Thursday, January 30, 2014

Selangor akan jadi model untuk orang Melayu !!

Sekali lagi anwar mendahului lawannya dalam politik dengan gerak kilat, smash yang
 menjunam tanpa diduga lawan, malah anwar kini mengajak umno untuk bermain dijaring dalam relli yang panjang, dalam ketika najib suka sangat  bagi bulu tangkis lambung.


Gelanggang kajang adalah salah satu cara strategi anwar 4 tahun lagi untuk PRU14 ketika UMNO sedang masih dibuai mimpi menang PRU13. 

Selangor akan dijadikan contoh terbaik dalam semua segi untuk membuktikan PKR mampu menawan Putrajaya. Model untuk orang cina sudah ada di Pulau Pinang, kini Selangor akan dijadikan model untuk orang Melayu.

Najib ada?

Langkah kerajaan melancarkan kempen penurunan harga barang antara 15 hingga 70 peratus secara serentak di seluruh negara itu melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian terutama makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, produk bayi dan kanak-kanak, minuman serta produk bukan makanan.
Kempen enam bulan ini melibatkan penyertaan 10 pasar raya iaitu, Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. Ianya merupakan sebahagian pendekatan kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup selagi ianya berada di dalam bidang kuasa kerajaan.
Kerajaan menggunakan empat pendekatan dalam menangani masalah kos sara hidup dengan salah satu daripadanya ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak peniaga untuk menurunkan harga. Disamping itu kerajaan juga memperbanyakkan program bersifat kemahiran tambahan kepada rakyat agar mereka mampu menikmati pendapatan lebih tinggi serta turut memperkenalkan penetapan gaji minimum.
Pendekatan kerajaan yang mempelbagaikan bantuan kepada rakyat dan mengarahkan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab juga merupakan satu langkah yang amat baik. Tambahan pula Ops Harga 2.0 yang dilancarkan oleh KPDNKK juga boleh dilaksanakan kepada pemborong dan pembekal.
Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. Sikap prihatin kerajaan ini memang sesuatu yang harus dipuji. Tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan isu harga barang ini sebenarnya perlu dikekang demi kesejahteraan rakyat. Pihak media alternatif perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan menyampaikan berita yang lebih telus bukannya “menari” mengikut hasutan pembangkang. Ingat jihad kita demi agama bangsa dan agama.

1 comment:

  1. Pukimak engkau.......Hidup Najib!!!!!!! Anasir2 dlm parti diketuai oleh "Ape Name" yang berhasrat ingin jatuhkan Najib, sila berambos!!!!!

    ReplyDelete