Sunday, June 19, 2016

RANGKAIAN MELAYU - KALAU DAH MATI MANA KUBURNYA...

Memperjelaskan kepada rakyat tentang segala "$alah" 1MDB dan akhlak PM, tidak akan mampu dilakukan secara maksimum jika ianya bukan dari pemerintah oleh pelbagai "had dan halangan".

Pembangkang, ngo dan individu terhad kepada persekitaran kerana sistem dan tools yang tidak mencukupi.

Adalah penting rangkaian ini diujudkan terlebih dahulu untuk memastikan segala bentuk maklumat dapat disampaikan secara paling berkesan dan paling pentas. Ceramah, rally, huhu haha, banner sudah dianggap ketinggalan zaman.

Parti politik yang bercita cita tinggi harus mesra alam pada semua link, kumpulan komunikasi dari sekecil hingga sebesar, dalam dan luar negara.
Rangkaian rangkaian perniagaan, belia, persatuan, universiti, sosial dan sebagainya harus dikutip satu persatu dikumpulkan dalam satu mega link.

Jika tahap lama pemikiran lama cara lama masih mahu kekal diperguna, keputusan yang sama akan terhasil.

Keghairahan seharusnya tidak lagi terletak kepada berapa ramai yang datang, siapa yang bercakap tetapi lebih kepada berapa cepat maklumat dapat disalurkan dan integriti sesuatu berita.

persatuan persatuan perniagaan cina dan kaum tionghua di malaysia suatu ketika dulu mempunyai pengaruh penyatuan yang sangat berpengaruh. Mereka juga sangat cepat bermaklumat antara satu sama lain terutama tentang dasar dan perancangan kerajaan.

Hari ini masih berfungsi, tetapi bagaimana dan apa khabar jaringan Melayu, Kelab Melayu dan Dewan Perniagaan Melayu...

Kalau sudah mati, mana kuburnya..

3 comments:

  1. Manusia ini di zahirkan Allah SWT berbeza fikiran. Jadi sentiasa ada berlain fahaman.

    Ada adat resam, budaya dan seperti nya. Mana yang melanggar nya, di caci di kutuk

    1MDB dan songlap duit berbilion ke ekaun peribadi sendiri, bini dan anak tiri akan sentiasa di kecam dan di caci selagi Najib memimpin dan memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Nak rangkaikan Melayu ke tidak, lantak lah. Aku dah bosan. Yang merintah tak tentu arah pun tak di ganti. Galakkan sekolah Cina dengan bermacam bantuan, tak selari, malahan bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Melayu.

    Buang ISA dan buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu di Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan, melanggar Perkara 153 Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, ketepikan DEB, kasi biasiswa kpd kaum yang terkaya di negara ini berpuluh puluh tahun yang beratus jutawan mereka derma biasiswa dll hingga UTAR tak mahu terima RM30 juta derma sabelom PRU13.

    Rangkaian Melayu tak akan subur selagi Najib tak di gantikan.

    ReplyDelete