Tuesday, June 5, 2012

UMNO perlu hentikan serangan ke atas Poknik dan PAS Kelantan..

Kesan boikot pembangkang terhadap Utusan Malaysia terutama PAS terhadap ahlinya sangat memberi kesan yang baik kepada mereka kerana membiarkan 'kebodohan maklumat' ahli2nya menyebabkan ahli merasakan PAS itu Islam, Islam itu PAS dan PAS itu betul semua dan semuanya betul adalah PAS.

Hari ini saya berada di Kelantan dan sempat berbincang politik dengan kawan dan juga pelanggan saya yang majoritinya memang menyokong PAS. Ada di antara telah saya war2kan bahawa untuk melihat pembangunan dari segi infrastuktur dan projek wajar BN menang di Kelantan. Kawan2 tu mengangguk tanda setuju...cuma saya tak cakap secara direct, lu tunggu apalagi, undilah UMNO.

Tetapi ada juga berpendapat, PRU13 ditangguhkan kerana UMNO belum ada keyakinan menang sehingga Muhyiddin mengeluar kenyataan, "PRU13 ini adalah penentuan hidup mati UMNO"? Ada juga logiknya. Secara piskologinya - PAS akan terus kekal di Kelantan atas ketakutan UMNO itu.

Hasil tidak membaca utusan dan ikuti media perdana lain sebaliknya bergantung kepada harakah dan pentas ceramah pembangkang kebanyakkan mereka tidak tahu sangat apa yang terjadi sekarang. Mereka tidak tahu Nizar memberi kelulusan tanah kepada orang cina hingga 999 tahun? Tidak tahu Nizar memperlekehkan Sultan Johor?  Saya tanya mereka agak2nya lah apa reaksi mereka tanpa mengira parti kalau Sultan Kelantan diperlekehkan? Tidak tahu ada fatwa mengharamkan BERSIH 3.0? Tidak tahu lebuhraya akan dibina jika BN menang di Kelantan? dan banyak lagi info sebenar dan realiti yang ahli dan rakyat Kelantan tidak tahu atau sekurang-kurangnya ambil tahu dan buat pertimbangan sendiri dan bukannya sekadar disogok oleh penceramah pembangkang yang segalanya semuanya salah BN.

UMNO Kelantan sebenarnya sangat mudah menawan Kelantan tetapi dengan syarat membanyakkan majlis penerangan secara ikhlas memaklumkan perkembangan semasa dan biarlah maklumat itu dinilai dan dipertimbangkan sendiri oleh mereka untuk membuat keputusan.

Antaranya UMNO Kelantan perlu menyumbangkan Utusan Malaysia secara percuma ke tempat2 awam seperti restoran, sekolah, pejabat2 dan kawasan kampung bagi membolehkan rakyat Kelantan terdedah kepada maklumat.

UMNO perlu memperbanyakkan majlis2 ugama dan menyelitkan Utusan Malaysia sebagai cenderahati kepada tetamu dan peserta. Rakyat Kelantan sangat dahaga maklumat benar dan bukannya maklumat yang disogok oleh pentas ceramah dan harakah. UMNO kena sedar bahawa golongan atas pagar dan yang bukan ahli PAS adalah kumpulan sasar dan yang perlu diberi pendedahan.

Menyerang PAS membuta tuli tidak akan banyak membantu kesedaran rakyat Kelantan untuk menyokong UMNO.  Pemimpin kerajaan dan UMNO wajar teruskan pemberian dan sumbangan kepada rakyat tetapi kurangkanlah 'membebel' dan tidak perlulah mengungkit dan mengajak rakyat secara langsung mengundi UMNO kerana itu dianggap tidak ikhlas dan rasuah pilihanraya.

UMNO tidak wajar melakukan tindakan2 yang menggambarkan tamak dan rakus kuasa sebaliknya tunjukkan keikhlasan dan mahu membawa perubahan bukan kepentingan diri pemimpin sebaliknya kepentingan rakyat tempatan. Menunjuk-nunjuk kemewahan yang berlebihan perlu dielakan.

UMNO Kelantan tidak perlu membuat serangan dan kritikan hebat kepada PAS Kelantan kerana rakyat salah tafsir sebagai UMNO irihati dan tamak seperti yang Nik Aziz tuduh kepada UMNO.

Dalam lain peerkataan, biarkanlah Kelantan ditadbir oleh Nik Aziz PAS selama mana pun mereka mahu memerintah? apakah itu satu kerugian kepada UMNO Melayu dan Islam? Biarlah rakyat Kelantan sendiri membuat keputusan samada mengekalkan atau menghumban PAS suatu ketika nanti.

Biarlah rakyat Kelantan sendiri menilai sejauh mana mereka pandai, sejauhmana mereka maju, sejauh mana mereka lebih beriman dari orang lain, sejauh mana Islam lebih mulia di tangan PAS.

Kalau ada sesiapa suatu masa nanti terasa nak kencing atas kubur nik aziz atau husam biarlah dia dari puak PAS sendiri, bukan dari UMNO. !!?

UMNO kalau mahu berjihad, berjuanglah di Penang, tawan semula Penang dari DAP dan letakkan Melayu sebagai Ketua Menteri.

Monday, June 4, 2012

Habislah Tun - DAP nak dedahkan !!!

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," TDM

Sewajarnya Tun tidak perlu gentar dengan tohmahan demi tomahan kerana soal nak bawa atau nak kenakan Tun dengan pelbagai tuduhan sebenarnya bukan sahaja di mulakan di dalam Malaysia tetapi cuba dibuat oleh pihak asing sejak dari dahulu lagi tetapi malangnya mereka tidak dapat petunjuk atau bukti apa-apapun.

Semasa dipecat, Anwar kata berguni berlori bukti kerajaan rasuah? manadia? begitu juga di Selangor? kononnya berlambak Khir Toyo rasuah - yang ada hanya satu, tu pun masih di peringakt rayuan.

Kalau ada bukti, dah lama mereka akan heret Tun ke mahkamah dan sebagainya. Seperti sekarang, mereka cuba libatkan Najib dengan pembunuhan Atantuya dan pembelian kapal selam Prancis nyata hanya dongeng semata-mata.

Yang pasti mereka cuba burukkan Tun kerana amereka tahu Tun masih berpengaruh ke atas kuasa undi rakyat pada PRU13 ini.

Sunday, June 3, 2012

nak debat dengan rosmah? hilang akal agaknya...

"Saya wajar berdebat dengan kak wan terlebih dahulu sebelum berdebat dengan rosmah" - jangan pandai2 kata..

Demi Islam, bangsa dan negara Wan Azizah wajar jadi srikandi negara dengan melakukan sesuatu yang betul dan pada masa yang betul..

Saturday, June 2, 2012

Kezaliman UMNO yang amat dasyat

Sudah sampai masanya terutama sebelum pilihanraya Pakatan Pembangkang wajar menendang keluar PAS atau sekurang-kurangnya memberi amaran terakhir kepada PAS terutama Presidennya supaya bersikap dan berkelakuan sopan dalam memberi pendapat dan hujah.

Ucapan Hadi Awang di Kedah yang masih mahu mempertahan Melayu dan Islam sahaja sebagai PM agak ketinggalan dan membelakangkan kepentingan dan perjuangan DAP yang disokong kuat oleh Anwar yang sudah berulangkali menyatakan kepercayannya lebih kepada Lim Kiat Siang berbanding mana2 pemimpin termasuk pemimpin Melayu lain.

Jika PAS berterusan tidak mendengar cakap dan ikut sedap mulut serta beruah ubah pendirian tentulah ia akan menyukarkan DAP untuk mempengaruhi kaum cina dan india untuk menyokong pembangkang.

Pada satu peringkat sebelum ini apabila PAS berjaya dipujuk untuk menukar status perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan hudud bukan lagi keutamaan ia telah memberi kesan yang besar kepada pengundi bukan Melayu untuk menyokong DAP malah ada yang sanggup undi PAS atas 'kemurahan' sikap PAS tersebut.

Tetapi sikap terbaru PAS ini cukup merisau dan menganggu perjuangan suci DAP untuk keadilan dan keharmonian semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama walaupun tidak dinafikan kaum cina akan diberi keutamaan kerana kaum ini sudah lama ditindas dan tertinggal terutama dari sudut ekonomi dan persamaan hak dengan bumiputera.

Bagaimanapun sejarah dan fakta menunjukkan sejak PAS bersama pembangkang mereka mudah dilentur, berlembut, bekerjasama, mudah di ajak berbincang dan selalunya akur dengan keputusan DAP dengan disokong Anwar. Perlu juga diingatkan pengaruh Anwar dalam PAS melalui kumpulan dan individu tertentu sangat kuat. Mat Sabu adalah antara orang kepercayaan Anwar sesuai dengan kelayakannya untuk menggantikan Hadi sebagai Presiden PAS boleh melakukan missi2 seumpama ini.

Apapun ketidaktentuan arah PAS ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung. PAS harus dilihat penting dan hebat, pemimpin tertinggi mereka perlu ditatang dan dipermewahkan, Putrajaya harus digambar dan dipermudah untuk menawannya dan dua faktor paling penting untuk dijauhi ialah PAS berbaik dengan UMNO dan penghijrahan ketara ahli PAS ke dalam UMNO.

Jika PAS dapat dijinakkan, Pakatan Pemangkang tidak mempunyai halangan untuk menawan Putrajaya membolehkan kerajaan sebenar yang diketuai DAP dan PAS sebagai sparring partner yang merealitikannya dapat dibentuk dan buat pertama kalinya keberangkalian yang tinggi pemimpin agung Lim Guan Eng ditabalkan sebagai PM untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Kedudukan dan nasib mentor Anwar sebenar mungkin boleh difikirkan selepas itu. Dari segi kepartian, Anwar boleh kekal sebagai Penasihat Agung seumur hidup kerana tidak ada tokoh yang selayaknya.

Jika ini terjadi, tentunya ia wajar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia terutama PAS dan segelintir orang Melayu yang bertungkus lumus (yang tidak pengecut seperti Tunku Aziz) untuk menjayakan pakatan mulia ini dalam melepaskan diri dari kezaliman UMNO yang amat dasyat.

Selepas itu, Islam akan terus berkembang dan Melayu makin maju seperti di Singapura dan Sri Lanka !





Keris tanpa pendekar dan Pendekar tanpa keris



Hari ini sudah ramai sahabat-sahabat yang mula meminati seni keris sama ada untuk hiasan atau atas kesedaran untuk kembali kepada leluhur warisan Melayu yang semakin terhakis. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya apabila kita mula meminati keris, belajarlah sedikit sebanyak rahsia penggunaan dan tipu helah dalam berkeris. Ini akan menjadikan rasa bangga kita dengan keris semakin meluap-luap. Kebijaksanaan pendekar dan tukang senjata Melayu banyak tersimpan di sebalik penempaan keris bermula dari bilah, hulu dan sampirnya.

Sehubungan itu juga bagi yang mengajar silat Melayu, adalah tidak lengkap sebenarnya mana-mana persilatan Melayu yang tidak mengajar ilmu perkerisan dan rahsia-rahsianya. Kerana Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kerisnya. Kembalikan maruah Melayu dengan kembali kepada akar budaya bangsa dan kekuatan aqidahnya. Silat dan keris boleh digunakan sebagai jalannya. Insyaallah tuhan akan merahmati perjuangan kita.



http://cikgunasir.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

Isu air karat dah selesai...Rakyat Kelantan dinasihatkan segera beli kereta baru...


Rakyat Kelantan dinasihatkan segera beli kereta baru sebagai persediaan untuk menggunakan lebuh raya rakyat tanpa tol.....


PASIR MAS, 31 Mei – Kerajaan Pas Kelantan digesa untuk menyelesaikan dua isu utama di negeri tersebut berkenaan sistem pembekalan air dan juga perumahan rakyat kos rendah, sebelum beria-ria mahu membina lebuhraya Kota Bahru-Kuala Kerai yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM 1.8 billion itu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, dua isu ini sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan Pas Kelantan untuk diselesaikan, kerana ia merupakan isu yang melibatkan kepentingan dan kemudahan rakyat secara keseluruhannya di negeri tersebut dan merupakan perkara yang paling asas dalam kehidupan.

“Kerajaan Pas sepatutnya mengutamakan terlebih dulu projek untuk menaiktarafkan sistem bekalan air yang sudah sekian lama menjadi beban kepada rakyat. Masalah air yang kotor, karat dan kekuningan, begitu juga dengan isu kekurangan air terutama di musim cuti sekolah, apabila ramai rakyat Kelantan yang tinggal di luar pulang ke kampung masing-masing, ianya sudah lama ditanggung oleh rakyat Kelantan.

“Setiap kali musim cuti sekolah, penduduk Kelantan akan mengalami masalah kekurangan air. Saya sendiri sudah tiga hari terpaksa menggunakan air telaga kerana air tidak ada. Isu ini bukan baru dan rakyat sudah terlalu lama bersabar dengan isu air yang sejak sekian lama berlarutan tanpa sebarang penyelesaian,” katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Begitu juga dengan isu perumahan kos rendah, kata beliau lagi kerajaan Pas Kelantan sepatutnya melihat dengan lebih serius isu ini kerana ramai di antara rakyat Kelantan yang tidak memiliki rumah sendiri.

“Saya sendiri banyak menerima borang permohonan dari rakyat untuk rumah-rumah kos rendah. Tetapi malangnya, kita tidak dapat nak bantu kerana kerajaan Pas Kelantan sendiri tidak bina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat di negeri ini. Macam mana kita bantu rakyat di sini apabila kerajaan sendiri tidak ambil peduli tentang hal itu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berpendapat bahawa usaha kerajaan Pas Kelantan yang mahu membina lebuhraya yang bernilai RM 1.8 billion dengan hasil derma rakyat Kelantan adalah satu perkara yang amat melucukan.

“Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Sebuah kerajaan yang sudah memerintah lebih 22 tahun, tiba-tiba minta derma kepada rakyat untuk bina lebuh raya. Macam mana cerita? Apa yang saya bimbang, projek lebuhraya ini hanyalah satu alasan untuk mengaut keuntungan yang lebih besar di sebalik itu, iaitu projek pembalakan yang pastinya akan berlaku apabila pembinaan lebuh raya ini bermula,” jelasnya.

Kebimbangan yang beliau luah itu berasas kerana menurutnya, jajaran lebuh raya itu akan menempuh kawasan hutan simpan dan ini bermakna, kawasan hutan simpan tersebut akan digondolkan bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya tersebut.

“Ini berdasarkan pengalaman lalu ketika di lewat tahun 90-an di mana ketika itu, kerajaan Pas Kelantan membuat tawaran kepada rakyat untuk pajakan lombong emas yang juga melibatkan kawasan hutan balak.

“Namun, segala projek tentang lombong emas itu akhirnya tak jadi, tetapi balak-balak yang ada di kawasan hutan simpan tersebut habis semua ditarahnya. Saya bimbang, projek lebuh raya ini juga akan berakhir begitu. Lebuh raya tak jadi buat, tetapi hutan-hutan simpan yang penuh dengan kayu balak habis digondolkan dan pastinya ada individu-individu tertentu yang mengaut untung dari situ,” ujarnya lagi.

Beliau tidak hairan sekiranya projek lebuh raya Kerajaan Pas Kelantan ini akan senyap begitu saja tanpa sebarang berita, kerana sebelum ini sudah enam projek besar yang diwar-warkan oleh kerajaan Pas Kelantan, namun semuanya menemui kegagalan dalam perlaksanaanya.

1.Projek Koridor Depu – Gagal dilaksanakan

2.Projek Pelihara Kambing Jamnapari – Gagal dilaksanakan

3.Projek Jambatan Kota Bahru Ke Palekbang – Gagal dilaksanakan

4.Bandar Baru Pengkalan Kubur – Gagal dilaksanakan

5.Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai – Gagal dilaksanakan

6.Stadium – Gagal dilaksanakan

“Sebab itu saya sikitpun tidak merasa hairan sekiranya projek lebuh raya ini, yang merupakan projek ke tujuh yang dicanangkan oleh kerajaan Pas Kelantan juga menemui kegagalan nanti. Ini memandangkan sebelum ini sudah enam projek yang mereka beritahu pada rakyat Kelantan untuk dilaksanakan, namun semuanya gagal belaka, “ akhiri beliau.





Friday, June 1, 2012

PAS baru terhegeh...UMNO dah laksanakan

Bagai anak kecil,  PAS baru nak merangkak, meniarap, bertateh, duduk dan jalan jatuh tetapi ada hati nak berlari macam UMNO.

Apa sangatlah keperluan rakyat untuk menukar dari UMNO kepada PAS kalau segala angannya sudahpun UMNO jadikan realiti dan kenyataan hari ini. Tidakkah PAS mampu memberi satu idea pemerintahan yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang untuk rakyat menilai UMNO belum laksanakan.

Intipati ucapan Hadi di Alor Setar memang hilang akal, memalukan, hambar dan ketara muflis idea.

ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.


Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.

"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.

"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.



𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...