Showing posts with label UMNO Kedah. Show all posts
Showing posts with label UMNO Kedah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

UMNO Kedah sombong dan takbur...

UMNO Kedah walaupun tewas memalukan pada 2008 masih lagi tidak berubah, masih syok sendiri, masih rasa pandai, masih ingat hebat dan kuat hingga memperlekehkan orang lain sekaligus meremehkan pengundi Kedah yang memilih PAS untuk memerintah Kedah.

Tunjuk mai sapa UMNO Kedah yang hampa rasa tera ?? Macam det kalid tu ka atau johari.. atau mad bashah masuk bakui sendiri angkat..

Pemimpin UMNO Kedah kena berkerja kuat berkhidmat untuk rakyat samada berjawatan atau tidak, samada menguasai kerajaan negeri atau tidak tetapi jika semua kerja dilakukan tidak ikhlas.... bersandiwara dan mengharap 'kuasa' secara rakus nyatalah lakonan mereka sedang diperhatikan rakyat.. tidak mustahil ditolak lebih teruk dari PRU13 nanti..

Angin kuat menyatakan Mukhriz bakal MB jika UMNO tawan semula Kedah nampaknya tidak disenangi puak ini yang merasakan merekalah yang lebih layak di kalangan mereka. Jika inilah 'warna' dan takuk UMNO Kedah... berdengki, berpuak, bertelagah, bercatas sesama sendiri sebelum berkuasa...biarlah PAS perintah 100 tahun lagi..



ALOR SETAR 20 Sept. — UMNO Kedah menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir bahawa Datuk Amiruddin Hamzah calon yang sesuai sebagai Menteri Besar Kedah adalah pandangan peribadinya.

Ini kerana, kata Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, siapa juga daripada kalangan pakatan pembangkang yang dipilih menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, tahap kepimpinan kerajaan negeri tetap di takuk lama.
"Bagi saya kalau siapa pun ambil alih negeri Kedah, kalau kata dari segi nak buat perubahan tak mungkin. Kalau dah tiga tahun ini yang berlaku, ini yang kita rasa.
"Kalau yang muda ambil alih saya yakin mereka tak mampu, pendek kata kalau ada perubahan pun sama saja,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. — Bernama

Saturday, May 15, 2010

Jangan Rampas Kedah..



Mukhriz against BN takeover through defections

BN should not recapture states won by the opposition in the last general election through enticing their assemblymen to jump party.

Sokong sangat saranan tersebut, jangan macam pondan rampas laki orang tengah jalan...buruk sangat kelaku tu. Kalau jantan, tunggu PRU13 rampas semula Kedah.

UMNO kena hormati Sultan Kedah yang mahu UMNO bersabar sehingga PRU13 dengan memberi peluang PAS memerintah.

Rakyat Kedah akan berpecah belah jika 'rampasan kuasa' dibuat secara 'lompat katak' malah rakyat Kedah akan marah, lalu bagaimana kalau UMNO hari ini merampas tetapi besok di PRU13 kalah semula, jangan dimalukan 2 kali.

Walau berapa banyak mana pun PAS dikatakan gagal tetapi ia tidaklah tersangat buruk atau merugikan orang Melayu Islam (berbanding dengan di Perak bila Nizar (PAS) jadi lembu cucuk hidung DAP) untuk dijadikan alasan UMNO terdesak untuk mengambil alih secara tidak budiman.

UMNO Kedah jangan gelojoh, tamak dan haloba kuasa demi segelintir pemimpinnya yang berkepentingan untuk 'duduk di atas' dan ini juga ada dikaitkan dengan 'puak' yang tidak mahu Mukhriz terus dilihat berpengaruh di Kedah.

Andaian PAS lemah adalah silap dan jangan persendakan dan pandang lekeh kuasa rakyat.






SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...