Saturday, July 4, 2015

Berundur Jalan Yang Lebih Selamat..

Kita cukup gembira apabila Najib akan menggunakan seluruh perundangan yang ada untuk mengheret mereka yang melakukan serangan pembohongan ke atasnya.

Kita berharap tindakan ini segera dan jangan tinggalkan seorang pun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana secara terbuka Najib telah mendakwa dalangnya ialah Tun

Kali ini adalah peluang terakhir untuk Najib membuktikan dirinya sedang dikonspirasi, jika gagal, nasibnya seolah hampir dengan Anwar.

Penafian dan segala bentuk defend yang digunakan oleh team Najib dan Najib sendiri nampaknya tidak memadai malah mengundang kepada serang balas yang bertubi-tubi bersama fakta.

Harus ada kajian, apakah selama ini "defend" itu tidak cukup kuat atau rapuh, dan sebabnya kenapa (?)

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku:

1) Serangan peribadi ke atas Mahathir  samada secara langsung atau tidak langsung membolehkan Mahathir juga membuat serangan peribadi ke atas Najib.

2) Menggunakan otai seperti Tunku Aziz, Shahrir, Annuar Musa untuk menyerang Mahathir antaranya merupakan satu kesilapan.

3) Menggunakan Media Prima dan Utusan untuk menyerang Mahathir secara berlebihan mengundang simpati dan mempamirkan "ketakutan" yang sedang melanda.

4) Ikrar KBU adalah hampas, sokong membawa rebah.

5) Penasihat yang dibayar billion rupanya berotak lemah untuk menasihat sesuatu yang betul, benar dan selamat.

6) Dalam team Najib sendiri ada dalang (?!)

Selain menentukan di pihak mana kebenaran itu ada, kesilapan strategi akan mempercepatkan lagi sebarang kepalsuan terdedah.

Keadaan semasa tidak mungkin menunjukkan Najib akan berundur tetapi jika mampu dilakukan untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih berharga, kenapa tidak (?!)

Bagaimana pula kalau dicadangkan Najib melepaskan sementara semua jawatan politiknya untuk dia bertindak balas dan untuk satu siatan yang lebih telus dan terbuka.

# Ramai yang berpendapat Najib sangat kebal kerana didinding oleh semua orangnya dan Najib juga belajar bagaimana Pak Lah tewas bila diserang Tun.
Cuma mungkin ramai yang lupa Tun juga belajar sesuatu akan kesilapan dan kelemahan ketika minta Paklah berundur dan kali ini Tun lebih bersedia ketika minta Najib undur.

Fakta yang sangat jelas: Tun tidak suka-suka minta Paklah atau Najib berundur tetapi semuanya kerana mereka sendiri memberi peluang kepada Tun berbuat demikian.

22 comments:

  1. Kepada pujaan ku Encik Pondan Bugis....

    SELAMAT HARI RAYA!!!

    Alhamdulillah...Allahuakbar...Amin...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya....minal a'idin wal faizin...

    ReplyDelete
  3. Cepat @ lambat, dia mesti 'kena' punya.
    Bukan disebabkan PKR,DAP atau TUN, tapi rakyat semkin vokal kedepan
    dan ingin kerajaan yang telus & transperasi. Najib masih tidak berubah dimana dia sendiri melaung2x rakyat mesti berubah. Disinilah ketakutan saya: Jika asyik DAP & PKR kedepan terus vokal dan vokal, saya bimbang anak muda dan atas paagr akan sebaris sedondon melawan kamu (BN).
    Najib, tiada rakyat, siapalah kamu? Jika rakyat masih kamu anggap bodoh piang, kamu masih mimpi seolah kamu memimpin rakyat kelas 70'an.
    Sayang... KAMU SENDIRI ENGGAN BERUBAH, MENDENGAR DAN MELIHATNYA!

    ReplyDelete
  4. KUALA LUMPUR 4 Julai - Dakwaan terbaharu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.

    Justeru, beliau memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang.

    Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.

    1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

    2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

    3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

    4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

    5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

    6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

    7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

    8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

    9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

    10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TUDUHAN BERAT KE ATAS PERDANA MENTERI - PEMBENTUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS LANGKAH TEPAT; MESTI BERTINDAK ATAS KEPENTINGAN 'NASIONAL'

      1. Pertamanya, saya cukup terperanjat dan berasa amat simpati di atas tuduhan yang terus dilemparkan terhadap YAB Perdana Menteri. Tuduhan yang dilakukan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan beberapa media antarabangsa ini sememangnya amat tajam dan mampu merosakkan imej Perdana Menteri dan kerajaan. Oleh yang demikian, penafian awal yang dilakukan Pejabat Perdana Menteri amat kena dan tepat pada masanya.

      2. Namun begitu, tuduhan seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Memang benar, tindakan dan remedi guaman adalah inisiatif yang afdal - namun usaha 'pembersihan imej bersifat total' juga mesti dilakukan dengan kadar segera. Sementara nada penafian telahpun dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri, 1MDB dan beberapa syarikat terkait dengan tuduhan tersebut; ketiadaan kenyataan JELAS daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun AmBank (dinamakan juga di dalam tuduhan WSJ) - mendatangkan 'kekeliruan' kepada rakyat. Pada saya, inilah 'vakum' yang perlu diisi dalam sebarang usaha penafian dan penjelasan.

      3. Untuk itu, penubuhan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PDRM dan Bank Negara adalah langkah yang sangat tepat. Pasukan petugas khas ini mesti diberikan pengupayaan dalam segala segi bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan untuk tujuan tersebut.

      4. Saya menggesa, pasukan petugas khas ini bertindak benar-benar di atas jalur kepentingan 'nasional' dan tidak sama sekali tunduk kepada sebarang tekanan; baik daripada mana-mana individu mahupun pihak media.

      5. Secara peribadi, saya melihat ada 'hikmah' di sebalik serangan yang berat dan tajam ini. Sekiranya, pasukan petugas khas berjaya membuktikan tuduhan ini adalah liar dan berniat jahat; ianya sekaligus akan memusnahkan banyak untaian fitnah yang berlegar sebelum ini. Maka, dengan sendirinya, kredibiliti Perdana Menteri mampu dikembalikan dengan cukup bermaruah.

      6. Saya fikir tidak perlulah kita terlalu memikirkan siapa di belakang serangan media antarabangsa dan blog tertentu ini. Yang lebih penting, halaman kita mesti dibersihkan daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat.

      7. Suka saya ingatkan, tuduhan seperti ini mempunyai kesan kepada trajektori sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan. Justeru, ianya mesti ditangani dengan pantas atau kita akan meletakkan imej parti dan kerajaan di dalam keadaan yang tertekan.

      Kenyataan Media Oleh:
      Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas

      Delete
    2. PETALING JAYA: Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari PKR mendapati kisah mengenai wang 1MDB yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

      Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata tiada syarikat yang secara rahsia akan memindahkan wang sebanyak US$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun seorang individu.

      “Jumlah wang yang besar seperti itu yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi tidak mungkin tidak dapat dikesan,” katanya.

      “Bank Negara akan menyedari transaksi tersebut,” kata beliau sambil menambah WSJ dan laman Sarawak Report mesti menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

      “PAC tidak menerima sebarang laporan mengenai wang 1MDB yang melibatkan jumlah wang besar seperti itu. Siasatan kita pun belum mencapai tahap itu.”

      Kamarul Baharin, yang merupakan salah seorang daripada 13 ahli PAC yang menjalan siasatan terhadap kontroversi 1MDB berkata panel itu tidak akan bergantung kepada laporan media dan dakwaan yang tidak disahkan di Internet sebaliknya berdasarkan fakta dan angka.

      Seorang lagi anggota PAC Liang Teck Meng dari Gerakan memberi jaminan bahawa mereka akan menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap 1MDB.

      Bagaimanapun, siasatan akan hanya dapat dilakukan setelah mendapat laporan Ketua Audit Negara Khamis depan.

      “Kita tidak boleh hanya mendasarkan siasatan berdasarkan laporan audit KPMG dan Deloitte.

      “Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi dokumen rasmi yang kita akan rujuk. Tetapi orang ramai boleh yakin bahawa kami akan menjalankan penyiasatan terperinci.

      “Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya membuat kesimpulan terhadap maklumat yang tidak disahkan yang sedang berlegar di media sosial,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

      Delete
    3. Kadangkala CTS tertanya-tanya bagaimana seseorang yang telah diistiharkan bangkrup kini sudah melangsaikan hutang-hutangnya yang berjumlah berjuta-juta ringgit kurang dari tempoh setahun dan dilepaskan dari senarai orang-orang yang muflis dan bangkrap. Sesuatu yang Rakyat Malaysia perlu pelajari daripada Datuk Seri Paduka (DSP) Khairuddin Abu Hassan.

      Khairuddin merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir dan baru-baru ini beliau telah ke London untuk bertemu Claire Brown, pemilik Sarawak Report. Khairuddin dengan bangganya memuat naik gambar "wefie" di blog sendiri! Ini buktinya beliau tidak lagi muflis kerana orang bangkrup dan muflis tidak dibenarkan ke luar negara.

      Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/07/gambar-wefie-ds-khairuddin-dan-pemilik.html#x2uzWiM2w3yY8geb.99

      Delete
    4. Apa ni KD, promosi blog atau pun apa? Artikel2 dari blog macai nampaknya tuh. Beginilah gayanya macai bertindak sekarang ni, merosakkan imej sendiri. Betapa rendahnya mutu pemikiran mereka pada hal kalau pembaca nak baca boleh saja keblog berkenaan. Dah tak laku agaknya berita yang disiarkan maka macai2 dikerah untuk menempel diblog2 yang ada krefibiliti.

      Delete
    5. Apa punya bangang geng najib ni , nanti aku kata macam ,macai mabok hampa marah , Yang si bugis ni nampak panicking pasai apa , Saman saja la WSJ , SR , Tun M aku nak tengok , WSJ dalam interview dgn BBCN dah bagi tau depa punya maklumat hasil siasiatan teliti dari pihak siasiatan malaysia dan AG dah tengok dokomen dan najib pun tahu , dan bukan siasiatan politk , pas tu depa dah bersedia menangung risiko m jadi saman la bugis hoi... , lepas tu SR buat tuduhan wang masuk dalam account Ambank najib ok tunjuk la account tu kata wang tak ada dan Ambank pun nafi atau buat report polis ini sampai hari ini pun takda apa takut ka , paria punya bugis ingat rakyat bodoh macm hang punya macai macai dalam blog ni ka . Tapi KD hang jangan harap la bugis Najib ni nak berhenti mampus dia tak buat punya , pasai apa kalau dia berhenti berlambak lagi yang lain akan masuk penjara semua depa ini boleh kita kesan punya selain ada dalam 1MDB ada juga yang kucing kurap dok cover PM bugis bagai dah tak ada esok , hu kah kah kah kah . nak gelak aku kena main dgn Tun M hahaha..

      Delete
  5. Bulan 8 dah semakin hampir kita tengok siapa yg kena Najib atau Mahathir.

    Kesian pulak aku tengok Team Mahathir beria-ia benar mengatakan Najib akan berundur bulan 6. Dah masuk bulan 7 Najib bertambah steady.Isu 1MDB cukup memalukan yg bagi dokumen kena tangkap pasal buat sial dan celaka kat majikan lama.

    Yg peliknya KD and the gang terus mempertahan si penipu dokumen ini.Pelik la ?

    Akhir kalam bulan 8 KD and The gang akan mengalir air mata kerana negarawan sebam masuk penjara.Cantik la berkawan dgn Siketum.Sesuai sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kpd palawan pindan bugis dan penyokong2 butanya....

      Heheheh

      Delete
    2. Ini sangat kelakar! Negarawan masuk penjara ke atau pahlawan bugis yang tak bertelur akan masuk penjara kita tunggu dan lihat. Tapi mengikut ANDAIAN LOGIK ku ini nampaknya Pahlawan bugis tak bertelurlah yang akan ke penjara. Kesian kepada hulu halang pahlawan bugis nanti tak ada tuan lagi untuk tolong suapkan dedak wakakaka

      Delete
  6. Semakin hari semakin jelas. Fitnah. Itulah jawapannya. Aku baru nak tulis pasal akaun individu...dah raja kamarul bagi penerangan. Pengalaman aku sendiri beli kereta dengan duit muka yg tinggi pun dah kena mengadap lhdn. Inikan pulak rm700juta. Dulu kata jho low yg songlap. Sekarang najib pulak....ish ish ish.....

    Kepada kadam2 si mamak dan rba.....teruskan la agenda kamu. Dap dah semakin terserlah sikap racistnya. Pkr dah semakin haru biru dengan fitnah yg memakan diri. Pas...ntah ada maruah atau tak. Si mamak.....makan hati....sebab hajat dihati tak kesampaian.....mau gak mati beragan org tua ni.

    Apa pun selamat menyertai rba kepada kau kd. Tapi dah semakin sepi dah sayup pulak kau tengok blog kau ni. Saja singgah nak baca isi hati bila dah gelap dari kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku boleh gelak apa yang kau tulis kah kah kah kah kah , tak habis bodoh macam macai di atas , tak payah lah si bugis nak cakap banyak , saman saja sudah la .. WSJ dah bagi tau kat BBCN bahawa depa dah buat siasiatan terperinci dan bukan atas dasar politik , dan bersedia untuk di saman , jadi saman aku nak tengok , kemudian si bugis tu tak yah la na panicking tunjuk saja account Ambank yang di tuduh wang dimasukkan atau arah saja Ambank buat kenyataan sampai hari tak ada pun , Yang pelik AG dah setuju yang memang ada document seperti ditudoh dan dia dah lihat . jadi pada paria paria dan macai najib tunggu la kejutan lain akan muncul hehehehe..

      Delete
    2. Keris Berayon macam boss dia Ah jib gor melalak2 fitnah fitnah fitnah tapi tak da teloq nak saman wakakaka

      Delete
  7. Kpd pondan bugis...lagu raya xde telor satu....ammah...

    'Apakan daya masa tak akan kembali...
    hancur musnahlah semuanya....'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tambah 1 lg lgu ditujukan buat pondan bugis yg tersayang...i lap penipu mesia....dgn ucapan...."tengah pikir apa tu?"

      'Siapakah yg sudi menghulurkan simpati...
      Kepada nasib ku ini...
      Agar dapat kurasa nikmat di hari raya...
      Seperti insan yg lain....'

      Delete
  8. Malaysia bukan milik Najib dan Najib bukan Malaysia. Sama ada benar atau salah kredibiliti Najib sudah berada dihujung. Malaysia tidak perlu buang masa untuk mempertahankan Najib. Malaysia ini kukuh berdiri bukan ssebab Najib seorang dan Malaysia tidak akan runtuk atau tergadai kalau Najib mengosongkan kerusi di Putrajaya. Ada banyak lagi pelapis yang boleh memimpin negara ini!. Jangan kita buang masa dengan polimik ini. BERUNDURLAH NAJIB!

    ReplyDelete
  9. Encik pondan bugis, sebelum raya ni zakat jgn lupa bayor tau....income dah ler tak bebayor langsung...duk makan free jer kate nyer...

    ReplyDelete
  10. Najib saman, perbicaraan akn berlaku..maka bertimbunlah maksiat najib akan dikorek..
    selamat tido tak lena kp najib ku sayang...silap2 kak ros mintak cerai..kahkahkah

    ReplyDelete
  11. Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
      dalam akaun bank anda
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    * Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan jumlah pinjaman
     Dapatkan Kelulusan dalam 10 min.just hubungi kami di
     E-mel homeofequity@gmail.com

    PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
    ================================
    Nama: ...................
    Nama kedua: ..................
    Hubungi Alamat: .................
    Negara: ...................
    Umur: ..........................
    Jantina: ....................
    Nombor Telefon: ..............
    Status: .................
    Pendudukan: ...............
    kedudukan: .................
    pendapatan bulanan: ..............
    Jumlah Pinjaman: .................
    Tujuan Pinjaman: ...............
    jangka masa: ....................
    Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
    anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
    sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada:

    E-mel homeofequity@gmail.com


    Yang ikhlas,
    Nicholas Payne
    C.E.O Modal Ekuiti

    ReplyDelete
  12. Halo, nama saya Nofia, pagi korban penipuan dari tangan kreditur penipuan, saya menghabiskan lebih dari 56 juta di tangan pemberi pinjaman palsu, karena saya butuh modal besar dari 350 juta, saya hampir mati, tidak ada tempat untuk pergi, saya bisnis hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. . Aku tidak tahan lagi .. semua ini terjadi November 2014 hingga Maret 2015, tidak semua sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya ke ibu yang baik Nyonya Diana yang akhirnya membantu saya mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin untuk menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Tuhan terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu Anda, bahwa mereka banyak scammers luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan pinjaman yang dijamin cepat mendaftar hanya melalui ibu Diana, melalui email. dianarobertloanfirm@accountant.com dan dianarobertloanfirm@gmail.com, Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; nofiayani@gmail.com com untuk mendapatkan informasi tahu. silahkan dia satu-satunya tempat yang handal dan terpercaya. Tidak ada pajak. untuk membayar .. terima kasih

    ReplyDelete

6ANGKA