli oleh Raja Perempuan samada di atas kertas atau di papan tanda - hakikatnya siapakah pemaju di belakangnya.

Jadi adalah lebih baik, rakyat Kelantan duduk diam sambil memperhatikan gelagat pemimpin politik dan istana yang sedang bercakaran dan tersepit untuk kepentingan peribadi mereka.

Peperangan ini tidak ada kaitan dengan kebajikan untuk rakyat. Biarkan kali ini gajah sama gajah berperang dan yang kalah tetap gajah.


Sekali lagi, Melayu yang selalu rugi..

PERANG DALAM PKR
12 MP PKR Tolak Desas-Desus Keluar Parti

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.
“Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan.


4 MP PKR sudah tarik diri
28 MP PKR yang tinggal (sama jumlah dengan MP DAP)
12 berikrar untuk terus dokong PKR
Tinggal 26 MP yang belum membuat apa apa keputusan.

Kelak yang tinggal dalam PKR adalah majoritinya MP bukan Melayu dan apabila Anwar 'balik kampung' sudah tentu sebahagiannya akan masuk DAP dan sebahagiannya masuk BEBAS, PAS, UMNO dan lain lain. PKR masuk kubur.



Monday, March 1, 2010

Projek Barisan Nasional - Nik Aziz mengamuk tak dapat nama..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
02/03/2010 2:02pm
KOTA BAHARU 2 Mac - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTDL) membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau (Abdul Fatah) berkata, kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang. - Bernama

Apa sangatlah nak direbutkan tu... kedua dua pihak dah macam kemaruk nama dan kuasa..
Rakyat dok tonton ni...

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...