Friday, August 15, 2014

PAS PAKAI OTAK SIAPA UNTUK BUAT KEPUTUSAN??


17hb Ogos 2014 VS 50hb Januari 2014

Anwar mungkin sudah mencuba pelbagai cara untuk yakinkan Hadi dan Nik Aziz - 
Pendapat budak bawahan PAS termasuk Ketua Pemuda PAS Terengganu Anwar tak layan...






Sudahkah lim kit siang dan lim guan eng jumpa Hadi dari otak ke otak secara sembunyi atau terangan?

Kenapa kini Lim Guan Eng yang ambilalih sebagai Jurucakap Pakatan dari Anwar Ibrahim?
Atas kepentingan apa DAP melulu terlampau campurtangan salah faham antara PKR dan PAS?
Kenapa Anwar tidak mempertikaikan DAP apabila campurtangan menolak Dr Idris Ijok sebagai calon menggantikan Azizah?

Antara otak cina, keling dengan otak melayu, PAS nak pakai otak siapa untuk buat keputusan...





Betul ke otak Professor?

Apa kata Pemikir Islam !!!





Kita menzalimi diri kita sendiri:
"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim" - surah An-Biya' ayat 87







“Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Siapa? Khalid ke Anwar..










PEMIKIRAN BUCU KOTAK: # Sokongan pendahuluan 2 ADUN PAS  kepada Pakatan sekadar tekanan dan signal PAS akan tetap bersama Pakatan cuma calon MB Wan Azizah sahaja yang perlu ditukar ke pengganti lain sebagai kompromi untuk tidak dilihat PAS dicucuk hidung 100%.
Keputusan ini menyaksikan tiada sesiapapun dalam PAS yang akan dikenakan tindakan. Business back as normal.. Cuma lebih sebok membahagikan harta rampasan sesama mereka - DAP dapat upah lebih !!!





Anwar Jangan Dayus Gagal Mempertahankan Isterinya Sebagai MB

PANDANGAN DI BUCU KOTAK :

Dari sudut perjuangan Anwar, adalah sesuatu yang
mendukacitakan jika Anwar yang sebelum ini diperbudakan Khalid akan terpaksa sekali lagi tunduk kepada kemahuan peribadi Hadi untuk menolak nama Azizah semata-mata Azizah adalah isteri Anwar. Ini satu penghinaan dan rasa tidak hormat kepada Ketua Umur PKR sekaligus kepada Presiden PKR dan melanggar konsensus. PKR tidak pernah menghalang PAS menamakan sesiapa sahaja MB di negeri yang dikuasainya.

PAS harus diingatkan menolak Azizah sama maksudnya menolak Anwar dan ini merupakan dosa besar, kesilapan besar Hadi.

Apa kurangnya Azizah kalau mahu dibandingkan dengan calon lain  ??

Penegasan ini perlu dinyatakan dengan jelas kepada PAS tanpa rasa gentar tanpa memperdulikan apa keputusan mesyuarat pas 17hb...sekarang pun Azizah sudah menguasai ADUN secara majoriti, menunggu masa mengadap Sultan dan diistiharkan MB yang baru.

Jika Anwar berlembut dan akur pada PAS hari ini dan dalam isu ini, PAS akan mula berkeras dan rasa gagah di masa akan datang. Seperti kata Rafizi, biar Selangor hilang dari tangan asal Khalid diganti...apa guna kalau Khalid diganti jika tidak dengan Wan Azizah.

Anwar tidak wajar ditertawa atau dipandang lekeh selepas isu ini selesai jika bukan Wan Azizah sebagai MB.

Thursday, August 14, 2014

Jangan Ulang Kesilapan Masuk Ikut Pintu Belakang

Kebijaksanaan dan kredibiliti Tuanku Sultan Selangor sedang cuba digugat, dipersenda secara bangsat dan biadab oleh lim guan eng, ambiga dan puak terkecewa apabila dengan sengaja mendakwa Khalid telah menipu Sultan berhubung majoriti DUN yang menyokongnya sedangkan hakikatnya wan azizah memperolehi sokongan majoriti secara bertulis.

Bila dan di mana Khalid menyatakan dia mendapat sokongan majoriti DUN? Jika ada pun bila tarikhnya? Apakah tarikhnya sebelum, sama atau selepas dari tarikh wan azizah mendapat sokongan 29 DUN.
Siapa akan tahu pada 18hb Ogos nanti Khalid pula yang akan dapat majoriti? Adakah masa itu kita boleh menuduh wan azizah menipu !!!!!

Khalid di perkenan meneruskan tugas MB sehingga DUN bersidang atau jika ada apa-apa perkembangan terbaru atas kebijaksanaan Tuanku untuk menentukan dan bukannya atas kebodohan dan keperluan pihak lain. Syarat undang-undang Tubuh Selangor ialah Khalid mesti ada minima 4 Exco yang menyokongnya dan Khalid sudah buktikan.

Apabila DUN bersidang kelak, golongan kecewa  ini bolehlah gunakan majoriti sepetti didakwa itu (JIKA MASIH ADA) untuk membuat usul dan undi tidak percaya - kita tengok siapa yang kena   !!!!

Apapun kita berharap dan percaya  Tuanku Sultan dengan maklumat dan kebijaksanannya tidak akan melantik seseorang MB yang diragui kesetiaannya kepada Negeri Selangor, seseorang yang rela dilacurkan dalam politik, seseorang yang datang dari puak yang hidup mereka penuh dengan fitnah, pembohongan, tidak berakhlak dan seseorang yang keji kerana sanggup berbohong untuk melindungi kemungkaran, kemaksiatan dan penipuan pihak lain.

Siapa yang berani tampil ke depan untuk mengaku layak  !!!




# Doa kesejahteraan Selangor selepas solat Jumaat Masjid Bukit Indah, Ampang sebentar tadi memohon Selangor tidak jatuh ke pihak yang tidak ikhlas denganNya, amiinn.w

Nurul Izzah diam ada sebab...dia muncul 50hb Januari

Tahniah kepada orang Selangor yang dijangka mendapat wargamas wanita berusia 62 tahun "otai masih berbisa" sebagai *MB baru Selangor seawal Disember 2014 atau selewatnya Januari 2015.

Atas pengalamannya sebagai seorang isteri bekas TPM yang dipecat, isteri kepada banduan, isteri kepada peliwat yang disahkan oleh mahkamah sudah tentu pengalamannya itu dapat membantu membenteras gejala sosial, akhlak dan jenayah di kalangan warga tua di Selangor.

Perjuangannya dalam parti sehingga dapat menduduki Presiden parti suaminya dan jawatan MB kelak adalah atas sumbangan peribadi, veto demokrasi terpimpin Saudara Anwar Ibrahim yang kebetulan sahaja adalah suaminya.

Jangan lupa kepada dua soldadu PAS dan Pilot Bang Mat Sapu yang banyak berjasa untuk diberi pingat, pangkat dan imbuhan bulanan sebagai tanda kasih jasamu dikenang.

Di jangka anak perempuan mereka akan turut jejak ibunya Wan Azizah untuk bertanding di kawasan selamat DUN Selangor di PRU14 sebagai pelapis persediaan menggantikan Wan Azizah yang pada masa itu terpaksa memberi laluan kepada anak perempuannya atas faktor kesihatan yang terancang.

Nurul Izzah akan mengetuai reformasi untuk membebaskan Anwar...

Semoga Negeri Selangor Darulehsan aman makmur, kesejahteraan dan kebajikan rakyat makin terjaga, harta negeri selamat, kekayaan meningkat, tidak ada kroni, sifar rasuah, kosong penyelewengan.



*Dengan syarat diperkenan Tuanku Sultan Selangor

BONGKAR: Dalang Yang Menzalimi YB Dato' Sri Anwar Ibrahim Sudah Dikenal Pasti - Bukan Mahathir...

Kenapa perjuangannya tidak diberkati...benarkah ini masih satu proses perjuangan di mana akhirnya Anwar akan berjaya juga..

Apa yang dicarinya dalam perjuangan ini? Di mana noktahnya....

Untuk apa nenek tua yang sudah dimamah usia 62 tahun untuk disurung diusung sebagai Menteri Besar bagi sebuah negeri yang termaju ? Di mana rasionalnya....

Kenapa Anwar berkonspirasi untuk menzalimi dirinya sendiri...untuk simpati ???
Apa doanya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui.....

"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim" - surah An-Biya' ayat 87






# Kenapa Anwar perlu terlalu bergopoh gapah menunjukkan kekuatan di atas kertas, nenek tua disokong 29 ADUN (walaupun 100 ADUN menyokong) hakikatnya Anwar tahu ia hanya laku dan sah di DUN dengan membuat usul dan undi tidak percaya kepada Khalid.

Khalid sudah beberapa kali menunjukkan ia lebih selangkah ke hadapan dari Anwar malah "prepared" sejak Kajang Move berbanding dengan anwar yang makin serabai

Kapalterbang Ditawan Sudah Mendarat...

Dua ADUN PAS dan Mat Sabu adalah antara contoh daki dan nanah yang melekat pada PAS kini sudah
menampakan diri pada satu peringkat yang agal awal tetapi dijangkakan. Ada lagi kotoran sebegini yang akan muncul setelah lama terpendam. Sudah tentu tiga seperti mereka boleh dianggap "kepala taik" yang walaupun di pandang kotor di satu pandangan tetapi merupakan "wira" di satu pandangan yang lain. Jika dinilai dengan kebendaan, mereka paling lumayan berbanding dengan kepala taik, daki dan kotoran lain yang muncul kemudian.

Jika tanpa krisis seperti isu MB Khalid ini, mereka tidak akan muncul, terendam kembang samar-samar.

Kepala taik seperti ini ada di mana-mana parti dan sudah tentu kepala taik pada PKR ialah Khalid.

Bagaimana di umno? Mungkin kena bincang lain kali atau tunggu krisis untuk mudah dikenalpasti...

Kesimpulannya apa yang Parti PAS akan buat dengan mereka? Bila sebut PAS, Pakar Analisis pun geleng kepala - tak boleh buat andaian - tak ada kajian yang boleh digunapakai - blank !!!! Keputusan akan dibuat berdasarkan AlQuran, Hadith, Ijtimak dan Qias tetapi kemudiannya Keputusan atas Keputusan ialah.....

sambungan minggu depan.....




# Dua ADUN tersebut ibarat dua roda kapalterbang yang sudah mencecah landasan dan pilotnya ialah Mat Sabu... tak faham lagi ke maksudnya halatuju PAS 17hb nanti....

Ini Bukan Krisis MB sebenarnya...

Jawatan MB merupakan satu amanah dan tanggungjawab antara yang terbesar seorang pemimpin terpaksa dilakukan demi rakyat !!!

Tetapi apabila jawatan itu menjadi rebutan melampau amat sangat, ia sangat dikagumi kerana ramai yang berebut untuk berkhidmat kepada rakyat !!!

Apa keperluan rakyat???

Tetapi krisis MB Selangor di depan mata adalah antara contoh untuk kita nilai bersama sejauh mana perebutan itu antara dua atau tiga pihak berasaskan berkhidmat kepada rakyat sebagai yang pertama dan utama atau ada sebab-sebab-sebab-sebab-sebab lain yang utama.

Jika keutamaan kepada rakyat itu  duduk no 10, jadi kenapa kita yang tidak berapa ahli pada mana-mana parti atau atas pagar bersungguh-sungguh menyokong satu pihak yang sebenarnya kedua-dua pihak adalah sama kuat hipokriknya.

Apa asas yang kita gunapakai untuk menilai dan menyokong. Atas rasa benci pada satu pihak lain ??

Adakah kita bersetuju kedua-dua pihak sebenarnya sama sahaja, mengejar pangkat untuk kuasa dan akhirnya kuasa itu kepentingan pertama untuk diri mereka.

Jika bukan untuk rakyat, biarlah mereka bergasak untuk menentukan samada akhirnya Khalid kekal atau Selangor dapat cekodok pisang terlebih tepung sebagai MB baru.

Jika kita bersetuju, kenapa tidak kita terutama yang bukan rakyat Selangor  cool dan menjadi pemerhati yang santai...
Ini drama percuma bukan dari astro.







#Azizah sudah dapat 30 sokongan ADUN tetapi boleh ke dia mengatasi (1) 4exco yg masih menyokong khalid  (2) Menamakan 3 calon MB untuk dinilai dan diperkenan Tuanku Sultan (3) Mengatasi kuasa pembubaran yang ada pada Khalid.