Sunday, July 5, 2015

JADI KE TIDAK SAMAN NI ??

KEMASKINI:

To Zeti & Ambank : No kabberup please

  • Najib must immediately clarify whether he HAS PERSONAL ACCOUNTS IN A PRIVATE BANK rather than thinking of suing, former AG Abu Talib Othman said 
  • clarification was vital to protect the integrity of his office.
  • "The outcome of filing a legal suit against WSJ will take a long time.  
  • Abu Talib, A-G for 13 years, of the view politicians should not go to court to file suits
  • "Everybody is anxious to know PM has accounts with the bank 
  • Alternatively, the bank could clarify Najib's position after clearance from authorities
  • "confirm or deny. Why waste time for the task force to investigate," former A-G said.
bLOGGER otb

ASAL:
Tadi sembang di kedai mamak, standard le,  lepas citer bisnes sambung citer Najib.

Tak seorang pun yang sokong Najib, semua kata "habislah..." ke depan kena, undur pun kena...

Masa ni lah pemimpin bila tersepit, terjerat...lari pada rakyat..sudah terlambat, nasi dah jadi bubur, bubur dah basi...

Antara banyak pendapat, semua setuju sebab dia lawan Mahathir..sejarah antarabangsa memperlihatkan gergasi pun tumbang di tangan Mahathir...inikan pula Najib, budak hingusannya...

Paling tak logik apabila Mahathir yang dijemput berucap oleh penganjur dihentikan secara biadab oleh polis, atas arahan siapa?
Sendiri lari N2H, ucapan dari pihak lain pun mahu digugat.
Dari detik itu, ramai sudah menjangka sesuatu yang lebih besar dan memalukan akan terpalit ke muka Najib...

Cubaan Najib untuk memburukan Mahathir dan membangkitkan rasa benci rakyat pada Mahathir tidak kesampaian...tidak logik untuk rakyat benci dan marah kepada orang yang bertanya....
Apakah Najib tidak terfikir atau sebenarnya dia sendiri tahu bahawa dia belum menjawab saolan Mahathir...
Tidak mamadai untuk dia menghantar burung kakak tua untuk menjawabnya...

Whats wrong with Mahathir (?) Sekadar seorang negarawan yang tidak akan duduk diam jika kesalahan dan kesilapan sedang berlaku di depan matanya... itu sahaja keburukan Mahathir yang membawa kebaikan kepada Negara. Yang lain-lain tohmahan yang tidak termakan oleh rakyat...

Tidak ada nasihat yang boleh membantu Najib  buat masa sekarang. Saman pun macam tak jadi nampaknya...

# apa spin terbaru?

JANGAN SERET RAKYAT DALAM ISU PERIBADI...

Pergeseran peribadi Tun Dr Mahathir dan DS Najib kini sudah sampai ke puncak atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu.

Walaupun ia masih di sekitar kepentingan parti dan negara tetapi kedegilan masing-masing akan meranapkan negara.

Justifikasi sudah diberi kenapa Mahathir perlu menegur dan justifikasi juga Najib telah berikan kenapa dia enggan berundur.

Malangnya Majlis Tertinggi UMNO gagal mencari titik penyelesaian sebaliknya bersikap menyebelahi atau sokong yang membawa rebah.

Masa belum terlewat untuk Majlis Tertinggi menasihatkan Najib selesaikan isu peribadinya di luar dengan bercuti semua jawatan mengikut formaliti lazim apabila ada pertikaian.

Perakuan mesti dijamin Najib akan kembali selepas semua isunya sesuai.

Jika Najib enggan, tindakan drastik perlu di ambil. UMNO akan hancur jika perkara ini dilengahkan atau mengikut citarasa Najib sahaja.

Najib jangan umpama yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat.

Rakyat mahu isu peribadinya jangan dibawa sampai melibatkan kepentingan negara. Rakyat tidak mahu diseret untuk menyelesaikan kes peribadinya.

Konspirasi, dizalimi atau apa saja slogan yang mahu dicipta, rakyat tidak akan terpedaya.

SERUAN SUPAYA BERTENANG.. UIKSSS SEBELUM BUKAN MAIN RANCAK TIBAI

TERKINI:

ATAS NASIHAT PEGUAMNYA NAJIB BERKEMUNGKINAN (POSSIBLE) MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS MEREKA YANG DIDAKWA MEMFITNAHNYA.


# Kenapa guna "possible"..

Semua orang tahu, janin dalam kandungan pun tahu isu 1MDB, sebab merekalah pewaris sah untuk menanggung hutang negara.

Seruan bertenang !!!
Uikssss...hari tu bukan main lagi cai belasah kiri kanan, sekarang seru bertenang pula.... @ dah nak alih kiblat kot.

Siapa yang patut tenang, siapa yang patut tidak risau, siapa yang boleh tidor lena saban malam...
Hanya yang bercuti sahaja boleh dianggap relax dan tenang...

Selagi masih nak bekerja, genggam erat jawatan walaupun "dipertikaikan"..itu bukan tenang namanya.. itu risau, gundah gulana, serba tak kena..

Walaupun berbeza pendapat, kita berharap yang dituduh dapat selesaikan isu ini sebaik mungkin.

Berundur bukan bererti kalah.

Isu sudah sampai ke tahap permulaan di hujung.
Sudah ada campurtangan pihak berkuasa tempatan termasuk AG yang mendapat liputan antarabangsa.
Sudah tentu ketelusan dan tahap profesional dan maruah negara kena dijaga, jangan sampai dicap ayam.

Oleh kerana ini sudah sampai ke kes profile tinggi, eloklah kita berhenti membuat ulasan "merapu" yang sekadar mempamirkan "tidak cerdik".


Saturday, July 4, 2015

MENYERANG, MEMBURUKKAN DAN FOKUS KPD MAHATHIR...STRATEGI YANG SALAH..MASIH ADA SI B YANG CUBA SPIN..


Adakah sekadar alasan itu Mahathir mahu Najib berundur sedangkan di mata rakyat, teguran Tun lebih menyelamatkan negara dari bermasalah seperti Greece, UMNO akan kalah, kerajaan campuran sekadar memusnahkan negara apabila pemimpin
saling berbeza pendapat.

Berundur Jalan Yang Lebih Selamat..

Kita cukup gembira apabila Najib akan menggunakan seluruh perundangan yang ada untuk mengheret mereka yang melakukan serangan pembohongan ke atasnya.

Kita berharap tindakan ini segera dan jangan tinggalkan seorang pun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana secara terbuka Najib telah mendakwa dalangnya ialah Tun

Kali ini adalah peluang terakhir untuk Najib membuktikan dirinya sedang dikonspirasi, jika gagal, nasibnya seolah hampir dengan Anwar.

Penafian dan segala bentuk defend yang digunakan oleh team Najib dan Najib sendiri nampaknya tidak memadai malah mengundang kepada serang balas yang bertubi-tubi bersama fakta.

Harus ada kajian, apakah selama ini "defend" itu tidak cukup kuat atau rapuh, dan sebabnya kenapa (?)

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku:

1) Serangan peribadi ke atas Mahathir  samada secara langsung atau tidak langsung membolehkan Mahathir juga membuat serangan peribadi ke atas Najib.

2) Menggunakan otai seperti Tunku Aziz, Shahrir, Annuar Musa untuk menyerang Mahathir antaranya merupakan satu kesilapan.

3) Menggunakan Media Prima dan Utusan untuk menyerang Mahathir secara berlebihan mengundang simpati dan mempamirkan "ketakutan" yang sedang melanda.

4) Ikrar KBU adalah hampas, sokong membawa rebah.

5) Penasihat yang dibayar billion rupanya berotak lemah untuk menasihat sesuatu yang betul, benar dan selamat.

6) Dalam team Najib sendiri ada dalang (?!)

Selain menentukan di pihak mana kebenaran itu ada, kesilapan strategi akan mempercepatkan lagi sebarang kepalsuan terdedah.

Keadaan semasa tidak mungkin menunjukkan Najib akan berundur tetapi jika mampu dilakukan untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih berharga, kenapa tidak (?!)

Bagaimana pula kalau dicadangkan Najib melepaskan sementara semua jawatan politiknya untuk dia bertindak balas dan untuk satu siatan yang lebih telus dan terbuka.

# Ramai yang berpendapat Najib sangat kebal kerana didinding oleh semua orangnya dan Najib juga belajar bagaimana Pak Lah tewas bila diserang Tun.
Cuma mungkin ramai yang lupa Tun juga belajar sesuatu akan kesilapan dan kelemahan ketika minta Paklah berundur dan kali ini Tun lebih bersedia ketika minta Najib undur.

Fakta yang sangat jelas: Tun tidak suka-suka minta Paklah atau Najib berundur tetapi semuanya kerana mereka sendiri memberi peluang kepada Tun berbuat demikian.

Friday, July 3, 2015

Alasan Konspirasi Tidak Pernah Basi

1) Masih ramai kah yang menganggap Anwar adalah tahanan politik dan dia terperangkap dengan konspirasi (?)

2) Adakah Najib juga kini berada pada tahap konspirasi untuk menjatuhkannya.

Pada mereka yang anggap Anwar tidak bersalah sebaliknya konspirasi politik,  bolehkah mereka pihak yang sama untuk menerima bahawa Najib juga sedang dikonspirasi .

Bagaimana pula mereka yang menganggap Anwar memang bersalah dan bukannya konspirasi, adakah mereka yang sama juga boleh menerima hakikat jika Najib memang bersalah dan bukannya konspirasi.

Bertahun Anwar menyatakan dirinya dikonspirasi, akhirnya dakwaannya itu lemah dan dia dihukum.

Apakah perkara yang sama akan berulang kepada Najib...kerana musuh sebenar Najib bukanlah Mahathir tetapi 1MDB yang mendatangkan pelbagai saolan dan persepsi buruk kepadanya seperti tidak akan berakhir...

# Dalam perkemnangan lain Annuar Musa telah menunjukkan bahasa badan bagaimana untuk menguruskan pertikaian supaya nampak molek.
Dua orang kuat MARA yang terlibat dengan isu hartanah di Australia di gantung tugas.

Apakah bahasa badan ini tidak memberi satu kesedaran !!! Atau ada ketakutan lain sebenarnya...

Janganlah biarkan rakyat terus berpersepsi.

Wednesday, July 1, 2015

BOTOI

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.....


Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...


^^ Depa kata

# Boleh ke kita rujuk kepada Pemimpin Semasa, tak perlu libatkan mantan sebab mereka memang bukan botol lagi, sudah jadi teko antik, termahal.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...