Tuesday, June 28, 2016

MUKHRIZ KATA POKOK ADA GOYANG, HADI KATA TAK ADA ANGIN...

Untuk menguasai Negeri atau Pusat,  sebuah parti itu mesti menang dengan majoriti atau membentuknya bersama sama parti lain untuk menguasai majoriti dalam menubuhkan kerajaan negeri atau pusat.

Apabila Mukhriz menyatakan kemungkinan terdapat persetujuan penyerahan Kedah dan Terengganu serta Kelantan kekal kepada pentadbiran PAS ia membawa maksud PAS mestilah menangi kerusi DUN negeri negeri tersebut secara majoriti. Untuk majoriti PAS perlu tandingi dan menang banyak kerusi.

UMNO boleh memberi laluan dengan pelbagai cara.

Oleh itu pengesahan Hadi tidak lari dari maksud Mukhriz..

Kemungkinan besar timbal balas persetujuan, kerusi Parlimen akan banyak di menangi UMNO sesuai dengan hasrat Hadi sekarang lebih menjadi Penasihat kerajaan dan bukannya menguasai Putrajaya.

Soalnya jika benar ada persetujuan strategi politik sebegini,  berapa ramaikah yang tahu...
Apakah dakwaan Mukhriz berasaskan maklumat dalaman atau ada yang terlepas cakap (?)
Mukhriz wajar memberi pendedahan lanjut  !!!



# Apapun jika benar ada kerjasama dan persetujuan strategi politik sebegini,  ia sangat baik untuk kelansungan politik Melayu dan Islam walaupun terpahat kepentingan peribadi. 

Yang perlu di awasi,  jangan sekadar kuantiti ini menjadi tempat bersarangnya Melayu yang low kualiti dan kesepakatan membenarkan salahguna kuasa dan segala bentuk kemungkaran. 

No comments:

Post a Comment

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...