Saturday, June 2, 2012

Kezaliman UMNO yang amat dasyat

Sudah sampai masanya terutama sebelum pilihanraya Pakatan Pembangkang wajar menendang keluar PAS atau sekurang-kurangnya memberi amaran terakhir kepada PAS terutama Presidennya supaya bersikap dan berkelakuan sopan dalam memberi pendapat dan hujah.

Ucapan Hadi Awang di Kedah yang masih mahu mempertahan Melayu dan Islam sahaja sebagai PM agak ketinggalan dan membelakangkan kepentingan dan perjuangan DAP yang disokong kuat oleh Anwar yang sudah berulangkali menyatakan kepercayannya lebih kepada Lim Kiat Siang berbanding mana2 pemimpin termasuk pemimpin Melayu lain.

Jika PAS berterusan tidak mendengar cakap dan ikut sedap mulut serta beruah ubah pendirian tentulah ia akan menyukarkan DAP untuk mempengaruhi kaum cina dan india untuk menyokong pembangkang.

Pada satu peringkat sebelum ini apabila PAS berjaya dipujuk untuk menukar status perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan hudud bukan lagi keutamaan ia telah memberi kesan yang besar kepada pengundi bukan Melayu untuk menyokong DAP malah ada yang sanggup undi PAS atas 'kemurahan' sikap PAS tersebut.

Tetapi sikap terbaru PAS ini cukup merisau dan menganggu perjuangan suci DAP untuk keadilan dan keharmonian semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama walaupun tidak dinafikan kaum cina akan diberi keutamaan kerana kaum ini sudah lama ditindas dan tertinggal terutama dari sudut ekonomi dan persamaan hak dengan bumiputera.

Bagaimanapun sejarah dan fakta menunjukkan sejak PAS bersama pembangkang mereka mudah dilentur, berlembut, bekerjasama, mudah di ajak berbincang dan selalunya akur dengan keputusan DAP dengan disokong Anwar. Perlu juga diingatkan pengaruh Anwar dalam PAS melalui kumpulan dan individu tertentu sangat kuat. Mat Sabu adalah antara orang kepercayaan Anwar sesuai dengan kelayakannya untuk menggantikan Hadi sebagai Presiden PAS boleh melakukan missi2 seumpama ini.

Apapun ketidaktentuan arah PAS ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung. PAS harus dilihat penting dan hebat, pemimpin tertinggi mereka perlu ditatang dan dipermewahkan, Putrajaya harus digambar dan dipermudah untuk menawannya dan dua faktor paling penting untuk dijauhi ialah PAS berbaik dengan UMNO dan penghijrahan ketara ahli PAS ke dalam UMNO.

Jika PAS dapat dijinakkan, Pakatan Pemangkang tidak mempunyai halangan untuk menawan Putrajaya membolehkan kerajaan sebenar yang diketuai DAP dan PAS sebagai sparring partner yang merealitikannya dapat dibentuk dan buat pertama kalinya keberangkalian yang tinggi pemimpin agung Lim Guan Eng ditabalkan sebagai PM untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Kedudukan dan nasib mentor Anwar sebenar mungkin boleh difikirkan selepas itu. Dari segi kepartian, Anwar boleh kekal sebagai Penasihat Agung seumur hidup kerana tidak ada tokoh yang selayaknya.

Jika ini terjadi, tentunya ia wajar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia terutama PAS dan segelintir orang Melayu yang bertungkus lumus (yang tidak pengecut seperti Tunku Aziz) untuk menjayakan pakatan mulia ini dalam melepaskan diri dari kezaliman UMNO yang amat dasyat.

Selepas itu, Islam akan terus berkembang dan Melayu makin maju seperti di Singapura dan Sri Lanka !





No comments:

Post a Comment

6ANGKA