Tuesday, January 28, 2014

anwar buat umno gelisah..

tahniah kpd ds anwar yg akan jadi calon dewan undangan negeri selangor dun kajang dng memperlihatkan kuasanya menyingkir suara cina sekaligus menjadi tamparan hebat kpd dap yg anti-melayu dng lim guan eng yg terpinga-pinga dng kelicikan anwar.


jika benar, ds anwar akan menjadi mb selepas menang kelak, ia merupakan tamparan kedua hebat untuk menundukkan adun2 dap dalam dewan undangan negeri yg cuba menguasai khalid.

walaupun ada suara keras bantahan dari pemuda pas...itu merupakan salakan larut malam yg akhirnya terhenti setelah penat sendiri. akhirnya merekalah juga yg akan jadi pemikul poster yg dikaldaikan.

atas sentimen benci umno oleh pembangkang terutama dap, pengundi cina kajang tiada pilihan untuk terus membodohkan diri terus menyokong anwar. jika pengundi cina pro dap cuba memboikot pru kecil kajang ia hanya akan memberi laluan kpd calon mca utk menang - sanggupkah dap?

umno sudah tentu seperti tuannya najib - tidak akan ada apa yg hebatnya kecuali curahan jutaan ringgit akan terus mengalir kesekolah2 cina untuk membeli undi - sesuatu yg cukup sinonim dng najib.

nyata tindakan anwar - walaupun didakwa memeningkan pakatan pembangkang tetapi ia lebih tersentak kpd umno itu sendiri - jika sebagai mb selangor yb terkaya dng hasil - billion ringgit di tangan anwar !!!! tentu anwar dapat lakukan banyak perkara.



6 comments:

  1. Aku doakan admin blog ini dilaknatkan oleh Allah kerana selalu kurang ajar sangat dengan Dato Najib

    ReplyDelete
  2. Dengan tahap IQdan EQ DS Najib sudah pasti UMNO menjadi bahan lawak Anwar .
    Dengan kedudukan sebagai MB memberi banyak keistimewaan dan kelebihan untuk menyebabkan pemimpin UMNO yang memang terkenal suku masak menjadi huru hara.

    ReplyDelete
  3. Anwar brahem bijak untuk mengajak umno bermain politik di setiap gelangang, bagi mencetus polimek politik berpanjangan dan menterjemahkan permasaalahan rakyat, di samping di adunkan isu2 dalaman parti mereka yang sengaja di cipta seolah2 menampakan PR kelihatan lemah.Mengkucar-kacirkan pentakbiran kerajaan pusat atas dasar2 kerajaan yang rata2 menjadi ketidakselesaan rakyat.Maka skop isu tersebut, di perkecilkan ke peringkat setiap dun negeri yang di wakili oleh mereka untuk mewujudkan kehangatan isu2 politik semasa setiap tahun.Mereka sudah menjangkakan isu2 permasaalahan rakyat akan berangkai2 sifatnya, atas dasar kerajaan sekarang.Maka, seolah2 di lihat PR mendahului umno dalam menerajui dan membela isu permasaalah rakyat tersebut.Keseluruhannya,mengajak rakyat mengamati sedekat2nya, isu2 semasa politik dan ekonomi di setiap PRK yang di wakili oleh mereka dan berterusan sehingga PRU 14.Ianya juga akan membunuh karier politik TSM.Situasi yang sama dan berulang kali semasa PRK zaman Pak Lah yang masih tidak di pelajari oleh umno.Pertukaran YB baru akan menwujudkan skim pencen setiap YB.Langkah sedemikian akan dapat memperkukuhkan club bekas YB parti pembangkang dan memberi kesaksamaan title YB yang selari dengan kenaikan gaji YB.Bermatlamat,untuk memasuki zone pencen perkhidmatan jangka masa pendek.Tujuannya adalah memperkukuh ahli2 bekas YB untuk menjadi hab politik anak muda di masa hadapan.Ketua Pembangkang hanya bercita2 menjadi PM.Maka langkah2 sebegini,perlu di angkat di peringkat dun dan sentiasa terpahat isu2 politik semasa dan sentiasa di perhangatkan serta di spin isu politik lama dan baru utk memganggu gugat pentakbiran kerajaan pusat yang lemah.

    ReplyDelete
  4. Bijak percaturan pkr. Belum pun pulih luka pemilihan pucuk pimpinan parti komponen bn. Ujian datang bg menguji kekuatan parti. Pemimpin bertukar ganti untuk cari yang terbaik buat malaysiaku.

    ReplyDelete
  5. nak menghalalkan apa anugerah tuhan tu nak buat, macam-macam kesimpulan dibuat. kesimpulannya senang saja, anwar kaki kelentong, opportunist, hipokrit dan sesumpah. anwar is evil.

    ReplyDelete

6ANGKA