Saturday, May 30, 2009

Suara sumbang...


Suara Ketua Pemuda tidak diiktiraf..

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahukan ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi, Najib berkata;

‘‘Kita menjauhkan diri dengan pilihan raya kecil berkenaan. Keputusan UMNO, kita tidak terlibat dengannya.

‘‘Apa sahaja tindakan yang diambil ia adalah di peringkat individu. Parti tidak mengambil apa-apa pendirian. Kita tidak terlibat sama sekali,’’ .

Katanya, sebarang saranan ataupun gesaan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO mengenai Pilihan Raya DUN Penanti, ia adalah pandangan peribadi.

3 comments:

  1. MUAHAHAHAHAHA, ELOK SI KJ NI BELAH JE LA, BUANG MASA JE DIA DALAM UMNO! MUAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. Pemimpin UMNO tidak sepatutnya menghalang penyokong-penyokong BN dan UMNO untuk keluar mengundi di Penanti. Pastikan mereka tidak mengundi PKR itu saja yang perlu dibuat. Mereka berhak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Penanti.

    Pada pandangan saya, jika keluar mengundi dan tidak ingin memberi undi kepada Bebas, rosakkan kertas undi sebagai prtotes kepada PRK tersebut yang sememangnya tidak perlu. Ataupun undi calon-calon Bebas untuk tunjukkan penentangan pengundi terhadap PKR. Itu lebih baik dari tidak keluar mengundi.

    Ada kemungkinan besar PKR akan tewas di Penanti. Maklumat akar umbi menunjukkan bahawa pengundi bukan Melayu tidak akan menyokong PKR/Mansur. Ini kerana DAP tidak mahu Mansor sebagai TKM1. DAP tidak mahu campurtangan lansung Anwar dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang melaui Mansor. DAP lebih suka Malik sebagai TKM1 yang patuh pada LGE.

    ReplyDelete
  3. Walaupun tidak bertanding, BN wajar dan tetap mempunyai tanggungjawab kepada pengundi di Penanti kerana BN masih menjadi kerajaan pusat tidak seharusnya membiarkan pengundi di Penanti terdedah kepada dakyah pembangkang.

    Sikap BN tidak bertanding di Penanti bukan sahaja dianggap 'penakut' walau apapun alasan mereka tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai lari dari tanggungjawab.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...