Thursday, March 11, 2010

PKR dan UMNO ada persamaan...

Dalam kita menilai kekuatan dan kelemahan parti parti di Malaysia, nyata PKR dan UMNO mempunnya beberapa persamaan yang memudaratkan.

Kedua duanya bergantung kepada 2 watak utam,a sebagai hero atau pelakon utama.
Najib di pihak UMNO dan Anwar di pihak PKR.
Sebagai bekas pemimpin UMNO, Anwar sedikit sebanyak sudah tahu sepak terajang, pencak silat Najib dan tahu di mana yang perlu dijolok untuk Najib tergolek.
Walaupun Najib adalah anak didik Anwar di dalam Pemuda tetapi beruntung dia juga di antara yang rapat dan sempat ditunjuk ajar oleh Mahathir.
Anwar sendiri sudah kena penangan Mahathir tetapi hari ini masih mahu tunjuk lagak pandai dan degil dengan hanya menjolok Mahathir melalui mahkamah, kononnya dia dipecat tidak ikut peraturan.
Anwar amat kurang sekali berani mengkritik Tun secara terbuka lewat kebelakangan ini samada kerana Tun sudah tidak relevan lagi atau takut pekungnya makin terbuka dikerjakan Mahathir.
Penyingkiran Paklah oleh Mahathir walaupun ketika Paklah memegang tampuk kuasa dan pengaruh di dalam parti dan kerajaan menunjukkan Mahathir masih power dan ini diambilkira oleh Anwar supaya tidak menjolok sarang tebuan lama.
Hingga ke takat ini satu demi satu perancangan Najib untuk melemahkan PKR dan Anwar nampaknya mula berhasil dan akan berjaya, PKR dan Anwar dilihat sedang berdiri dengan kedudukan satu kaki, bila bila masa boleh tumbang kalau tidak dipangku teguh PAS dan DAP.

Kebergantungan UMNO dan PKR terhadap 2 watak utama ini juga satu 'backfire' kerana kedua duanya dilihat tidak bersih, seperti kata Anwar, Najib juga gagal 'test' kalau mahu dinilai bersih??!!
Anwar atas persepsi liwat dan Najib atas persepsi Altantuya.
Jika Anwar dihumban ke penjara, berakhirlah hayat PKR walaupun Lim Kit Siang cuba bersandiwara mengatakan Pakatan akan dapat lebih undi jika Anwar dipenjara. yang dapat lebih tidak dinafikan DAP, tetapi PKR tetap gulung tikar.
Kena diingat juga, Zul yang dipecat PKR ada memaklumkan seseorang yang berkualiti juga akan keluar PKR dalam masa terdekat ? Siapa? Tian Chua? dan tentulah itu bukan dari kumpulan firaun kecil.
UMNO juga dilihat bergantung kepada sedikit kelebihan yang ada pada gaya Najib memerintah dan mentadbir parti, dilihat stabil kerana tidak ketara puak dalaman pro Muhyiddin yang mengekang atau memberi tekanan kepada Najib - lambat laun akan muncul juga.

Apakah tanpa Najib dan Anwar, kedua dua parti akan lemah? BIG yes kepada PKR dan small yes kepada UMNO, cuma untungnya UMNO masih ada veteran seperti Tun dan Ku Li dibelakang dan berbelas lagi muka baru yang sanggup mati di medan pertempuran. Sedangkan di dalam PKR, tanpa Anwar, Azizah menangis tidak berlagu dan Azmin akan sekali lagi lari dengan kuda hitam.. Suka juga diingatkan jika Anwar hampir musnah, tidak mustahil Azmin akan cepat cepat berpaling tadah, kemana? kalau bukan kepada UMNO minta nyawa!!!

6 comments:

  1. Salam Kluangman,

    Pkr/anwar hanya sebagai tali pengikat PR. Tapi dari segi sokongan, hancur ! Yang dikatakan ramai semasa roadshow akhir2 ni yang ramai Pkr atau Pas ?

    Kalau nak tengok pengaruh Pkr tika ini, lihat jelah tika sessi perbicaraan liwat anwar... ramai sungguh !

    ReplyDelete
  2. Salam tuan dinturtle, sokongan bawahan terhadap PKR dah bocor rabak kalau senario di mahkamah di ambilkira, tetapi dalam blog...Malaysia ni dah macam bapak depa punya..suka suka dia buat statement.
    Memang PKR sekarang macam anak kambing hilang ibu, 'disusukan' secara bergilir oleh Nik Aziz dan Lims.. bukan semua ahli PAS pro Anwar, ada yang k.i.v.
    Politik serba mustahil, kita tengok perkembangan demi perkembangan.. hari ini Anwar tawan Johor, 12hb dia mai Kota Tinggi lepas tu Mersing...
    Lepas ni dia akan cakap sambutan cukup hebat...memang le pun, kami di Johor memang nak dengar apa dia punya 'temberang' tapi ramai tu bukanlah tanda sokongan cuma orang Johor kemaruk nak tengok muka gay.

    Anwar, Nik Aziz dan Lims sedang 'love is in the air' - semua masih indah belaka...

    ReplyDelete
  3. Salam Keluangman

    Kita tidak mengharap pemimpin yang sebersih-bersihnya dan adalah mustahil kalau mengharapkan begitu. Fitrah semulajadi manusia tidak akan bolih lari kekurangan dan kesilapan, yang kita harapkan kesedaran akan hakikat yang ianya diberi amanah untok memimpin negara dan bangsa jauh dari menghianati bangsa yang mendukong dan meletakanya dikedudokan untok memimpin, setidak-tidaknya jauh dari dilihat menghianati kepercayan yang telah diberi olih bangsanya.

    Tidak pula diharap Melayu itu dipopok, dibaja, disiram sehingga khayal dan terlina yang akhir akan menambah kemudaratan serta kehinaan, tetapi perkara-pekara dasar harus dijaga dan dititikberatkan agar sesatu perubahan dasar atau perancangan itu tidak menambah kerugian dan kelemahan serta kemudaratan kapada umat melayu dan peribumi yang dah memang telah menangong bebagai kerugian.

    Disebuah negara yang tidak dapat dielakan lagi sifat kemajkmoknnya setakat ini hakikatnya orang Melayu mengadaptasi keadaan dengan baik dan sangat betolerensi, tetapi ada had dan batasnya. Perlukah dan wajarkah tolorensi orang melayu itu diregang kehujongnya dan disalahgunakan semata-mata untok


    kepupulariti pemimpin dimata orang lain yang diangap penentu kedudokan,sedangkan hakikatnya yang menentukan kedudokannya disitu adalah sokongan melayu. Tidakah kita belajar dari PRU 12 dan 69.

    Kejujoran untok memimpin bukan keinginan untok berkuasa adalah satu-satu kualiti pemimpin yang sukar dicari. Anuar mempunyi daya luaran tetapi jauh dari keiklasan ,sesungohnya telah tergambar dan sedikit-sebanyak telah memakan dirinya sediri. Najib telah diberi kesempetan dan setakat ini begitu mengechewakan saolah-olah memburokan lagi apa yang telah diburokan olih Pak Lah.

    Tolaransi kita telah diregang/wating for the last straw
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. Tebing tinggi - setuju dengan tuan 101%
    Ini juga menarik, senada walau tidak sekata http://kadirjasin.blogspot.com/2010/03/mpm-uji-dasar-umno-dan-pas.html

    Perkembangan terbaru menunjukkan Ketua Pemuda Gerakan minta Gerakan tarik diri dari BN, satu lagi 'tarik tali' atau 'ugutan' yang sedang dilakukan dan selepas ini pada 28Mac kita pasti terdengar saranan yang hampir sama dari MCA - dan setiap kali mereka berbunyi, saya tidak pasti berapa 'hak' Melayu jadi korban.

    Dilaporkan juga beberapa pemimpin UMNO mengalih arah dari sepatutnya menumpu perhatian kepada musuh sebenar seperti parti pembangkang tetapi kini mensasarkan Badan Perundingan Melayu sebagai menggugat UMNO.

    Kalau sesuatu jenama "Melayu" dilahirkan atau aktif sikit, cepat cepat depa nak perlingkupkan..

    ReplyDelete
  5. Zainal: Terima kasih, komen pendek, Bro, itu persepsi ke realiti...

    ReplyDelete

6ANGKA