Showing posts with label Sumpah. Show all posts
Showing posts with label Sumpah. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

Diskriminasi wanita dalam PAS..


Petikan dari blog amokpang5

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS,maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

http://amokpang5.blogspot.com/2009/10/adun-mp-pas-ikrar-lafaz-taklik.html#comment-form
Bukan sesuatu yang baru, mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang lebih terkutuk dan teruk pun pernah mereka lakukan apatah lagi mencerai beraikan hak peribadi masing2.

Kepada Muslimah PAS dan Sharizat, bangunlah menetang diskriminasi ini, ia sama seperti membunuh anak perempuan di zaman jahiliyah.

Wednesday, November 12, 2008

Debat KJ tidak menjadi..

Apa sudah jadi dengan tawaran debat KJ kepada MM dan KT - gelanggangnya di mana, bila dan siapa Pengerusinya. Walaupun KT menyatakan bersedia, tetapi KJ sebenarnya kurang berminat kerana dia hanya mahu MM masuk jeratnya tetapi nyata 'budak' tu sebijak bapanya jugak seperti Kj yang kurang bijak seperti bijak bapamertuanya.

Baru baru ni Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kaedah dan peraturan yang betul untuk 'Bersumpah', ramai yang tertanya bagaimanakah caranya itu supaya mudah menjadi ikutan untuk kita menyelesaikan sesuatu mengikut tertib Islam yang sah dan betul.

Dalam hal ini eloklah dimulakan oleh UMNO dengan mengadakan Majlis Bersumpah oleh semua calon yang layak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi dan diikuti dengan "Majlis Bersumpah' oleh semua perwakilan.

Isu sumpah wajar dipersekitaran 'politk wang' dan 'amanah'.. Sumpah mereka harus kepada ikrar bahawa mereka langsung tidak terlibat dengan politik wang samada menerima atau memberi dalam semua proses pencalonan dan pemilihan di peringkat cawangan, Bahagian dan PAU termasuk tidak juga terlibat atau melantik mana mana agen, pelobi bagi pihak diri mereka atau diri orang lain. Mereka juga sanggup menerima akibat dari persumpahan palsu.

Khalid Nordin calon pertama telah mengistiharkan dirinya bersih dari politik wang dan akan melawan politik wang, tetapi sejauhmana kebenarannya yang boleh disahkan..

UMNO harus berbalik kepada Islam, jauh mendahului PAS dalam melaksanakannya di dalam parti dan menjadi titik tolak jika betul niat ikhlas untuk menghentikan politk wang di dalam UMNO - jangan sikap bersetia kawan pada kawan yang makan kawan dan bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...