Monday, June 25, 2012

Ada nampak Kj tak?

Datok Najib, macamana lah orang muda nak sokong UMNO kalau isu yang sensitif macam ni pun harap orang-orang tua dalam PERKASA membuat bantahan. MaNA DIA pEMUDA umno, pEMUDA bn???? pENATLAH MACAM NI....

Nasib baiklah pemuda PKR dan PAS pun bangang macam KJ, mereka pun lupa nak buat demo..

Isu kedutaan Malaysia di ganyang di Indonesia pun Kj tak ada teloq dok diam jugak ke ?



KUALA LUMPUR 25 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini, bagi mendesak kerajaan republik itu memanggil pulang tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 250 ahli pertubuhan itu berlangsung selama setengah jam pada pukul 1.30 petang sebelum Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Pertama suruhanjaya itu, Tan Chee King.

Saturday, June 23, 2012

akhirnya Nik aziz mengaku...

Menyesal jadi Melayu dan akhirnya Nik Aziz mengaku dia Melayu dan Melayu pun hebat juga... Nik aziz kena faham, Najib pun Melayu juga..hebat juga.

Karpal, Lim Kit Siang...adalah anatara kapir dan dengan nyata mereka memusuhi Islam.


Nik Aziz anggap setaraf Syeikh Mahmoud

KOTA BHARU 22 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ilmu yang dimiliki bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour dengan ulama Melayu seperti beliau adalah sama.
Beliau berkata, ini disebabkan kebanyakan ulama di negara ini menuntut ilmu yang sama di universiti tertua di dunia itu.
"Saya nak sebut, kami semua ini adalah pelajar Al-Azhar, Utusan Malaysia kena reti, bahawa dia nak melaga, antara tok guru (ulama Al-Azhar) dengan kami (anak murid). Dia (Utusan Malaysia) kena reti juga Syeikhul Azhar ilmunya, al-Quran dan hadis. Kami juga ada ilmu al-Quran dan hadis.
"Jangan buat perangai, nak melaga antara murid dan tok guru, kami juga anak murid Al-Azhar, kena reti orang Melayu alim juga, bukan Arab saja," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Jalan Dato' Pati, di sini hari ini.

Wednesday, June 20, 2012

Luar dan dalam PAS sama ke tidak...

Ada sesiapa nak jawab atau komen iklan di bawah ?




Ini pula iklan UMNO ...




Perbezaan jalan ke syurga memisahkan UMNO dan PAS di dunia !

Paklah korek lubang, Najib korek gunung berapi...

Aku suka sangat dengan nukilan di bawah ini. Aku sudah lama setuju dengan pendapat bahawa Najib memang lebih keras sikit dari paklah tapi masih dalam kategori lembek. Kalau agar-agar, Najib masih kategori agar2 yang tidak diangkat secara sekeping tetapi boleh dimakan seperti makan bubur, carca marba. Nampak solid dalam mangkuk tapi rupanya lembek, mungkin itu agaknya sebab oang namakan 'mangkuk hayun'.

1Malaysia menjurus kepada pemahaman samarata semua kaum yang nampaknya bagus, sebagus agar2 lembek dalam mangkuk tetapi hakikatnya ia tidak menyatukan kaum kerana perasaan orang Melayu masih terus terasa terpinggir dan hak istimewa pribumi mereka dicabut sedangkan kaum lain akan terus rasa tak cukup.

Bukankak dasar ekonomi baru diujudkan untuk mengelak perbezaan besar jurang ekonomi antara kaum dan apa yang najib lakukan sekaang berlawanan dan mengkianati maksud itu.

Siapa juga yang akan jadi pemimpin selepas ini atau parti mana juga yang memerintah ia sekadar mewarisi satu pentadbiran yang sebok untuk meleraikan isu perkauman hingga terlalai ekonomi dan politik yang tidak stabil adalah cukup bagus untuk diintai oleh kuasa dunia seumpama seekor singa yang kelaparan merenung mangsa terdekatnyanya yang semakin lemah.

Monday, June 18, 2012Dr M - Pembaharuan Najib Bawa Kepada Ekstrimis


The Malaysian Insider dengan tajuk "Pembaharuan bawa kepada ekstremis, Dr M beri amaran kepada Najib" menyebut Tun Dr Mahathir Mohamad MEMBERI AMARAN bahawa tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, bakal mencetuskan gejala ekstremis
Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di Kuala Lumpur, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”

Menurut The Malaysian Insider:
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran kepada perdana menteri tindakannya itu bakal mencetuskan gejala ekstremis. Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di sini, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”
“Apa berlaku, sudah tentu, adalah apabila anda membuka sesuatu isu — anda menjadi liberal — pelampau-pelampau yang agresif menunjukkan pendapat mereka,” kata beliau yang dipetik oleh agensi. Dr Mahathir yang dilihat menjadi pengkritik yang lantang bagi Najib di dalam Umno, bercakap dalam rujukan mengenai keputusan membuang kuasa-kuasa kerajaan pusat untuk kepercayaan politik masing-masing.
Najib, Perdana Menteri yang keenam, membuat janji yang bersejarah pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk membubarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atas permintaan masyarakat dan parti pembangkang.
Beliau mengotakan janjinya tahun ini dengan menggugurkanundang-undang 1960 British dengan membentangkan satu undang-undang keselamatan baru — Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah Pencegahan) 2012 — menolak kuasa kerajaan menahan tanpa perbicaraan dan menahan seorang bagi kecenderungan politiknya.

Ini ada antara membunuh langkah pembaharuan penting diambil oleh pentadbiran Najib, yang telah kelihatan sebagai keputusan Barisan Nasional (BN) sebagai percubaan meluaskan sokongannya terhadap rakyat Malaysia.
Tetapi Dr Mahathir, yang menerajui negara selama 22 tahun sehingga 2003, percaya bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketegangan kaum, menurut AFP.
\
“Sekarang kami mahu untuk menjadi liberal, apa telah berlaku adalah sekarang kami lebih mementingkan perlumbaan daripada sebelum ini.

Hari ini, orang menuduh satu sama lain dan bersifat perkauman. “Terdapat lebih antagonisme antara kaum (sekarang) daripada sebelum terdapat liberalisasi ini,” katanya dipetik semasa temuramah itu.

“Di mana tidak ada masalah, sekarang terdapat satu masalah,” tambahnya lagi.

Dr Mahathir telah dengan meluas dikritik kerana mengambil bantahan keras, taktik-taktik yang hampir autoritarian mengetatkan kawalan penyebaran percanggahan menentang kepimpinannya semasa tempohnya dalam kerajaan.

Pentadbirannya telah mengambil tindakan seperti Operasi Lalang, apabila 106 individu-individu besar telah ditahan sewaktu serbuan ISA kedua terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tetapi Dr Mahathir mendesak hari ini yang Malaysia perlu menjadi sebuah kerajaan “tegas” selain daripada menjadi adil. “Kami memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh. Ia sepatutnya bersih, tegas,” katanya kepada AFP.

Kerajaan Najib telah dikritik pihak tempatan dan asing kerana menggunakan kekerasan apabila menahan peserta demonstrasi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas telah menyebabkan berlakunya huru-hara dan satu rekod 1,000 penangkapan selepas polis anti rusuhan menembak gas gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang telah berkumpul secara aman.

Berikutan tentangan negatif menentang pentadbirannya, Najib memutuskan pada tahun lepas untuk menggubal satu undang-undang khas bagi tujuan itu untuk mengadakan kebebasan perhimpunan awam, selaras dengan hak perlembagaan rakyat Malaysia.

Kerajaan mengamalkan satu pendekatan apabila Bersih 2.0 mengumumkan rancangan mengadakan satu lagi perhimpunan menuntut sistem pilihan raya di pusat bandar, dengan pemimpin kerajaan mengatakan kumpulan berkenaan boleh meneruskan perhimpunan dalam lingkungan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Tetapi huru-hara sekali lagi berlaku di ibu negara itu semasa 28 April selepas penunjuk perasaan merempuh sekatan polis sekitar Dataran Merdeka, yang telah mengepung kerana kerajaan telah menganggapnya satu lokasi tidak sesuai untuk perhimpunan.

Posted by OH SEDAPNYA at 2:22 AM


Monday, June 18, 2012

Orang Kelantan Paling bijak berpolitik....

Orang Kelantan boleh menaruh harapan kepada kedua tokoh ini untuk terus majukan Kelantan. Berdasarkan pengalaman, bersih, amanah dan berwibawa - Tokpa adalah pilihan yang tepat.
Sedangkan Husam Musa sudah melihat  rekodnya agak goyah sejak kebelakangan ini walaupun itulah sahaja 'ayam tambatan @ ayam sabung @ ayam serama PAS Kelantan' yang ada.

Kegagalan beberapa projek idea dan terajunya di Kelantan menunjukkan kelemahan yang ketara dan yang terbaru lebuhraya dongeng Kuala Krai Gua Musang menjadi bahan sindiran kawan dan lawan.

Apapun jangan pilih lagi kedua-dua tokoh di bawah ini.
Berdasarkan rekod pemerintahan Nik Aziz 22 tahun di Kelantan 
samada bagus atau tidak, memadailah berundur secara terhormat.
Janganlah menunjukkan sikap buruk laku, tak sedar diri dan kemaruk
kuasa jika masih mahu mempertahankan lagi kedudukan itu.
Awang Adek juga tidak wajar diberi peluang untuk berada
jauh lebih tinggi dari kedudukan sekarang kerana beberapa
unsur kurang baik sudah terselak dalam isu 'duit masuk
akaun peribadi'. 

Orang Kelantan kalau yg kurang pandai berpolitik pun mungkin dia ni.
Cerdik yang tidak boleh ditumpang sedangkan pada hakikatnya dia lebih baik dari Najib dan Anwar tetapi sikap 'play safe' dan sikap bangsawannya gagal mendekati dan menjiwai rakyat akar umbi. Dia mahu disanjung tetapi gagal menjunjung.

Dan dia ni suka atau tidak terus relevan walaupun mungkin kurang digemari orang Kelantan tetapi relevan kepada Melayu di negeri lain. Sekurang-kurangnya dia masih lantang vokal dalam mempertahankan Melayu dan Islam pada ketika pemimpin Melayu dan Islam lain dikunci rakan separti.

Thursday, June 14, 2012

Budak tadika pun dah pandai analisis politik...bacalah

Nampaknya bekas perdana menteri Abdullah Badawi dapat menghidu tindakan penggantinya Najib Razak yang cuba mengeluarkannya dari kerusi Kepala Batas ntuk membolehkan orangnya sendiri dan dia telah bertindak terlebih dahulu dengan memberi amaran kepada parti Umno.


“Najib dan Mahathir sedang cuba bertindak sekarang. Jelaslah bahawa mereka akan mengadakan pemilihan dalam parti sebelum PRU ke 13. Mereka mempunyai alasan yang cukup untuk diberi kepada Majlis Tertinggi parti bahawa jika PRU ke 13 diadakan dengan tergesa-gesa, mereka akan berkemungkinan besar kehilangan kerajaan persekutuan.” Ahli parlimen Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.


“Ini berkemungkinan benar namun mereka akan cuba melaksanakannya dengan cara kotor. Dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan semua musuh mereka dalam Umno dan menggantikannya dengan orang-orang mereka termasuk didalam parlimen. Jadi, jika mereka kalah sekalipun dalam pilihanraya umum ke 13, mereka tidak akan perlu berhadapan dengan orang yang bakal berpaling tadah dan berpegang pada jawatan parti dan boleh bersuara dalam politik nasional.

Lebih banyak kejutan akan dijangka

Sudah dijangka beberapa hari yang lalu, bekas menteri Kadir Sheik Fadzil telah melancarkan sebuah parti politik baru, Ikatan, yang bertujuan menghidupkan semula ‘Umno lama’ dan membebaskan diri dari cara politik Najib sering bermain dengan perkauman dan agama.

Umno yang ada pada masa ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad setelah merebut kuasa daripada Tengku Razaleigh pada tahun 1980-an dan perpecahan berlaku menyebabkan Umno yang lama telah didaftarkan semula.

Kadir yang keluar dari Umno pada bulan lalu dikatakan seorang yang agak liberal didalam parti. Walaupun dia agak berprofil rendah, agak ramai juga orang dalam Umno yang berpengaruh akan bersimpati padanya dan mungkin juga akan menyertai Ikatan jika Najib dan Mahathir bertindak melampaui batas. Antara mereka yang agak berserdehan dalam Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Sabaruddin Chik.

Ikatan wujud kesan daripada perpecahan dalam Umno dan ketidakpuasan hati dengan Mahathir. Ramai yang kecewa apabila Najib melakukan apa saja kata Mahathir termasuk melaksanakan cara lama yang begitu kolot dan kejam dan telah merosakkan imej Umno itu sendiri. Namun Mahathir tidak Nampak semua itu. Dia merasakan bahawa Umno sepatutnya lebih tegas dan telah memberi amaran jika BN kalah dalam PRU ke-13, mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah.

Tiada kenyataan balas dari Pak Lah

Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.

“Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.

Ada cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.

Boneka Khairy lwn ‘calon boleh menang’ Najib, tapi adakah mereka akan menang?
Menurut The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga timbalan menteri.

“Ibrahim mungkin ada kelabihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan reezal untuk menggantikannya,” ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.

Namun, disebalik faktor ‘mamak’ Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.

Ibrahim yang merupakan timbalan menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga rapat kepada Najib.

Pak Lah, yang dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty’ untuk satu tempoh pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga ke 2009. Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12, 199 undi.



Malaysia Chronicle



Atas jasa PAS - Malaysia dapat balik kuota haji 20ribu..

Dengan larangan yang dibuat oleh golongan dan puak perasan ulama PAS terhadap ahlinya supaya tidak menunaikan haji pada tahun ini kerana dijangka pilihanraya umum maka sudah tntulah melegakan kerajaan arab saudi untuk membenarkan semula kuota 20 ribu jemaah haji dari Malaysia memandangkan 'puak' yang dijangka membuat onar tidak turut serta untuk menganggu 2 juta umat Islam untuk beribadah.

Dari 20 ribu itu tentulah majoritinya dari puak UMNO dan 'atas pagar' yang mengutamakan ibadah haji. Walaupun mungkin UMNO akan kehilangan 20 ribu penyokong fizikal tetapi insyaAllah 'doa' di tanah suci lebih dimakbulkan.

Kata pok nik juga: "Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.


Tetapi tidak pula poknik terangkan lebih lanjut samada penagguhan  Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji adalah disebabkan pilihanraya akan dijalankan pada masa itu/

Kalau tak salah, poknik juga pernah tangguh dan batalkan haji atau umrah selepas bakal pemergiannya yang ditaja oleh swasta yan berkepentingan didedahkan media !!!


CARA LAYERING

www.quantumnrich.com  Kami  Quantumnrich Resources 👉Klasifikasi Konsultan Emas Quantummetal  👉Mempunyai lebih 1000 rangkaian di seluruh ne...