Monday, June 18, 2012

Orang Kelantan Paling bijak berpolitik....

Orang Kelantan boleh menaruh harapan kepada kedua tokoh ini untuk terus majukan Kelantan. Berdasarkan pengalaman, bersih, amanah dan berwibawa - Tokpa adalah pilihan yang tepat.
Sedangkan Husam Musa sudah melihat  rekodnya agak goyah sejak kebelakangan ini walaupun itulah sahaja 'ayam tambatan @ ayam sabung @ ayam serama PAS Kelantan' yang ada.

Kegagalan beberapa projek idea dan terajunya di Kelantan menunjukkan kelemahan yang ketara dan yang terbaru lebuhraya dongeng Kuala Krai Gua Musang menjadi bahan sindiran kawan dan lawan.

Apapun jangan pilih lagi kedua-dua tokoh di bawah ini.
Berdasarkan rekod pemerintahan Nik Aziz 22 tahun di Kelantan 
samada bagus atau tidak, memadailah berundur secara terhormat.
Janganlah menunjukkan sikap buruk laku, tak sedar diri dan kemaruk
kuasa jika masih mahu mempertahankan lagi kedudukan itu.
Awang Adek juga tidak wajar diberi peluang untuk berada
jauh lebih tinggi dari kedudukan sekarang kerana beberapa
unsur kurang baik sudah terselak dalam isu 'duit masuk
akaun peribadi'. 

Orang Kelantan kalau yg kurang pandai berpolitik pun mungkin dia ni.
Cerdik yang tidak boleh ditumpang sedangkan pada hakikatnya dia lebih baik dari Najib dan Anwar tetapi sikap 'play safe' dan sikap bangsawannya gagal mendekati dan menjiwai rakyat akar umbi. Dia mahu disanjung tetapi gagal menjunjung.

Dan dia ni suka atau tidak terus relevan walaupun mungkin kurang digemari orang Kelantan tetapi relevan kepada Melayu di negeri lain. Sekurang-kurangnya dia masih lantang vokal dalam mempertahankan Melayu dan Islam pada ketika pemimpin Melayu dan Islam lain dikunci rakan separti.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA